Utama    Jabatan Perancangan Bandar    Soalan Lazim    Hubungi Kami Carian    

   w3c Increase font size Increase font size Decrease font size

"Ke arah menyediakan perkhidmatan Kawalan Perancangan yang sistematik, efisien dan cemerlang."

 

 

   
  Contoh Soalan :
Apakah akta yang diguna pakai untuk tujuan merancang, mengatur pembangunan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?
Apakah jenis pembangunan yang memerlukan kebenaran perancangan?
Apakah kategori pembangunan yang tidak memerlukan Perintah Pembangunan?
Di manakah permohonan Kebenaran Perancangan boleh dikemukakan?
   
 
Soalan & Jawapan
Apakah akta yang diguna pakai untuk tujuan merancang, mengatur pembangunan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?
Akta utama yang digunapakai untuk merancang, mengatur dan mengawal pembangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982, (Akta 267). Akta lain ialah, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, (Akta 133) dan Kanun Tanah Negara 1965.
 
Apakah jenis pembangunan yang memerlukan kebenaran perancangan?
Kesemua pembangunan yang melibatkan kerja bangunan, kejuruteraan, pertolongan atau perindustrian sama ada di dalam, di atas atau di bawah tanah, termasuk juga penukaran kegunaan tanah atau bangunan, pemecahan sempadan atau penyatuan tanah adalah memerlukan Kebenaran Perancangan, kecuali pembangunan yang dikecualikan di bawah peruntukan seksyen 20(2), Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982, (Akta 267).
 
Apakah kategori pembangunan yang tidak memerlukan Perintah Pembangunan?
Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982, (Akta 267), membuat peruntukan bahawa jenis-jenis pembangunan berikut tidak memerlukan Perintah Pembangunan:-
  1) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan atau perubahan yang hanya menjejaskan bahagian dalam bangunan, tanpa melibatkan pertukaran gunatanah, kegunaan bangunan, rupabentuk bahagian luar bangunan, ketinggian atau luas lantai bangunaan, sistem perparitan, kebersihan dan keteguhan bangunan tersebut.
  Bagi sesuatu kerja-kerja kecil atau bagi pembinaan kajang dan sambungan sebagaimana yang digariskan dalam buku garis panduan mengenai pengecualian daripada kawalan perancangan dan bangunan untuk kerja-kerja kecil bangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. iii.Kerja-kerja yang dijalankan oleh Kerajaan bagi membina, menyelenggara dan memperbaiki lebuhraya dan jalan.
  Kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang ditubuhkan oleh undang-undang bagi memasang, memeriksa, membaiki atau memperbaharui parit, pembentung, sesalur, paip, kabel, termasuk memecah jalan atau tanah bagi maksud itu.
  Menggali perigi dalam kerja-kerja pertanian.
  Membina jalan masuk ke tanah bagi tujuan pertanian.
  Menggunakan tanah atau bangunan secara sementara bagi tujuan pertunjukan bergerak, panggung wayang, taman hiburan, pasaria, pameran, istiadat sosial atau agama bagi tempoh tidak lebih daripada satu bulan. Kerja-kerja tersebut memerlukan permit bangunan sahaja.
  Mendirikan bangunan sementara untuk pekerja di dalam tapak yang terlibat dalam pembinaan suatu bangunan yang mana perintah pembangunan baginya telah diberikan.
  Pertukaran-pertukaran kegunaan tanah atau bangunan yang ditetapkan oleh Datuk Bandar sebagai yang tidak memerlukan perintah pembangunan.
Dimanakah permohonan Kebenaran Perancangan boleh dikemukakan?
Permohonan Kebenaran Perancangan boleh dikemukakan di alamat berikut:
Urusetia Pusat Setempat,
Tingkat Bawah, Menara DBKL II,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Telefon : 03 - 2028 2941
Faks : 03 - 2694 3085
   
 

 

Pengenalan

Sejarah Perbandaran Kuala Lumpur

Carta Organisasi

Kawasan Kawalan Perancangan

Hubungi Kami

 

Imbas Kod QR

 

 

PENAFIAN

Laman ini masih di dalam peringkat pembangunan dan ujian. Sekiranya pengguna mendapati terdapat kesalahan dan kesulitan hasil daripada penggunaan data dan maklumat yang terkandung di laman ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh pengguna.

Peta Laman
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan
Best viewed in Mozilla Firefox 2.0 & above with 1024 x 768 resolution | Last Update : 14 September 2012, 12:00 PM