|
|
Apakah
akta yang diguna pakai untuk tujuan merancang, mengatur pembangunan
di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?
|
|
|
Apakah
jenis pembangunan yang memerlukan kebenaran perancangan? |
|
|
Apakah
kategori pembangunan yang tidak memerlukan Perintah Pembangunan? |
|
|
Di
manakah permohonan Kebenaran Perancangan boleh dikemukakan? |
|
|
Siapakah
yang layak untuk mengemukakan permohonan Kebenaran Perancangan? |
|
|
Apakah
yang perlu disediakan semasa mengemukakan permohonan Kebenaran Perancangan? |
|
|
Setelah
mendapat kelulusan Perintah Pembangunan, adakah boleh diteruskan
dengan pembinaan? |
|
|
Di
manakah permohonan untuk kelulusan Pelan Bangunan boleh dikemukakan? |
|
|
Siapakah
yang layak untuk mengemukakan Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan? |
|
|
Apakah
yang perlu disediakan semasa mengemukakan Permohonan Kelulusan Pelan
Bangunan? |
|
|
Bilakah
pembinaan boleh dimulakan? |
|
|
Setelah
bangunan siap dibina, apakah ianya boleh terus didiami? |
|
|
Apakah
pemilik bangunan boleh mengemukakan sendiri permohonan untuk mendapatkan
sijil PMB? |
|
|
Bolehkah
kerja-kerja tambahan/perubahan dibuat ke atas bangunan yang masih
dalam pembinaan atau bangunan yang masih belum memperolehi sijil
PMB? |
|
|
Dimanakah
bahan-bahan binaan boleh ditempatkan? |
|
|
Bilakah
Sijil PMB (Perakuan Menduduki Bangunan) boleh dikeluarkan? |
|
|
|
|
|
|
|
|
Soalan
& Jawapan |
|
|
Apakah
akta yang diguna pakai untuk tujuan merancang, mengatur pembangunan
di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? |
|
|
Akta
utama yang digunapakai untuk merancang, mengatur dan mengawal pembangunan
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah Akta (Perancangan) Wilayah
Persekutuan 1982, (Akta 267). Akta lain ialah, Akta Jalan, Parit
dan Bangunan 1974, (Akta 133) dan Kanun Tanah Negara 1965. |
|
|
|
|
|
Apakah
jenis pembangunan yang memerlukan kebenaran perancangan? |
|
|
Kesemua
pembangunan yang melibatkan kerja bangunan, kejuruteraan, pertolongan
atau perindustrian sama ada di dalam, di atas atau di bawah tanah,
termasuk juga penukaran kegunaan tanah atau bangunan, pemecahan
sempadan atau penyatuan tanah adalah memerlukan Kebenaran Perancangan,
kecuali pembangunan yang dikecualikan di bawah peruntukan seksyen
20(2), Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982, (Akta 267).
|
|
|
|
|
|
Apakah
kategori pembangunan yang tidak memerlukan Perintah Pembangunan? |
|
|
Akta
(Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982, (Akta 267), membuat peruntukan
bahawa jenis-jenis pembangunan berikut tidak memerlukan Perintah
Pembangunan:-
|
| |
1)
| Kerja-kerja
penyelenggaraan, pembaikan atau perubahan yang hanya menjejaskan
bahagian dalam bangunan, tanpa melibatkan pertukaran gunatanah,
kegunaan bangunan, rupabentuk bahagian luar bangunan, ketinggian
atau luas lantai bangunaan, sistem perparitan, kebersihan dan keteguhan
bangunan tersebut.
|
| |
2)
| Bagi
sesuatu kerja-kerja kecil atau bagi pembinaan kajang dan sambungan
sebagaimana yang digariskan dalam buku garis panduan mengenai pengecualian
daripada kawalan perancangan dan bangunan untuk kerja-kerja kecil
bangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. iii.Kerja-kerja yang
dijalankan oleh Kerajaan bagi membina, menyelenggara dan memperbaiki
lebuhraya dan jalan.
|
| |
3)
| Kerja-kerja
yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang ditubuhkan oleh undang-undang
bagi memasang, memeriksa, membaiki atau memperbaharui parit, pembentung,
sesalur, paip, kabel, termasuk memecah jalan atau tanah bagi maksud
itu.
