PENGUATKUASAAN PERANCANGAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

 

Secara umumnya kerja-kerja penguatkuasaan ke atas struktur atau binaan haram oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dilaksana berasaskan peruntukan berikut:

 

a.  Penguatkuasaan perancangan di tanah bermilik mengikut peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982.

 

b.  Penguatkuasaan ke atas setinggan di tanah kerajaan dan tanah rizab mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan) 1969. Peruntukan dalam undang-undang ini juga turut memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa untuk mengarahkan struktur setinggan di tanah milik persendirian supaya dirobohkan.

 

Bagi tujuan itu Jabatan Perancang Bandar telah mendokumenkan prosedur tindakan penguatkuasaan dalam dokumen kualiti MS ISO Proses Kawalan Pembangunan.

 

 

 

Kenapa Perlu Tindakan Penguatkuasaan Perancangan

1

    •          Menjaga kepentingan awam (public interest)

    •          Mendisiplinkan masyarakat supaya mematuhi undang-undang

    •          2 Memastikan pembangunan dilaksana seperti dirancang

          Menjamin kesejahteraan, keselesaan dan keselamatan masyarakat warga DBKL

 

 

 

 

 

 

 

 

3 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

 

Tindakan penguatkuasaan perancangan bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilaksanakan berdasarkan peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JENIS-JENIS KESALAHAN PERANCANGAN

 

Seksyen 26(1), Akta 267 menyenaraikan jenis-jenis kesalahan seperti berikut:

 

  • Memulakan, mengusaha atau menjalankan pembangunan yang melanggar Seksyen 19 (1) iaitu tidak menurut pelan kebenaran perancangan yang diberi atau menggunakan atau membenarkan digunakan sesuatu tanah yang melanggar Seksyen 19 (1)

 

  • Memula, mengusaha atau menjalankan pembangunan yang melanggar Seksyen 20 (1) iaitu tanpa mendapatkan Perintah Pembangunan terlebih dahulu

 

  • Memula, mengusaha atau menjalankan pembangunan yang melanggar apa-apa syarat yang dinyatakan dalam Perintah Pembangunan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 22

 

  • Memula, mengusaha atau menjalankan pembangunan setelah tamat tempoh asal Perintah Pembangunan serta tempoh lanjutan yang diberi menurut Seksyen 24

 

  • Memula, mengusaha atau menjalankan pembangunan setelah Perintah Pembangunan atau kebenaran atau kelulusan bagi pelan pembangunan telah dibatalkan menurut Seksyen 25 atau Seksyen 41 (2)

 

  • Memula, mengusaha atau menjalankan pembangunan setelah Perintah Pembangunan atau kebenaran atau kelulusan bagi pelan pembangunan itu telah diubahsuai menurut Seksyen 25.

 

 

   

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI PENALTI KE ATAS KESALAHAN PERANCANGAN

 

Seksyen 26 (1)

 

Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM50,000.00 dan mengenai kesalahan berterusan denda tambahan sehingga RM500.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan atas kesalahan pertama.

 

 

Seksyen 26 (3)

 

Bagi kes kesalahan meneruskan kegunaan selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam permit kelulusan, adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM25,000.00 berkenaan kesalahan berterusan boleh dikenakan denda RM500.00 bagi hari kesalahan berterusan.

 

 

 

KOMPAUN ATAS KESALAHAN PERANCANGAN

 

n       Kompaun dikenakan ke atas pemohon atau pemunya yang telah memulakan kerja-kerja atau aktiviti pembangunan sebelum memperolehi Perintah Pembangunan

 

n       Kompaun dikenakan ke atas kes bagi kerja-kerja atau aktiviti yang boleh dibenarkan untuk dikompaun sahaja

 

n       Kompaun perlu dibayar sebelum Perintah Pembangunan dikeluarkan

 

n       Kadar kompaun ditetapkan di antara RM3,000.00 hingga RM50,000.00

 

 

 

 

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BERHUBUNG KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN NOTIS

 

 

Seksyen 29 (1)

 

Sekiranya arahan notis gagal dipatuhi dalam tempoh yang ditetapkan maka Datuk Bandar atau mana-mana pegawai berkuasa boleh memasuki dengan atau tanpa pekerja-pekerja tanah itu, dan melaksanakan notis penguatkuasaan termasuk perobohan atau perubahan mana-mana bangunan atau memindahkan apa-apa barang, kereta atau benda daripada mana-mana bangunan atau tanah.

   

 

 

TINDAKAN KE ATAS KES ARAHAN NOTIS YANG TIDAK DIPATUHI

 

Kes yang gagal mematuhi arahan notis akan dikemukakan untuk mendapat arahan lanjut pentadbiran DBKL melalui mesyuarat JKPB. Keputusan akan dibuat samada;

 

  • Meroboh

 

  • Memindah barang/alatan

 

  • Mengemukakan kes ke Mahkamah

 

Sebagaimana tertakluk kepada seksyen 29(1), Akta 267

 

 

OPERASI TINDAKAN PENGUATKUASAAN

 

-GAMBAR OPERASI-

ARCHIEVE