|
BAHAGIAN VII
KEHENDAK-KEHENDAK MENENTANG KEBAKARAN
133. Dalam Bahagian ini dan Bahagian VIII
melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-
"automatik" ertinya suatu alaI atau sistem yang
memperuntukkan fungsi kecemasan tanpa memerlukan campur tangan manusia;
"bahagian luar tak boleh terbakar" ertinya bahagian
luarnya dilapisi dengan, atau selainnya bahagian luarnya mengandungi bahan
tak boleh terbakar;
"dinding pangsa" dan "lantai petak" masing-masing
ertinya sesuatu dinding dan sesuatu lantai yang mematuhi undang-undang
kecil 148, dan yang diadakan sedemikian bagi maksud undang-undang kecil
136 untuk membahagikan sesualu bangunan kepada petak-petak bagi apa-apa
maksud berhubungan dengan undang-undang kecil 213 atau 147;
"dinding pengasing" ertinya dinding atau bahagian
sesuatu dinding yang digunakan bersama oleh dua bangunan bersampingan;
"elemen struktur" ertinya- .
a)
mana-mana bahagian yang menjadi sebahagian daripada kerangka struktur
sesuatu bangunan atau sesuatu rasuk atau alang atau tiang lain (bukan
bahagian yang hanya menjadi sebahagian sesualu struktur bumbung);
b)
sesuatu lantai, termasuk suatu lantai petak, selain daripada bangunana
yang terendah sekali;
c)
sesuatu dinding luar
d)
sesuatu dinding pengasing
e)
sesuatu dinding pangsa
f)
struktur yang menepung atau lubong terlindung
g)
sesuatu dinding bawa beban atau bahagian dinding yang bawa beban
h)
sesuatu galeri
"had-had yang dibenarkan
bagi kawasan tak terlindung" ertinya jumlah maksimum kawasan tak
terlindung pada sesuatu sisi atau dinding luar bangunan at au petak, yang
mematuhi kehendak-kehendak yang dinyatakan dalam Jadual Keenam
Undang-Undang Kecil ini bagi bangunan atau petak tersebut;
"jalan keluar" ertinya
sesuatu jalan yang melaluinya orang-orang dalam mana-mana tingkat sesuatu
bangunan boleh sampai ke tempat selamat di luar bangunan itu dan bolehlah
termasuk sesuatu bilik, pintu, koridor, tangga atau tara-tara laluan lain
yang bukan suatu pintu pusing, lit atau eskalator;
"jalan keluar lepas"
ertinya pintu dari sesuatu tingkat, rumah pangsa, at au bilik yang mana
pintunya memberi akses pada tingkat, rumah pangsa atau bilik itu ke jalan
keluar;
"jalan mati" ertinya
sesuatu kawasan yang pelepasan diri daripadanya hanya boleh dilakukan
melalui satu arab sahaja dan dalam sesuatu pelan terbuka termasuklah
mana-mana tempat yang jalan terus darinya kepada pintu keluar lain
mencakup suatu sudut yang tidak kurang dari 45°;
"jarak perjalanan"
ertinya jarak yang perlu dilalui daripada mana-mana tempat di sesuatu
tingkat bangunan sarna ada-
(a) ke pintu penahan
api dalam kepungan tangga; atau
(b) jika tidak ada
pintu tersebut, ke anak tangga pertama tangga itu;
"jarak tepat" ertinya
jarak yang terdekat sekali daripada mana-mana tempat dalam kawasan lantai
diukur dalam kepungan luar bangunan itu kepada tempat keluar yang
berkenaan tanpa mengira dinding, din ding sekat atau pemasangan selain
daripada dinding kepungan at au dinding sekat bagi tangga terlindung;
"J.P.B." ertinya Jawatankuasa Pegawai .Bomba United
Kingdom;
"kawasan tak terlindung"
berhubungan dengan sesuatu dinding luar atau sisi sesuatu bangunan,
crtinya-
a)
sesuatu tingkap, pintu atau ruang buka lain;
b)
mana-mana bahagian dinding luar yang mempunyai ketahanan api kurang
daripada yang dinyatakan oleh Bahagian ini bagi dinding itu; dan
c)
mana-mana bahagian dinding luar yang mempunyai bahan boleh terbakar yang
tebalnya lebih daripada 0.8 mlilmeter terlekat at au dipasang pacta muka
luarnya, sama ada untuk saluran atau apa-apa maksud lain;
"kemasan dalam" ertinya
permukaan dalam bangunan yang terdedah termasuk, tetapi tidak terhad
kepada dinding, dinding sekat, tiang dan siling yang tetap atau boleh alih;
"ketahanan api" mempunyai
erti yang diberikan kepada ungkapan ltu dalam undang-undang kecil 221;
"koridor ter1indung"
ertinya sesuatu koridor yang diasingkan danpada bangunan yang
menggunakannya oleh dinding sekat yang mempunyai TKA tidak kurang dari
setengah jam dan semua ruang buka dalam dinding sekat itu dipasang dengan
lampu tetap dan pmtu menutup sendiri tiap-tiap satunya mempunyai TKA tidak
kurang daripada setengah jam;
"K.P.P.B." ertinya Ketua
Pengarah' Perkhidmatan Bomba Malaysia atau Pihak Berkuasa Bomba yang
berkenaan;
"la1uan langkan" ertinya
sesuatu langkan yang menjadi laluan luar menuju ke tangga bersama yang
digunakan oleh satu atau lebih kependudukan;
"lampu kecemasan" ertinya
pencahayaan yang didapati sama ada melalui punca bekalan elektrik bebas
atau sekunder seperti akumulator yang mengalirkan arus elektrik atau
penjana kuasa berasingan bagi lampu biasa atau lampu pendua;
"lantai tentuan" ertinya
paras lantai di mana pasukan bomba mempunyai akses kepada lit bomba dan
biasanya adalah paras lantai yang terdekat sekali dengan paras akses
perkakas bomba;
"lif bomba" ertinya lit
yang boleh diambil milik bagi kegunaan eksklusif ahli bomba dalam masa
kecemasan;
"lubong terlindung"
ertinya sesuatu tangga, Iii, eskalator, pelongsor, saluran atau lubong
lain yang membo1ehkan orang, benda atau udara melalui di antara
petak-petak yang berlainan, dan yang mematuhi kehendak-kehendak
undang-undang kecil 150;
"paras akses menentang
kebakaran" ertinya paras paling tinggi yang sesuatu tangga perkakas bomba
boleh disandarkan ke sesuatu bangunan bagi maksud menentang kebakaran dan
pemindahan;
"paras akses perkakas
bomba" er.tinya di mana perkakas bomba bo1eh menghampiri bangunan itu bagi
maksud menentang kebakaran atau memindahkan penduduk;
"pemasangan gelung hos"