|
| |
4)
| Menggali
perigi dalam kerja-kerja pertanian.
|
| |
5)
| Membina
jalan masuk ke tanah bagi tujuan pertanian.
|
| |
6)
| Menggunakan
tanah atau bangunan secara sementara bagi tujuan pertunjukan bergerak,
panggung wayang, taman hiburan, pasaria, pameran, istiadat sosial
atau agama bagi tempoh tidak lebih daripada satu bulan. Kerja-kerja
tersebut memerlukan permit bangunan sahaja.
|
| |
7)
| Mendirikan
bangunan sementara untuk pekerja di dalam tapak yang terlibat dalam
pembinaan suatu bangunan yang mana perintah pembangunan baginya
telah diberikan.
|
| |
8)
| Pertukaran-pertukaran
kegunaan tanah atau bangunan yang ditetapkan oleh Datuk Bandar sebagai
yang tidak memerlukan perintah pembangunan.
|
| |
|
|
|
|
Dimanakah
permohonan Kebenaran Perancangan boleh dikemukakan? |
|
|
Permohonan
Kebenaran Perancangan boleh dikemukakan di alamat berikut: |
|
|
Bahagian
Pentadbiran,
Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan,
Tingkat 10, Bangunan Dewan Bandaraya,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur. |
|
|
Siapakah
yang layak untuk mengemukakan permohonan Kebenaran Perancangan? |
|
|
Sesiapa
sahaja yang mempunyai kelayakan dari sisi undang-undang boleh mengemukakan
permohonan Kebenaran Perancangan. |
|
|
|
|
|
Apakah
yang perlu disediakan semasa mengemukakan permohonan Kebenaran Perancangan? |
|
|
Setiap
permohonan Kebenaran Perancangan, perlulah menyertakan pelan dan
dokumen berikut:
|
|
|
a.
10 salinan pelan tapak (ditandatangani oleh pemilik tanah berdaftar)
|
|
|
b.
5 set salinan pelan lakar bangunan |
|
|
c.
Borang permohonan yang lengkap |
|
|
d.
Sesalinan resit bayaran fee memfail |
|
|
e.
Sesalinan geran tanah |
|
|
f.
Sesalinan resit cukai pintu terbaharu |
|
|
g.
Gambar tapak |
|
|
h.
Lukisan perspektif
|
|
|
Bagi
projek-projek berskala besar dan berintensiti tinggi, pemohon perlu
mengemukakan Laporan Cadangan Pemaju (LCP) dan model bangunan. LCP
hendaklah disediakan oleh mereka yang berkelayakan.
|
|
|
|
|
|
Setelah
mendapat kelulusan Perintah Pembangunan, adakah boleh diteruskan
dengan pembinaan? |
|
|
Tidak.
Setelah Perintah Pembangunan diperolehi, pemohon perlu mematuhi
syarat kelulusan Perintah Pembangunan, antaranya ialah mendapatkan
kelulusan pelan bangunan dan memperolehi permit memulakan kerja
sebelum sebarang kerja binaan boleh dimulakan. |
|
|
|
|
|
Dimanakah
permohonan untuk kelulusan Pelan Bangunan boleh dikemukakan? |
|
|
Permohonan
kelulusan Pelan Bangunan boleh dikemukakan di alamat berikut:
|
|
|
Bahagian
Pentadbiran,
Bahagian
Kawalan Bangunan,
Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan,
Tingkat 29, Bangunan Wawasan,
Jalan Raja Abdullah,
50330 Kuala Lumpur.
|
|
|
|
|
|
Siapakah
yang layak untuk mengemukakan Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan? |
|
|
Permohonan
Kelulusan Pelan Bangunan hanya boleh dikemukakan oleh orang yang
berkelayakan sahaja mengikut peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan,
1974 iaitu seorang Arkitek berdaftar, seorang Jurutera berdaftar
dan Pelukis Pelan Bangunan berdaftar. |
|
|
|
|
|
Apakah
yang perlu disediakan semasa mengemukakan Permohonan Kelulusan Pelan
Bangunan? |
|
|
Setiap
Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan perlulah disertakan dengan pelan
dan dokumen berikut:
|
|
|
- 2
salinan Borang Mengemukakan Pelan Bangunan yang lengkap.
