.
PROSES KELULUSAN
Kelulusan Pembangunan
Kebenaran Perancangan
Pelan Sanitari
Perakuan Menduduki Bangunan
 
KADAR BAYARAN
Kebenaran Perancangan
Kelulusan Pelan Bangunan
Kelulusan Pelan Sanitari
 
MUAT TURUN BORANG
Kebenaran Perancangan
Kelulusan Pelan Bangunan
Kelulusan Pelan Sanitari
 
SOALAN LAZIM
Soalan-soalan berkenaan
PERAKUAN MENDUDUKI BANGUNAN


Kategori Perakuan Menduduki Bangunan ( PMB )

PMB bagi bangunan-bangunan baru dan tambahan luas/tingkat yang besar kepada bangunan sediada
PMB bagi kerja-kerja kecil (tambahan dan perubahan) dan hanya melibatkan tambahan luas lantai yang kecil kepada bangunan-bangunan sediada

Keperluan yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan PMB :

Bangunan telah dibina sepenuhnya mengikut Pelan Bangunan dan Pelan- pelan Pindaan yang telah diluluskan
Sokongan daripada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat semasa proses kelulusan Pelan Bangunan hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
Semua bayaran yang perlu dijelaskan ke DBKL telah dibayar sepenuhnya.

Mesyuarat Jawatan Kuasa PMB akan memberi keputusan :

Pengeluaran PMB Tetap
Pengeluaran PMB Sebahagian
Pengeluaran PMB Sementara
Penagguhan pengeluaran PMB.

PMB Tetap
-Mendapat sokongan dari semua Jabatan/agensi yang terlibat
- Bangunan telah siap dibina sepenuhnya mengikut Pelan Bangunan yang telah diluluskan
- Kawasan tapak bina dan persekitarannya telah dibersihkan dan semua binaan sementara yang
berkaitan semasa pembinaan telah dirobohkan

PMB Sebahagian
- Mendapat sokongan dari semua Jabatan/agensi yang terlibat
- Bangunan telah siap dibina sepenuhnya mengikut Pelan Bangunan yang telah diluluskan
- Kawasan tapak bina dan persekitarannya telah dibersihkan dan semua binaan sementara yang berkaitan semasa pembinaan telah dirobohkan

PMB Sementara
-Salah satu atau lebih Jabatan/agensi yang terlibat menyokong pengeluaran PMB sementara sahaja
- Bangunan atau bahagian bangunan yang dimaksudkan dibina dan siap tetapi terdapat pindaan kecil terhadap bangunan yang tidak mengikut pelan bangunan yang diruruskan dan pelan pindaan perlu dikemukakan untuk mendapat kelulusan
-Kawasan tapak bina dan persekitarannya telah dibersihkan dan semua binaan sementara yang berkaitan semasa pembinaan telah dirobohkan

PMB. ditangguhkan sekiranya
-Sokongan pengeluaran PMB tidak diberikan oleh salah satu jabatan/agensi terlibat
-Bangunan masih lagi belum disiapkan sepenuhnya
-Kawasan tapak bina dan persekitarannya tidak dibersihkan dan semua binaan sementara yang berkaitan semasa pembinaan masih belum dirobohkan


Sila tekan disini untuk melihat carta alir proses perakuan menduduki bangunan

   
Carian dalam laman JPRB: Carian melalui:
  Semua perkataan Mana-mana perkataan Frasa

Laman Utama
| Profail JPRB | Kelulusan Permohonan| Peta Interaktif | Perundangan
Proses Permohonan| Kadar Bayaran | Muat turun | Soalan Lazim
 
Bilangan Pelawat sejak 8 Julai 2003 0 Visitors0 Visitors0 Visitors0 Visitors0 Visitors
© 2003 jprb.dbkl.gov.my, Hak Cipta Terpelihara | Penafian  | webmaster