ertinya sesuatu pesangan paip, tangki air, pam dan gelung hos di sesuatu
bangunan bagi mengadakan suatu cara tersedia yang dengannya pancutan air
boleh dituJukan ke mana-mana bahagian bangunan itu bagi maksud menentang
kebakaran dan mematuhi TAPB 402.101;
"pemasangan penggera kebakaran" ertinya sesuatu
pemasangan yang boleh memberi amaran kepada orang-orang mengenai
berlakunya kebakaran. Pemasangan itu hendaklah mempunyai pengesan-pengesan
yang mematuhi Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Pegawai Bomba bagi Pemasangan
Penggera Kebakaran Automatik, dan dipasang mengikuti TAPB 1019;
"pemasangan semburan"
ertinya sesuatu pemasangan bekalan air, pam, paip, injap dan tempat
pancuran yang diatur sedemikian supaya secara automatik dapat mengesan
sesuatu kebakaran dan melawannya dengan air, membunyikan penggera dan
dipasang mengikut edisi semasa kaedah-kaedah JPB bagi
Pemasangan Semburan
Automatik atau piawai-piawai lain yang diluluskan;
"penahan api" ertinya
binaan yang ditentukan sedemikian, termasuk pintu yang mempunyai darjah
ketahanan api minimum tidak kurang daripada setengah jam mengikut
Jadual-Jadual relevan Undang-Undang Kecil ini atau yang mencapai sesuatu
standard apabila diuji mengikut PB 4/6: Bahagian 8: 19/2 kecuali, mengenai
pintu-
a)
ribet pada bingkai pintu atau pada penahan pintu itu, mengikut mana yang
berkenaan, tidak kurang daripada 25 milimeter dalamnya;
b)
pintu itu dipasangkan dengan engsel-engsel logam yang mempunyai takat
lebur tidak kurang daripada 8000C; dan
c)
pintu itu boleh menutup sendiri;
"pengadang api" ertinya
sesuatu pengadang atau penutup yang boleh mencegah atau menghalang laluan
asap atau api di dalam sesuatu rongga atau disekeliling sesuatu paip atau
saluran tempat ia menembusi sesuatu dinding atau lantai atau di
persimpangan antara elemen-elemen struktur;
"petak" ertinya mana-mana
bahagian sesuatu bangunan yang diasingkan daripada semua bahagian lain
oleh satu atau lebih dinding pangsa atau lantai petak atau oleh kedua-dua
dinding dan lantai tersebut; dan bagi maksud-maksud Bahagian ini, jika
mana-mana bahagian tingkat atas sesuatu bangunan adalah dalam suatu petak,
petak itu hendaklah juga termasuk sesuatu ruang bumbung di atas mana-mana
bahagian tingkat atas itu;
"pili bomba" ertinya
sesuatu pemasangan paip, tangki air, pam dan alir-keluar pili dalam
sesuatu bangunan bagi mengadakan suatu tara tersedia yang dengannya suatu
pancutan air boleh ditujukan ke mana-mana bahagian bangunan itu bagi
maksud menentang kebakaran dan hendaklah mematuhi TAPB 402.101;
"pintu" termasuklah
sesuatu pengatup, penutup bentuk perlindung lain bagi sesuatu ruang buka
di sesuatu dinding atau lantai sesuatu bangunan, atau pads struktur yang
mengelilingi sesuatu lubong terlindung, sarna acta pintu itu dibina
daripada satu daun pintu atau lebih;
"pintu keluar" ertinya
sesuatu pintu daripada sesuatu tingkat, rumah pangsa atau bilik yang
memberi akses daripada tingkat, rumah pangsa atau bilik itu ke jalan
keluar;
"pintu keluar tingkat"
ertinya sesuatu pintu berkadar api bagi tangga atau koridor terlindung
yang dilindungi denian suatu struktur penahan api mengikut Jadual
Kesembilan Undang-Undang Kecil ini dan dalam hal tempat tinagal tingkat
bawah, pintu keluar tingkat ertinya sesuatu pintu yang menghala terus ke
tempat selamat di luar bangunan itu;
"pintu penahan asap"
ertinya sesuatu pintu atau sepasang pintu yang apabila dipasang pada suatu
rangka memenuhi kehendak-kehendak seksyen 7 PB 476: Bahagian 8: 1972
mengenai-
(a) ketahanan daripada
runtuh selama tidak kurang daripada tiga puluh minit; dan
(b) ketahanan kepada
laluan api dan gas panas selama tidak kurang daripada dua puluh minit;
"ruang akses
menentang'kebakaran" ertinya sesuatu ruang yang terpisah daripada tingkat
yang menggunakannya oleh binaan yang mempunyai TKA sekurang-kurangnya
setengah jam, yang boleh dilalui terus daripada sesuatu tangga menentang
kebakaran dan lif bomba dan mengandungi pan cur kering atau pancur basah;
"ruang asap" ertinya
sesuatu ruang terlindung yang menjadi laluan bagi suatu tangga dan yang
bertindak sebagai penahan api dan asap di antara sesuatu tingkat dan
tangga itu;
"ruang edaran" ertinya
sesuatu ruang yang semata-mata atau kerap-kali digunakan sebagai jalan
masuk di antara suatu bilik dengan suatu lubong terlindung atau di antara
sama ada suatu bilik atau suatu lubong terlindung dengan suatu tempat
keluar dari bangunan atau petak itu;
"ruang terlindung"
ertinya sesuatu ruang yang dikepung seluruhnya dengan dinding sekat yang
mempunyai TKA tidak kurang daripada setengah jam dan semua ruang buka di
dalamnya dipasang dengan lampu tetap dan pintu menutup sendiri yang
mempunyai TKA tidak kurang daripada setengah jam;
"sempadan" berhubungan
dengan sesuatu bangunan, ertinya sempadan tanah kepunyaan bangunan itu (tanah
tersebut disifatkan sebagai termasuk mana-mana bahagian jalan, terusan
atau sungai yang bersempadanan tetapi hanya setakat garisan tengahnya);
dan sempadan premis itu hendaklah diertikan supaya termasuk mana-mana
bahagian itu hingga ke takat yang sama;
"sempadan berkenaan"
berhubungan dengan sesuatu sisi atau dinding luar sesuatu bangunan atau
petak, ertinya bahagian sempadan premis itu atau sempadan andaian
sebagaimana ditetapkan dalam undang-undang kecil 146 yang berhampiran
dengan sisi atau dinding itu dan sama ada bertemu dengan, selari dengan
atau pada sudut tidak lebih daripada 800 dengan sisi atau dinding itu;
"sistem pancur basah"
ertinya sesuatu sesalur air tegak yang sentiasa penuh dan dipasang bagi
