PIAGAM PELANGGAN JPRB
   

JPRB komited untuk memberikan perkhidmatan Kawalan Perancangan menepati piagam pelanggan yang telah diluluskan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.

 
   
1.

Memberi keputusan terhadap permohonan perancangan dalam tempoh masa seperti berikut:

  a)

PROJEK-PROJEK BESAR - 120 hari

   

Permohonan berskala besar dimaksudkan dengan cadangan pembangunan yang komplikated, bangunan-bangunan yang mempunyai ketinggian melebihi 5 tingkat, melibatkan dasar perancangan seperti penukaran zon kepadatan penduduk dan zon gunatanah serta cadangan pelan susunatur bagi kawasan yang melebihi 2 ekar.

     
  b)

PROJEK-PROJEK SEDERHANA -  60 hari

   

Permohonan berskala sederhana terdiri daripada cadangan bangunan yang mempunyai ketinggian 5 tingkat ke bawah, penukaran guna bangunan secara sementara yang melibatkan luaslantai kurang daripada 5,000 kaki persegi serta tambahan dan perubahan kepada rumah-kedai sedia ada.

     
  c)

PROJEK-PROJEK KECIL -  45 hari

   

Permohonan berskala kecil merupakan cadangan tambahan dan perubahan kepada rumah banglo, berkembar dan teres sedia ada serta membina rumah banglo yang baru mengikut pelan susunatur yang telah diluluskan.

     
2. Mempastikan  tindakan  penguatkuasaan diambil dalam tempoh 2 minggu.
   
3.

Mengeluarkan  perakuan  berkenaan permohonan  tanah kepada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  dalam tempoh 2 minggu.

   
4.

Menyediakan permohonan maklumat perancangan dan pembangunan di Wilayah Persekutuan  dalam tempoh 2 minggu.

   
5.

Mempastikan semua aduan diambil tindakan dalam tempoh 2 minggu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
   
Carian dalam laman JPRB: Carian melalui:
  Semua perkataan Mana-mana perkataan Frasa

Laman Utama
| Profail JPRB | Kelulusan Permohonan| Peta Interaktif | Perundangan
Proses Permohonan| Kadar Bayaran | Muat turun | Soalan Lazim
 
Bilangan Pelawat sejak 8 Julai 2003 0 Visitors0 Visitors0 Visitors0 Visitors0 Visitors
© 2003 jprb.dbkl.gov.my, Hak Cipta Terpelihara | Penafian  | webmaster