Pelawaan Bantahan (Kaedah 5)

Suatu peruntukan undang-undang yang mengkehendaki Datuk Bandar merujuk kepada pemunya tanah berdaftar yang berdampingan melalui pengiklanan dalam akhbar untuk mempelawa bantahan terhadap permohonan kebenaran perancangan yang melibatkan penukaran zon gunatanah dan/ atau penambahan kepadatan kediaman.

Mana-mana orang yang mengaku sebagai :-

  1. Pemunya-pemunya tanah berdaftar yang bersempadanan dengan tanah yang permohonan itu berkaitan
  2. (b) Pemunya-pemunya tanah berdaftar yang dipisahkan oleh mana-mana jalan, lorong, parit atau tanah rezab yang mempunyai kelebaran tidak lebih 20 meter dan tanah-tanah itu mungkin bersempadan dengan tanah yang berkaitan dengan permohonan tersebut sekiranya tanah-tanah berkenaan tidak dipisahkan oleh jalan, lorong, parit atau tanah rezab demikian ; dan
  3. (c) Pemunya-pemunya tanah berdaftar yang mempunyai tanah yang terletak dalam jarak 200 meter dari sempadan tanah yang permohonan itu berkaitan jika jalan masuk ke tanah yang permohonan itu berkaitan adalah jalan mati dan pemunya-pemunya tanah berdaftar menggunakan jalan mati yang sama.

Boleh memberi pandangan secara bertulis terhadap permohonan yang dikemukakan.

Klik <disini> untuk melihat Notis Pelawaan Bantahan (Kaedah 5) terkini