PENGENALAN

Jabatan Perancang Bandar (JPRB) telah ditubuhkan pada 1 September 2005 dengan fungsi utamanya ialah untuk mengawal perancangan dan penguatkuasaan. JPRB ini terbentuk hasil daripada penstrukturan semula fungsi Jabatan-Jabatan dalam pentadbiran DBKL.

Sebelum ini, JPRB dikenali dengan nama Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan (JPKB) iaitu gabungan 2 fungsi utama; perancangan dan kawalan bangunan. Bagi menjadikan fungsi kawalan bangunan lebih efektif serta penambahan fungsi penyelenggaraan bangunan yang mempunyai ketinggian 5 tingkat atau lebih yang perlu dilaksanakan setiap 5 tahun sekali, JPKB dipecahkan kepada 2 Jabatan berasingan iaitu Jabatan Perancang Bandar (JPRB) dan Jabatan Bangunan (JB).

JPRB merupakan salah sebuah jabatan penting dalam organisasi DBKL. Secara amnya, JPRB berperanan untuk menggalak dan mengatur pembangunan di Kuala Lumpur selaras dengan dasar dan strategi Pelan Struktur Kuala Lumpur serta peruntukkan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, 1982 (Akta 267) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

 

VISI

Visi JPRB adalah ke arah menyediakan perkhidmatan Kawalan Perancangan yang sistematik, efisyen dan cemerlang
 

MISI

Bersama-sama komited menghasilkan perkhidmatan Kawalan Perancangan yang cekap, efektif dan telus
 

OBJEKTIF


a.
Melaksanakan perkhidmatan Kawalan Perancangan bertepatan dengan wawasan, dasar dan strategi Pelan Struktur Kuala Lumpur
b.
Mewujudkan saluran komunikasi dua hala yang efektif di antara JPRB dengan orang awam
c.
Memastikan perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi kehendak pelanggan
d.
Memastikan pegawai dan kakitangan JPRB diberi latihan yang secukupnya bersesuaian dengan bidang tugas masing-masing
   

FUNGSI-FUNGSI JABATAN


a.
Menterjemah dasar-dasar kerajaan kepada perancangan fizikal
b.
Mengawal dan mengatur pembangunan di Kuala Lumpur supaya ia dapat menghasilkan pembangunan seimbang dan mampan
c.
Menyediakan piawaian dan garis panduan Kawalan Perancangan untuk tujuan menjaga kepentingan awam dan keselesaan penduduk
d. Mengemaskini pangkalan data Kawalan Perancangan
e.
Menguatkuasakan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Undang-Undang Kecil Bangunan (WPKL) 1985 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 172)
f.
Memberi khidmat nasihat Kawalan Perancangan kepada agensi kerajaan, pihak swasta dan orang awam

   
Carian dalam laman JPRB: Carian melalui:
  Semua perkataan Mana-mana perkataan Frasa

Laman Utama
| Profail JPRB | Kelulusan Permohonan| Peta Interaktif | Perundangan
Proses Permohonan| Kadar Bayaran | Muat turun | Soalan Lazim
 
Bilangan Pelawat sejak 8 Julai 2003 0 Visitors0 Visitors0 Visitors0 Visitors0 Visitors
© 2003 jprb.dbkl.gov.my, Hak Cipta Terpelihara | Penafian  | webmaster