maksud-maksud menentang kebakaran, daripada sail yang berpatutan dan
dipasang dengan sambungan-sambungan yang sesuai untuk kegunaan Pihak
Berkuasa Bomba dan hendaklah mematuhi kehendak-kehendak T APB 402.101;
"sistem pancur kering"
ertinya sesuatu sesalur air tegak yang selalunya kering, daripada sail
berpatutan, dan dipasang dengan pili alir-keluar yang boleh dipenuhi
dengan air oleh pam-pam Pihak Berkuasa Bomba melalui alir masuk
perkhidmatan bomba dan hendaklah mematuhi PB 3980 dan TAPB 402.101;
"struktur pelindung"
ertinya sesuatu dindin2 atau lantai atau struktur lain yang mengepung
suatu lubong terlindung lain daripada-
(a) dinding yang juga
menjadi sebahagian daripada dinding luar, dinding pengasing atau dinding
pangsa; atau
(b) lantai yang juga
adalah lantai petak atau lantai yang dipasang terus di atas tanah; atau
(c) sesuatu bumbung;
"suis ahli bomba" ertinya sesuatu suis yang terletak
berhampiran dengan lit bomba di lantai tentuan untuk membolehkan pasukan
bomba mengawal lif-lif bomba;
"tak boleh terbakar"
adalah terpakai bagi bahan-bahan yang dinyatakan di bawah PB 476: Bahagian
4 (1970);
"tangga dalam" ertinya
sesuatu tangga yang dikepungi di semua sisi oleh dinding dan yang semua
ruang buka dalam dinding luarnya digilap atau selainnya dilindungi
daripada cuaca;
"tangga luar" ertinya
sesuatu tangga yang terbuka sepenuhnya kepada udara luar pada
sekurang-kurangnya dua sisi daripada paras sebelah atas pelepar ke sebelah
bawah larian tangga yang sebaik-baik sahaja di atasnya;
"tangga menentang
kebakaran" ertinya sesuatu tangga yang diuntukkan sebagai jalan masuk yang
diiktiraf ke dalam bangunan untuk ahli bomba jika berlaku sesuatu
kebakaran;
"tangga terlindung"
ertinya sesuatu tangga yang diasingkan daripada bangunan yang
menggunakannya oleh dinding sekat yang mempunyai TKA tidak kurang daripada
setengah jam dan yang semua ruang buka dalam dinding sekat itu dipasangkan
dengan lampu tetap dan pintu menutup sendiri yang tiap-tiap satunya
mempunyai TKA tidak kurang daripada setengah jam;
"tempat keluar mendatar"
ialah suatu jalan keluar daripada sesuatu petak atau bangunan ke petak
atau bangunan yang bersebelahan pada paras yang lebih kurang sama dan
kemudian ke tangga terlindung atau tempat keluar terakhir sama ada secara
terus atau melalui koridor terlindung;
"tempat keluar terakhir"
ertinya tempat keluar bagi jalan Iepas keluar daripada sesuatu bangunan
yang mengadakan akses terus ke jalan, laluan atau tangga terbuka yang
terletak untuk membolehkan pemindahan orang-orang daripada kawasan
berdekatan sesuatu bangunan supaya mereka terselamat daripada kebakaran
atau asap;
"tempoh ketahanan api"
ertinya tempoh yang sesuatu elemen akan memenuhi kehendak-kehendak
berkenaan dengan aliran haba atau ketahanan daripada runtuh dengan laluan
api apabila diuji mengikut PB 476: Bahagian I: 1953;
"tingginya bangunan"
mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam undang-undang kecil135;
"TKA" ertinya tempoh ketahanan api.
134. Bagi maksud
Bahagian ini tiap-tiap bangunan atau petak hendaklah dianggap mengikut
penggunaannya atau penggunaan yang dicadangkan sebagaimana digolongkan
dalam salah satu daripada kumpulan maksud yang dinyatakan dalam Jadual
Kelima Undang-Undang Kecil ini dan, jika sesuatu bangunan itu dibahagikan
kepada petak yang diguna atau dicadang hendaklah digunakan untuk
maksud-maksud berlainan, kumpulan maksud bagi setiap petak itu hendaklah
ditentukan berasingan:
Dengan syarat bahawa jika
keseluruhan atau sebahagian daripada sesuatu bangunan atau petak, mengikut
mana yang berkenaan, diguna atau dicadang hendak digunakan untuk lebih
daripada satu maksud, hanya maksud utama penggunaan bangunan atau petak
itu akan diambilkira apabila menentukan dalam kumpulan maksud mana ia
digwongkan.
135. Dalam Bahagian
ini-
(a) tingginya
sesuatu bangunan, atau bahagian sesuatu bangunan sebagaimana diperihalkan
dalam undang-undang kecil 215 ertinya tinggi bangunan atau bahagian itu,
diukur daripada paras min tanah yang bersampingan dengan bahagian luar
dinding luar bangunan itu hingga ke paras setengah daripada tinggi tegak
bumbung bangunan atau bahagian itu, atau hingga ke bahagian tertinggi
dinding parapet (jika ads), mengikut mana yang lebih tinggi;
(b) keluasan-
(i)
sesuatu tingkat bangunan atau petak hendaklah dikira sebagai
jumlah keluasan dalam tingkat itu yang dikelilingi oleh permukaan
kemasan dalam dinding kepungan itu atau, pads mana-mana sisi di mana
tidak ads dinding kepungan, oleh bahagian tepi lantai yang terluar
sekali disisi itu;
(ii)
sesuatu bilik atau garaj hendaklah dikira sebagai jumlah
keluasan lantainya yang dikelilingi oleh permukaan kemasan dalam
dinding-dinding yang membentuk bilik atau garaj itu;
(iii)
sesuatu bahagian bumbung hendaklah dikira sebagai keluasan
tampak sebenar bahagian itu diukur di atas satah selari dengan curam
bumbung itu;
(c) Kapasiti
isipadu bangunan atau petak hendaklah ditentukan dengan mengukur isipadu
ruang yang terkandung di dalam-
(i)
permukaan kemasan dalam dinding kepungan atau, pada mana-mana
sisi di mana tidak ada dinding kepungan, satah yang melanjut tegak di
atas tepi lantai yang terluar sekali di sisi itu;
(ii)
permukaan atas lantai yang terendah sekali; dan
(iii)
mengenai sesuatu bangunan atau petak yang melanjut ke bumbung,
permukaan bawah bumbung itu atau, mengenai mana-mana petak lain,
permukaan bawah siling tingkat yang tertinggi sekali dalam petak itu,
termasuk ruang yang mengandungi mana-mana dinding lain, atau mana-mana
lubong, saluran atau struktur lain di dalam ruang yang akan diukur
sedemikian.