- 1
salinan Borang A yang lengkap
- 3
set Pelan Bangunan, di mana 1 set daripadanya hendaklah disediakan
dalan linen.
- 1
salinan Perintah Pembangunan
- Resit
bayaran fee memfail
- 2
salinan suratan hakmilik tanah atau suratan perjanjian jual
beli.
|
|
|
|
|
|
Bilakah
pembinaan boleh dimulakan? |
|
|
Setelah
mendapat kelulusan Pelan bangunan, pembinaan boleh dijalankan apabila
perkara-perkara berikut dipatuhi: |
| |
|
|
| |
1)
| Mengisi
Borang B dengan lengkap dan kemukakan kepada Bahagian Kawalan Bangunan
4 hari sebelum kerja-kerja dimulakan.
|
| |
2)
| Mengemukakan
pelan Kiraan Struktur berserta:
|
|
|
- Borang
A, seperti di Jadual Kedua, Undang-Undang Kecil Bangunan (Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur) 1985.
- 1
set pelan dan perkiraan struktur yang lengkap serta disahkan
oleh seorang jurutera berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia
di atas setiap pelan dan kiraan yang dibuat.
- Mendapatkan
permit dan mendirikan pagar perlindungan untuk mengasingkan
kawasan tapakbina dengan kawasan sekitar.
- Mendirikan
satu papan kenyataan di tapak bina yang menunjukkan cadangan
pembangunan, nombor rujukan Pelan Bangunan, nama dan alamat
pemilik, arkitek, jurutera dan kontraktor yang berkenaan.
|
|
|
|
|
|
Setelah
bangunan siap dibina, apakah ianya boleh terus didiami? |
|
|
Tidak.
Setelah bangunan siap sempurna dibina, Sijil Perakuan Menduduki
Bangunan (PMB) perlulah diperolehi terlebih dahulu sebelum bangunan
tersebut boleh didiami. Adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang
yang mendiami mana-mana bangunan tanpa memperolehi sijil PMB terlebih
dahulu. Pemilik bangunan boleh didakwa di mahkamah di bawah Undang-Undang
Kecil Bangunan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1985. |
|
|
|
|
|
Apakah
pemilik bangunan boleh mengemukakan sendiri permohonan untuk mendapatkan
sijil PMB? |
|
|
Permohonan
sijil PMB hanya boleh dikemukakan oleh pihak yang mengemukakan permohonan
untuk kelulusan Pelan Bangunan sahaja. |
|
|
|
|
|
Bolehkah
kerja-kerja tambahan/perubahan dibuat ke atas bangunan yang masih
dalam pembinaan atau bangunan yang masih belum memperolehi sijil
PMB? |
|
|
Tambahan/perubahan
kepada mana-mana bangunan yang dalam pembinaan atau bangunan yang
masih belum memperolehi sijil PMB adalah menyalahi undang-undang.
Tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap kesalahan tersebut
di bawah Undang-Undang Kecil Bangunan (Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur) 1985. Kerja-kerja sedemikian boleh menjejaskan pengeluaran
sijil PMB. Kerja-kerja tambahan/perubahan hanya boleh dimulakan
selepas sijil PMB dikeluarkan dan setelah mendapat kelulusan pihak
Datuk Bandar Kuala Lumpur. |
| |
|
|
|
Dimanakah
bahan-bahan binaan boleh ditempatkan? |
|
|
Semua
bahan binaan hendaklah sentiasa disimpan di dalam kawasan tapak
pembinaan. |
|
|
|
|
|
Bilakah
Sijil PMB (Perakuan Menduduki Bangunan) boleh dikeluarkan? |
|
|
Sijil
PMB akan hanya boleh dikeluarkan setelah syarat-syarat kelulusan
Perintah Pembangunan, Pelan Bangunan dan Syarat Tanah dipatuhi sepenuhnya
oleh pemohon. |
|
|
|