 |
PENGUATKUASAAN PERANCANGAN |
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
PENGUATKUASAAN PERANCANGAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Secara
umumnya kerja-kerja penguatkuasaan ke atas struktur atau binaan haram oleh
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dilaksana berasaskan peruntukan berikut:
a. Penguatkuasaan
perancangan di tanah bermilik mengikut peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah
Persekutuan 1982.
b. Penguatkuasaan
ke atas setinggan di tanah kerajaan dan tanah rizab mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan
Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan) 1969. Peruntukan
dalam undang-undang ini juga turut memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa untuk mengarahkan
struktur setinggan di tanah milik persendirian supaya dirobohkan.
Bagi tujuan itu Jabatan Perancang Bandar telah mendokumenkan prosedur
tindakan penguatkuasaan dalam dokumen kualiti MS ISO Proses Kawalan
Pembangunan.
Kenapa Perlu Tindakan Penguatkuasaan
Perancangan
•
Menjaga kepentingan awam (public interest)
•
Mendisiplinkan masyarakat supaya mematuhi undang-undang
•
Memastikan
pembangunan dilaksana seperti dirancang
•
Menjamin kesejahteraan, keselesaan dan keselamatan masyarakat warga DBKL
 |
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
Tindakan penguatkuasaan
perancangan bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilaksanakan
berdasarkan peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)
|
JENIS-JENIS KESALAHAN PERANCANGAN
Seksyen 26(1), Akta 267 menyenaraikan jenis-jenis
kesalahan seperti berikut:
- Memulakan, mengusaha atau menjalankan
pembangunan yang melanggar Seksyen 19 (1) iaitu tidak menurut pelan
kebenaran perancangan yang diberi atau menggunakan atau membenarkan
digunakan sesuatu tanah yang melanggar Seksyen 19 (1)
- Memula, mengusaha atau menjalankan pembangunan
yang melanggar Seksyen 20 (1) iaitu tanpa mendapatkan Perintah
Pembangunan terlebih dahulu
- Memula, mengusaha atau menjalankan pembangunan
yang melanggar apa-apa syarat yang dinyatakan dalam Perintah
Pembangunan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 22
- Memula, mengusaha atau menjalankan pembangunan
setelah tamat tempoh asal Perintah Pembangunan serta tempoh
lanjutan yang diberi menurut Seksyen 24
- Memula, mengusaha atau menjalankan pembangunan
setelah Perintah Pembangunan atau kebenaran atau kelulusan bagi
pelan pembangunan telah dibatalkan menurut Seksyen 25 atau Seksyen 41 (2)
- Memula, mengusaha atau menjalankan pembangunan
setelah Perintah Pembangunan atau kebenaran atau kelulusan bagi
pelan pembangunan itu telah diubahsuai menurut Seksyen 25.
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI PENALTI KE ATAS KESALAHAN PERANCANGAN
Seksyen 26 (1)
Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda
tidak lebih daripada RM50,000.00 dan mengenai kesalahan berterusan denda
tambahan sehingga RM500.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas
disabitkan atas kesalahan pertama.
Seksyen 26 (3)
Bagi kes kesalahan meneruskan kegunaan selepas tamat
tempoh yang dinyatakan dalam permit kelulusan, adalah melakukan kesalahan yang
boleh dikenakan denda tidak lebih RM25,000.00 berkenaan kesalahan berterusan
boleh dikenakan denda RM500.00 bagi hari kesalahan berterusan.
KOMPAUN ATAS KESALAHAN PERANCANGAN
n
Kompaun
dikenakan ke atas pemohon atau pemunya yang telah memulakan kerja-kerja atau
aktiviti pembangunan sebelum memperolehi Perintah Pembangunan
n
Kompaun
dikenakan ke atas kes bagi kerja-kerja atau aktiviti yang boleh dibenarkan
untuk dikompaun sahaja
n
Kompaun
perlu dibayar sebelum Perintah Pembangunan dikeluarkan
n
Kadar
kompaun ditetapkan di antara RM3,000.00 hingga RM50,000.00
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BERHUBUNG KEGAGALAN MEMATUHI ARAHAN NOTIS
Seksyen 29 (1)
Sekiranya arahan notis gagal dipatuhi dalam tempoh
yang ditetapkan maka Datuk Bandar atau mana-mana pegawai berkuasa boleh
memasuki dengan atau tanpa pekerja-pekerja tanah itu, dan melaksanakan notis
penguatkuasaan termasuk perobohan atau perubahan mana-mana bangunan atau
memindahkan apa-apa barang, kereta atau benda daripada mana-mana bangunan atau
tanah.
TINDAKAN KE ATAS KES ARAHAN NOTIS YANG TIDAK
DIPATUHI
Kes yang gagal mematuhi arahan notis akan
dikemukakan untuk mendapat arahan lanjut pentadbiran DBKL melalui mesyuarat
JKPB. Keputusan akan dibuat samada;
- Mengemukakan kes ke Mahkamah
Sebagaimana tertakluk kepada
seksyen 29(1), Akta 267