136. Mana-mana bangunan, lain daripada bangunan
satu tingkat, daripada kumpulan maksud yang dinyatakan dalam ladual Kelima
Undang-Undang Kecil ini dan yang mempunyai-
(a) sesuatu
tingkat yang keluasan lantainya melebihi keluasan yang dinyatakan sebagai
relevan bagi bangunan dalam kumpulan maksud dan tinggi tersebut; atau
(b) kapasiti
isipadu yang melebihi isipadu yang dinyatakan sebagai relevan, hendaklah
dibahagikan kepada petak-petak, dengan cars. dinding pangsa atau lantai
petak atau kedua-duanya, supaya-
(i)
tiada mana-mana petak itu mempunyai sesuatu tingkat yang
keluasan lantainya melebihi keluasan yang dinyatakan sebagai relevan
bagi bangunan itu; dan
(ii)
tiada mana-mana petak itu mempunyai kapasiti isipadu yang
melebihi isipadu yang dinyatakan sebagai relevan bagi bangunan itu;
Dengan syarat bahawa jika
sesuatu bangunan dilengkapkan dengan pemasangan semburan automatik yang
mematuhi syor-syor relevan Kaedah-kaedah J.P.B. bagi Pemasangan Semburan
Automatik, edisi ke 29, undang-undang kecil ini hendaklah berkuatkuasa
berhubungan dengan bangunan itu seolah-olah had-had ukuran yang dinyatakan
itu diganda dua.
137. Dalam mana-mana
bangunan yang tingginya melebihi 30 meter, mana-mana lantai yang tingginya
lebih daripada 9 meter di atas paras tingkat bawah yang mengasingkan satu
tingkat daripada satu tingkat lain, selain daripada lantai yang berada
sama ada dalam lantai maisonet atau mezanin hendaklah dibina sebagai
lantai petak.
138. Dinding dan
1antai berikut dalam bangunan-bangunan hendaklah dibina sebagai dinding
pangsa atau lantai petak:
(a) mana-mana
lantai dalam sesuatu bangunan daripada Kumpulan Maksud II (Institusional);
(b) mana-mana
dinding atau lantai yang mengasingkan rumah pangsa atau maisonet daripada
mana-mana bahagian lain bangunan yang sarna;
(c) mana-mana
dinding atau lantai yang mengasingkan sebahagian sesuatu bangunan daripada
mana-mana bahagian lain bangunan yang sarna yang diguna atau dicadang
hendak digunakan terutamanya bagi maksud yang tergolong ke dalam kumpulan
maksud yang berlainan sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kelima
Undang-Undang Kecil ini; dan
(d) mana-mana
lantai sebaik sahaja di atas tingkat bawah tanah jika tingkat bawah tanah
itu mempunyai keluasan yang melebihi 100 meter persegi.
139. Kawasan atau penggunaan berikut hendaklah
diasingkan daripada kawasan pendudukan lain dalam mana ia ditempatkan
dengan pembinaan penahan kebakaran daripada clemen struktur yang mempunyai
TKA yang akan ditentukan oleh Dato Bandar berasaskan darjah bahaya
kebakaran:
(a) bilik dandang dan kawasan storan bahan
api yang berkaitan;
(b) dobi;
(c) bengkel membaiki yang melibatkan proses
dan bahan bahaya;
(d) kawasan storan bahan yang ban yak yang
disifatkan bahaya;
(e) kawasan storan gas petroleum cair;
(f) bilik linen;
(g) 'bilik transformer dan substesyen; dan
(h) stor cecair mudah terbakar.
140. Semua bangunan.yang melebihi 7000 meter
padu hendaklah bersempadanan dengan jalan atau lebuh atau kawasan terbuka
yang tidak kurang daripada 12 meter lebar dan boleh dimasuki oleh perkakas
pasukan bomba. Kadar bangunan itu yang bersempadanan dengan jalan, lebuh
atau kawasan terbuka hendaklah mengikut skel berikut:
|
Isipadu bangunan dalam meter padu |
Kadar minimum perimeter bangunan |
|
7000 hingga 28000 .. .. .. |
satu perenam |
|
28001 hingga 56000 .. .. .. |
satu perempat |
|
56001 hingga 84000 .. .. .. |
setengah |
|
84001 hingga 112000 .. .. .. |
tiga suku |
|
112001 dan ke atas .. .. .. |
tapak pulau |
141. (1) Tertakluk kepada pengecualian yang
dinyatakan dalam perenggan (2) tiada apa-apa ruang buka boleh dibuat dalam
mana-mana dinding pengasing yang menjadi dinding tegak penuh yang
mengasingkan sesuatu bangunan,
(2) Tiada apa-apa pun dalam undang-undang
kecil ini boleh melarang-
(a) laluan sesuatu pair menerusi dinding
pengasing itu, jika paip itu-
(i) bukan corong asap;
(ii) mempunyai diameter tidak melebihi 25
milimeter jika ianya dibuat
daripada bahan boleh terbakar atau 150 milimeter jika ianya dibuat
daripada bahan tak boleh terbakar; dan
(iii) mempunyai pengadang api di tempat lalunya
menerusi dinding itu; atau
(b) suatu ruang buka dalam dinding pengasing yang
diperlukan sebagai jalan melepaskan diri dari kebakaran, jika ruang buka
itu dipasangkan dengan pintu yang mempunyai berkenaan dengan dinding
pengasing TKA tidak kurang daripada yang dikehendaki di bawah Bahagian
ini,
(3) Mana-mana dinding pengasing yang
membentuk suatu persimpangan dengan bumbung hendaklah dilanjutkan ke atas
permukaan atas bum bung itu hingga ke suatu jarak tidak kurang daripada
230 milimeter diukur pada sudut tepat pada permukaan atas itu.
142. (1) Jika sesuatu dinding luar dilanjutkan
melintangi hujung suatu dinding pengasing, dinding luar dan dinding
pengasing itu hendaklah diikat bersama atau persimpangan dinding-dinding
tersebut hendaklah mempunyai pengadang api,
(2) Tertakluk kepada
peruntukan-peruntukan berhubungan dengan garaj kecil dan tempat letak
kereta terbuka, sesuatu sisi bangunan hendaklah mematuhi apa-apa kehendak
relevan berhubungan dengan had-had yang dibenarkan basi kawasan tak
terlindung sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Keenam Undang-Undang Kecil
ini melainkan bangunan itu terletak sedemikian hingga sisi itu mungkin
terdiri keseluruhannya dari kawasan tak terlindung.
