..
PROSES KELULUSAN
Kelulusan Pembangunan
Kebenaran Perancangan
Pelan Sanitari
Perakuan Menduduki Bangunan
 
KADAR BAYARAN
Kebenaran Perancangan
Kelulusan Pelan Bangunan
Kelulusan Pelan Sanitari
 
MUAT TURUN BORANG
Kebenaran Perancangan
Kelulusan Pelan Bangunan
Kelulusan Pelan Sanitari
 
SOALAN LAZIM
Soalan-soalan berkenaan
PERINTAH PEMBANGUNAN


Perintah Pembangunan adalah suatu dokumen kelulusan yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar bagi menjalankan apa-apa pembangunan. Perintah Pembangunan mengandungi surat kelulusan dengan atau tanpa syarat dan disertakan pelan kelulusan.

Syarat-syarat perintah pembangunan :

Syarat berkaitan tanah :  
  Pemohon perlu membereskan hal-hal yang berkaitan dengan tanah sebelum mengemukakan pelan bangunan. Hal-hal berkaitan tanah termasuklah :  
  a. Mengena atau menukar syarat nyata  
  b. Menyerahkan tanah untuk kegunaan awam  
  c. Mengena atau menukarkan syarat penggunaan  

Nota : Syarat ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah WPKL pada           12.4.1996

Syarat berkaitan hakmilik strata :  
  Semua kelulusan bagi pembinaan bangunan berbilang tingkat dikenakan syarat berikut :  
 
a. Menubuhkan satu unit pengurusan sementara untuk mengurus dan mengendalikan pangsapuri/kompleks perniagaan/pejabat yang dicadangkan dan kawasan bersama (common areas) sebelum Perakuan Menduduki bangunan dikeluarkan. Unit Pengurusan Sementara ini hendaklah beroperasi sehingga Perbadanan pengurusan {Management Corporation) dapat ditubuhkan seperti diperuntukan di dalam Akta Hakmllik Strata 1985 (Akta 318)
 
 
b. Cadangan pembangunan inj hendaklah mematuhi segala kehendak-kehendak berkenaan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 bagi tujuan pengeluaran hak milik strata
 

TEMPOH SAH PERINTAH PEMBANGUNAN

Perintah Pembangunan bagi pembinaan bangunan berkuatkuasa untuk tempoh 1 tahun melainkan permohonon pelan bangunan dikemukakan dalam tempoh berkuatkuasa manakala Perintah Pembangunan bagi penukaran zon gunatanah/ketumpatan penduduk tempohnya tidak ditetapkan. Perintah Pembangunan itu kekal apabila Caj Pembangunan dijelaskan
Datuk Bandar boleh memberi perlanjutan tempoh sah Perintah Pembangunan.
Tiada perlanjutan tempoh sah Perintah Pembangunan diperlukan bagi kelulusan pembangunan yang tidak melibatkan kerja bangunan. Bagaimanapun pemohon perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan dalam perintah tersebut.

PEMANSUHAN DAN PENGUBAHSUAIAN PERINTAH PEMBANGUNAN

Seksyen 25. Akta 267 memberi kuasa kepada Datuk Bandar untuk memansuhkan atau mengubahsuai Perintah Pembangunan tertakluk kepada bayaran pampasan.
Pemohon/pemaju yang tidak berminat untuk meneruskan pembangunan yang telah diluluskan juga boleh memohon untuk membatalkan Perintah Pembangunan

Sila klik disini untuk melihat cartalir proses kelulusan pembangunan

   
Carian dalam laman JPRB: Carian melalui:
  Semua perkataan Mana-mana perkataan Frasa

Laman Utama
| Profail JPRB | Kelulusan Permohonan| Peta Interaktif | Perundangan
Proses Permohonan| Kadar Bayaran | Muat turun | Soalan Lazim
 
Bilangan Pelawat sejak 8 Julai 2003 0 Visitors0 Visitors0 Visitors0 Visitors0 Visitors
© 2003 jprb.dbkl.gov.my, Hak Cipta Terpelihara | Penafian  | webmaster