(3) Sesuatu dinding luar yang menjadi,
atau terletak dalam jarak 1 meter daripada suatu titik atas sempadan
berkenaan atau adalah suatu dinding bangunan yang melebihi 15 meter
tingginya hendaklah-
(a) dibina keseluruhannya daripada
bahan tak boleh terbakar seIsin daripada spa-spa salutan luar yang
mematuhi undang-undang kecil 144 atau sesuatu lapisan dalam yang mematuhi
Undang-Undang Kecil ini; dan
(b) dibina supaya mencapai apa-apa TKA
yang dikehendaki oleh Bahagian ini tanpa bantuan daripada apa-apa bahan
tak boleh terbakar yang dibenarkan oleh Bahagian ini:
Dengan syarat bahawa kehendak-kehendak Bahagian ini
tidak terpakai bagi-
(i) dinding luar sesuatu bangunan yang dalam had
saiz yang ditanda dengan hurut "x" dalam Bahagian I Jadual Kesembilan
Undang-Undang Kecil ini atau dinding luar sesuatu bangunan yang tidak
dibahagikan kepada petak-petak dan adalah dalam had saiz yang ditanda
dengan hurut "z" dalam Bahagian 2 Jadual Kesembilan jika. dalam
kedua-dua hal, tinggi bangunan itu tidak melebihi 18 meter; dan
(ii) dinding luar suatu bangunan atau sebahagian
daripada Kumpulan Maksud III yang terdiri daripada rumah pangsa atau
maisonet jika bangunan itu tidak melebihi 3 tingkat atau bahagian itu
diasingkan sebagaimana diperihalkan dalam undang-undang ke 135 dan
tingginya tidak melebihi 18 meter.
143. Sesuatu rasuk atau tiang yang menjadi
sebahagian daripada, dan apa-apa struktur yang menanggung, suatu dinding
luar yang dikehendaki supaya dibina daripada bahan tak boleh terbakar
hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan perenggan (3) undang-undang
kecil142 mengenai hal tak boleh terbakar.
144. (1) Sesuatu salutan pad a mana-mana
dinding luar, jika salutan itu terletak kurang daripada 1.2 meter daripada
sesuatu titik di atas sempadan berkenaan, hendaklah mempunyai permukaan
yang mematuhi kehendak-kehendak Kelas 0 yang dinyatakan dalam
undang-undang kecil 204.
(2) Sesuatu salutan pada mana-mana
dinding luar yang terletak 1.2 meter atau lebih daripada sempadan
berkenaan itu hendaklah, jika tinggi bangunan itu melebihi 18 meter,
mempunyai suatu permukaan yang mematuhi kehendak-kehendak yang dinyatakan
bagi Kelas 0 dalam undang-undang kecil 204 kecuali bahawa mana-mana
bahagian salutan terse but yang kurang daripada 18 meter tingginya
daripada tanah boleh terdiri daripada kayu yang tebal kemasannya tidak
kurang daripada 10 milimeter atau daripada suatu bahan yang mempunyai
permukaan yang, apabila diuji mengikut PB 476: Bahagian 6: 1968, mempunyai
indeks pelaksanaan tidak lebih daripada dua puluh.
145. Bagi maksud undang-undang kecil 142 hingga
146-
(a) mana-mana bahagian bumbung hendaklah
disifatkan sebagai sebahagian daripada dinding luar atau sisi sesuatu
bangunan jika ianya dicerunkan pada sudut 70. atau lebih kepada garis
ufuk dan bersambung dengan suatu ruang dalam bangunan itu yang padanya
orang ramai mempunyai akses tidak terhad kepada maksud-maksud
penyenggaraan atau pembaikan; dan
(b) apa-apa sebutan mengenai Jadual Keenam
Undang-Undang Kecil ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
peruntukan-peruntukan Bahagian I Jadual itu bersama-sama dengan,
mengikut pilihan orang-orang yang bercadang hendak mendirikan bangunan
itu, sama ada peruntukan Bahagian II, Bahagian III, atau Bahagian IV
Jadual tersebut.
146. Jika sesuatu bangunan hendak didirikan di
atas tanah yang dipenuhi oleh apa-apa bangunan lain, atau dua atau lebih
bangunan berasingan hendak didirikan di atas tanah yang diduduki bersama
dan salah satu daripada bangunan itu adalah dalam Kumpulan Maksud I atau
III, selain daripada bangunan berasingan yang mengandungi hanya suatu
garaj atau suatu tempat letak kereta terbuka, dalam pemakaian
peruntukan-peruntukan Bahagian ini kepada mana-mana dinding luar sesuatu
bangunan yang akan didirikan berhadapan dengan dinding luar bangunan lain
itu-
(a) sempadan berkenaan itu adalah suatu sempadan
andaian yang melalui di antara bangunan-bangunan itu dan sempadan
tersebut mestilah boleh ditempatkan pada sesuatu kedudukan supaya
membolehkan dinding luar bangunan itu mematuhi kehendak-kehendak
Bahagian ini; dan
(b) jika bangunan lain itu adalah suatu bangunan
yang sedia ada ia hendaklah disifatkan sebagai suatu bangunan yang akan
didirikan atas tapak yang didudukinya itu, yang mempunyai maksud yang
sarna dan mempunyai kawasan tak terlindung dan ketahanan api yang sama
seperti bangunan yang sedia ada itu.
147. (1) Sesuatu dinding pengasing, lain daripada
dinding yang mengasingkan bangunan yana tidak dibahagikan kepada petak
dalam had-had saiz yang ditandakan dengan huruf "x" dalam Bahagian I
Jadual Kesembilan Undang-Undang Kecil ini hendaklah dibina keseluruhannya
daripada bahan tak boleh terbakar, tidak termasuk sesuatu permukaan kemas
sesuatu dinding yang mematuhi kehendak-kehendak Undang-Undang Kecil ini
dan kehendak TKA bagi dinding itu hendaklah diperolehi tanpa bantuan
daripada bahan tak boleh terbakar itu.
(2) Sesuatu rasuk atau tiang yang menjadi
sebahagian daripada, dan sesuatu struktur yang menanggung, suatu dinding
pengasing yang dikehendaki dibina daripada bahan tak boleh terbakar
hendaklah sendirinya mematuhi kehendak-kehendak perenggan (1) mengenai hal
tak boleh terbakar.
148. (1) Tiada apa-apa ruang buka boleh d.ibuat
dalam mana-mana dinding pangsa atau lantai petak kecuali mengenai
mana-mana satu atau lebih daripada yang berikut:
(a) suatu ruang buka yang dipasang dengan pintu
yang mematuhi kehendak-kehendak undang-undang kecil 162 dan mempunyai
TKA yang tidak kurang daripada-
(i) dalam hal sesuatu dinding yang mengasingkan
suatu rumah pangsa atau maisonet daripada mana-mana ruang yang
digunakan bersama bagi memberi akses kepada rumah pangsa ataumaisonet
itu, selama setengah jam; atau
(ii) dalam mana-mana hallain, TKA yang
dikehendaki oleh peruntukan-peruntukan undang-undang kecil ini
berkenaan dengan dinding atau lantai itu;
(b) suatu ruang buka untuk lubong terlindung;
(c) suatu ruang buka untuk saluran pengudaraan,
selain daripada saluran di dalam, atau terdiri daripada, suatu lubong
terlindung, jika apa-apa ruang yang mengelilingi saluran itu mempunyai
penggadang api dan saluran dipasang dengan sesekat api automatik
mengikut Piawaian Mlstralia 1682 dan 1668 Bahagian 1-1974 atau yang
sarna dengannya di tempat ia menembusi dinding atau lantai itu dan
sesekat api itu hendaklah mempunyai tidak kurang daripada TKA yang
dikehendaki bagi bahan dinding pangsa atau lantai petak yang
ditembusinya itu;
(d) suatu ruang buka untuk paip yang mematuhi
kehendak-kehendak perenggan (2) undang-undang kecil141:
(e) suatu ruang buka untuk pelongsor sampah yang
mempunyai TKA sekurang-kurangnya satu jam dan mempunyai pintu tutup
rapat yang terletak pada dinding luar bilik itu yang mempunyai TKA
selama setengah jam.
(2) Jika sesuatu dinding pangsa atau lantai
petak membentuk suatu persimpangan dengan sesuatu struktur yang terdiri
daripada dinding pangsa lain, at au sesuatu dinding luar, dinding
pengasing at au struktur yang mengepungi suatu lubong terlindung, struktur
terse but hendaklah diikat bersama pada persimpangan itu atau persimpangan
itu hendaklah mempunyai pengadang api.
(3) Jika sesuatu dinding pangsa membentuk
suatu persimpangan dengan bumbung, dinding itu hendaklah dilanjutkan ke
bahagian bawah permukaan penutup bumbung itu.
(4) Jika sesuatu serombong, perkakas saluran
pengudaraan atau saluran yang menyarungi satu atau lebih paip corong asap
menembusi sesuatu lantai petak atau dinding pangsa-
(a) mana-mana corong asap dalam serombong itu; atau
(b) laluan masuk perkakas saluran pengudaraan itu;
(c) ruang di dalam saluran yang menyarungi paip
atau paip-paip corong asap itu, hendaklah diasingkan daripada lantai
petak atau dinding pangsa itu dan daripada setiap petak yang
bersampingan dengan dinding atau lantai itu oleh binaan tak boleh
terbakar yang mempunyai TKA tidak kurang daripada setengah dari TKA
minimum yang dikehendaki oleh Undang-Undang Kecil ini berkenaan dengan
dinding pangsa atau lantai petak yang ditembusi oleh serombong, saluran
atau paip itu.
(5) Jika sesuatu serombong, perkakas saluran
pengudaraan atau saluran yang menyarungi satu atau lebih paip corong asap
menjadi sebahagian daripada dinding pangsa-
(a) mana-mana corong asap dalam serombong itu;
atau
(b) laluan masuk perkakas saluran pengudaraan itu;
atau
(c) ruang di dalam saluran yang menyarungi paip
atau paip-paip corong asap itu, hendaklah diasingkan daripada sesuatu
petak yang bersampingan dengan din ding itu oleh binaan tak boleh
terbakar yang akan, pada mana-mana paras, mempunyai TKA tidak kurang
daripada setengah dari TKA minumum yang dikehendaki oleh Undang-Undang
Kecil ini berkenaan dengan dinding pangsa itu pada paras tersebut.
(6) Sesuatu dinding pangsa atau lantai petak
yang dikehendaki oleh Undang-Undang Kecil ini supaya mempunyai TKA selama
satu jam atau lebih hendaklah, tidak terrnasuk-
(a) sesuatu lantai kemas;
(b) sesuatu permukaan kemas bagi dinding atau
siting yang mematuhi kehendak- kehendak undang-undang kecil 204; atau
(c) sesuatu siling yang mematuhi perihal-perihal
yang dinyatakan dalam ladual Kesembilan Undang-Undang Kecil ini. dibina
keseluruhannya daripada bahan tak boleh terbakar dan, selain daripada
sesuatu siling, TKA yang dikehendaki bagi dinding atau lantai itu
hendaklah diperolehi tanpa bantuan daripada apa-apa bahan tak boleh
terbakar.
(7) Sesuatu rasuk atau tiang yang menjadi sebahagian
daripada, dan struktur yang menanggung, sesuatu dinding pangsa atau lantai
petak yang dikehendaki supaya dibina daripada bahan tak boleh terbakar
hendaklah sendirinya mematuhi peruntukan-peruntukan perenggan (6) mengenai
hal tak boleh terbakar.
149. Ruang buka dalam dinding luar yang terletak
menegak di atas satu sarna lain hendaklah dilindungi dengan pengadang api
yang diluluskan sarna ada dilanjutkan hingga 750 milimeter melebihi
dinding luar itu pada satah lantai itu at au dengan panel tegak yang
tingginya tidak kurang daripada 900 milimeter.
150. (1) Tiada sesuatu lubong terlindung boleh dibina
untuk digunakan bagi apa-apa maksud selain daripada maksud-maksud yang
dinyatakan dalam Bahagian ini kecuali untuk menempatkan sesuatu pair atau
saluran, atau sebagai tempat kebersihan atau bilik cuci, atau kedua-duanya.
(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan
bahagian ini, sesuatu lubong terlindung hendaklah dikepung
sepenuhnya.
(3) Sesuatu struktur pelindung yang
dikehendaki mempunyai TKA selama satu jam atau lebih, dan sesuatu rasuk
atau tiang yang menjadi sebahagian daripada struktur itu dan sesuatu
struktur yang menanggung struktur pelindung tersebut hendaklah dibina
daripada bahan tak boleh terbakar seluruhnya, kecuali apa-apa permukaan
kemas luar yang mematuhi kehendak-kehendak undang-undang kecil 204
berhubungan dengan permukaan-permukaan dinding.
(4) Sesuatu dinding, lantai atau struktur
lain yang mengepung sesuatu lubong terlindung tetapi bukan menjadi
struktur pelindung boleh mengandungi apa-apa ruang buka sebagaimana
dikehendaki mengikut peruntukan-peruntukan lain Undang-Undang Kecil ini.
(5) Tiada apa-apa ruang buka boleh diadakan dalam
mana-mana struktur pelindung selain dari mana-mana satu atau lebih
daripada yang berikut:-
(a) suatu ruang buka bagi paip;
(b) suatu ruang buka yang dipasang dengan pintu
penahan api yang mematuhi peruntukan-peruntukan undang-undang kecil 162;
(c) jika lubong terlindung itu mengandungi suatu
lif, suatu ruang buka yang mematuhi peruntukan-peruntukan undang-undang
kecil 162; dan
(d) jika lubong terlindung itu diguna sebagai,
atau mengandungi saluran pengudaraan, suatu salur masuk kepada atau
salur keluar daripada saluran itu atau ruang buka bagi saluran itu.
(6) Sesuatu ruang buka bagi paip hendaklah mempunyai
penggalang api yang berkesan.
151. Jika ruang buka bagi lubong Iif tidak
disambungkan kepada ruang terlindung, lubong lif tersebut hendaklah
dilengkapkan dengan liang udara yang tidak kurang daripada 0.09 meter
persegi bagi setiap lif dan terletak di bahagian atas lubong itu. Jika
liang udara itu tidak keluar terus ke udara lepas, lubong lif itu
hendaklah diudarakan ke luar melalui suatu saluran yang mempunyai TKA yang
dikehendaki bagi lubong lif.
152. (1) Tiap-tiap ruang buka dalam sesuatu lubong
lit atau pintu masuk lit hendaklah membuka ke suatu lobi terlindung
melainkan cara perlindungan lain yang sesuai bagi ruang buka itu yang
memuaskan Dato Bandar disediakan. Kehendak-kehendak ini tidak terpakai
bagi bangunan perindustrian jenis terbuka atau bangunan khas lain yang
diluluskan oleh K.P.P.B.
(2) Pintu pelantar hendaklah mempunyai TKA yang
tidak kurang daripada setengah dari TKA bagi struktur kapi yang mempunyai
TKA minimum selama setengah jam.
(3) Tiada apa-apa kaca boleh digunakan untuk atau
dalam pintu pelantar kecuali untuk penglihatan yang mana sesuatu panel
penglihatan hendaklah digilap dengan kaca keselamatan berdawai, dan
hendaklah tidak lebih daripada 0.0161 meter persegi dan jumlah keluasan
satu atau lebih panel penglihatan dalam sesuatu pintu pelantar hendaklah
tidak lebih daripada 0.0516 meter persegi.
(4) Setiap ruang buka panel terang hendaklah menolak
bebola yang berdiameter 150 milimeter.
(5) Peruntukan hendaklah dibuat bagi membuka semua
pintu pelantar dengan bantuan kunci kecemasan tanpa mengira kedudukan
kereta lif itu.
153. (1) Semua lobi lif hendaklah dilengkapkan dengan
pengesan asap.
(2) Lif yang
tidak membuka ke suatu ruang asap tidak boleh menggunakan alat membuka
semula pintu yang dikawal oleh pancaran cahaya at au pengesan-foto
melainkan digabungkan dengan ciri daya penutup yang menyebabkan pintu itu
tertutup dalam masa yang ditetapkan dahulu selepas tiga puluh saat
daripada apa-apa gangguan pada pancaran itu.
154. (1) Apabila berlaku kerosakan pada kuasa sesalur,
semua lif hendaklah kembali terus mengikut rentetannya ke lantai tentuan,
bermula dengan lif bomba, tanpa menyahut apa-apa panggilan kereta atau
pelantar dan berhenti dengan pintu terbuka.
(2) Selepas
semua lif berhenti, lif yang menggunakan kuasa kecemasan hendaklah
menyambung semula perjalanan biasa:
Dengan syarat bahawa jika kuasa kecemasan yang
mencukupi boleh didapati untuk perjalanan semua lif, tara gerakan ini
tidak perlu dipakai.
155. (1) Cara gerakan menentang kebakaran hendaklah
dimulakan dengan suatu isyarat daripada panel penggera kebakaran yang
boleh dihidupkan secara automatik oleh satu daripada alat-alat penggera
dalam bangunan itu atau dengan tangan.
(2)
Jika sesalur kuasa boleh didapati semua lif hendaklah kembali terus
mengikut rentetannya ke lantai tentuan, bermula dengan lif bomba, tanpa
menyahut apa-apa panggilan kereta atau pelantar, mengatasi butang berhenti
kecemasan dalam kereta itu, tetapi tidak alat-alat kecemasan atau
keselamatan lain, dan berhenti dengan pintu-pintu terbuka.
(3)
Selepas itu lif bomba boleh didapati bagi kegunaan pasukan bomba dengan
menggerakkan suis ahli bomba.
(4)
Mengikut tara gerakan ini, lif bomba hendaklah hanya berjalan sebagai
menyahut panggilan kereta tetapi tidak kepada panggilan pelantar dalam
tara gerakan mengikut undang-undang kecil 154.
(5)
Jika berlaku kerosakan pada sesalur kuasa, semua lif hendaklah kembali
terus mengikut rentetannya ke lantai tentuan dan bergerak mengikut kuasa
kecemasan sebagaimana dinyatakan di bawah perenggan (2) hingga (4).
156. (1) Jika sesuatu lubong teriindung digunakan
sebagai, atau mengandungi, suatu saluran pengudaraan-
(a) saluran itu hendaklah dipasang dengan sesekat
api automatik bersesama atau tanpa saluran kecil seperti Piawaian
Australia 1668: Bahagian I: 1974, dibina sedemikian pacta sesuatu jarak
dan di mana-mana yang perlu untuk mengurangkan, setakat mana praktik,
fisiko kemerebakan api daripada suatu petak ke sesuatu petak lain, atau
sesuatu persediaan lain hendaklah dibuat supaya boleh mengurangkan
fisiko tersebut setakat mana praktik; dan
(b) saluran itu tidak boleh dibina daripada, atau
dilapik dengan apa-apa bahan yang boleh menambah fisiko itu.
(2)
Sebagai tambahan, dalam hal sesuatu lubong terlindung yang mengandungi
saluran pengudaraan, lubong itu hendaklah dibina dengan pengadang api
tambahan di antara saluran dan lubong itu sebagaimana perlu untuk
mengurangkan setakat mana praktik risiko kemerebakan api daripada suatu
petak ke sesuatu petak lain.
157. Sesuatu tangga terlindung atau sesuatu lubong
terlindung yang mengandungi tangga tidak boleh mengandungi apa-apa paip
yang membawa gas atau minyak atau apa-apa saluran pengudaraan selain
daripada saluran yang digunakan hanya oleh tangga atau lubong itu sahaja.
158. (1) Di tempat-tempat perhimpunan, selain
daripada dewan sekolah atau lain-lain dewan yang serupa di mana
pemandangan pentas jarang digunakan, yang boleh memberi tempat kepada
lebih daripada 400 orang dan yang dalamnya pemandangan pentas boleh
digunakan, pentas itu hendaklah diasingkan daripada auditorium oleh
dinding prosenium yang tidak kurang daripada 230 milimeter kerja
batu-batannya atau bahan lain yang mempunyai TKA yang sarna, dilanjutkan
ke baweh hingga ke asas tapak pejal dan ke atas hingga sekurang-kurangnya
900 milimeter di atas paras bum bung melainkan bum bung itu dibina dari
bahan yang mempunyai TKA sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kesembilan
Undang-undang Kecil ini.
(2) Tidak lebih daripada tiga ruang buka, termasuk
ruang buka prosenium itu, boleh diadakan dalam dinding prosenium.
(3) Tiada apa-apa ruang buka selain dari ruang buka
prosenium itu boleh melebihi 600 milimeter di atas paras pentas itu dan
ruang buka tambahan itu tidak boleh mempunyai keluasan yang melebihi 1.8
meter persegi dan setiap ruang buka tambahan itu hendaklah dipasang dengan
pintu yang dibina daripada bahan yang mempunyai TKA sebagaimana dinyatakan
dalam Jadual Kesembilan Undang-Undang Kecil ini.
159. Pentas terbuka tanpa dinding prosenium boleh
dibenarkan dengan syarat alat-alat pelindung sesuai yang memuaskan K.P.P.B.
dipasang.
160. (1) Semua saluran penyamanan udara, termasuk
bingkainya, kecuali saluran-saluran dalam bangunan kediaman berasingan dan
berkembar hendaklah dibina keseluruhannya daripada bahan tak boleh
terbakar dan hendaklah disangga dengan secukupnya di sepanjang jaraknya.
(2) Tiada apa-apa saluran penyamanan udara boleh
menembusi dinding api melainkan sebagaimana diperuntukkan dalam
undang-undang kecil 148 dan 156.
(3) Tempat kemasukan udara sesuatu kelengkapan
penyamanan udara hendaklah ditempatkan sedemikian sehingga udara tidak
boleh diedar semula daripada mana-mana ruang di mana banyak wap mudah
terbakar yang tercemar atau habuk dikeluarkan dan hendaklah ditempatkan
sedemikian supaya dapat mengurangkan penarikan masuk apa-apa bahan yang
boleh terbakar.
161. (1) Sesuatu pengadang api yang dikehendaki oleh
peruntukan-peruntukan Bahagian ini hendaklah dibentuk dan ditempatkan
sedemikian supaya dapat mencegah atau menghalang laluan api.
(2) Sesuatu pengadang api hendaklah-
(a) jika diadakan di sekeliling sesuatu paip atau
saluran atau dalam sesuatu rongga, dibuat daripada bahan tak boleh
terbakar atau, jika ianya dalam sesuatu lantai atau dinding yang dibina
daripada bahan boleh terbakar, dibuat daripada kayu yang tebalnya tidak
kurang daripada 37 milimeter; dan
(b) jika diadakan di sekeliling sesuatu paip atau
saluran. dibina sedemikian supaya tidak menyekat pergerakan haba yang
perlu.
(3) Sesuatu peitgadang api yang dibentuk sebagai
suatu adang di persimpangan dua elemen struktur atau lebih hendaklah
dibuat daripada bahan tak boleh terbakar.
(4) Sesuatu rongga dalam suatu clemen struktur yang-
(a) berterusan pacta keseluruhan atau sebahagian
daripada clemen itu; dan
(b) mempunyai permukaan dari bahan boleh terbakar
yang terdedah dalam rongga itu dan dari kelas yang rendah daripada kelas
O dalam undang-undang kecil 204 hendaklah mempunyai pengadang api-
(i) di mana-mana persimpangan dengan clemen
struktur lain atau dengan sesuatu siling di bawah bumbung; dan
(ii) di mana-mana tempat supaya tidak acta rongga
yang berterusan tanpa sesuatu pengadang api yang pacta suatu satah
melebihi sam a acta 7.6 meter dalam satu ukuran tunggal atau 23 meter
persegi luasnya.
tetapi tiada apa-apa jua dalam undang-undang kecil
ini boleh melarang kemasukan isian boleh terbakar dalam sesuatu rongga.
162. (1) Pintu-pintu Bpi daripada TKA yang berpatutan
hendaklah disediakan.
(2) Ruang buka dalam dinding petak dan dinding
pengasing hendaklah dilindungi dengan suatu pintu api yang mempunyai TKA
mengikut kehendak-kehendak bagi dinding itu yang dinyatakan dalam Jadual
Kesembilan Undang-Undang Kecil ini.
(3) Ruang buka dalam struktur pelindung hendaklah
dilindungi dengan pintu api yang mempunyai TKA tidak kurang daripada
setengah daripada kehendak bagi dinding sekeliling yang dinyatakan dalam
ladual Kesembilan Undang-Undang Kecil ini tetapi dalam mana-mana hal tidak
kurang daripada setengah jam.
(4) Ruang buka dalam dinding sekat yang mengepungi
suatu koridor atau ruang terlindung hendaklah dilindungi dengan pintu api
yang mempu/lyai TKA selama setengah jam.
(5) Pintu-pintu api termasuk bingkai hendaklah dibina
mengikut spesifikali yang boleh ditunjukkan sebagai memenuhi
kehendak-kehendak TKA yang relevan apabila diuji mengikut seksyen 3 PB
476:1951.
163. Pintu-pintu api yang mematuhi cara pembinaan
yang ditentukan di bawah ini hendaklah disifatkan sebagai memenuhi
kehendak-kehendak TKA yang ditetapkan:
(a) pintu dan bingkai yang dibina mengikut salah
satu daripada spesifikasi-spesifikasi berikut hendaklah disifatkan
sebagai memuaskan kehendak-kehendak bagi pintu yang mempunyai TKA selama
setengah jam:
(i) suatu pintu tunggal 900 milimeter Iebar x
2100 milimeter tinggi maksimum at au pintu kern bar 1800 milimeter x
2100 milimeter tinggi maksimum yang dibina daripada teras kayu keras
pejal tidak kurang daripada 37 milimeter tebal dilapisi dengan pelekat
yang mematuhi sama ada PB 745 "Glu Haiwan", atau PB 1204, "Pelekat
Damar Sintetik (fenolik dan aminoplastik) bagi kayu" Bahagian I, "Pelekat
mengisi ruang", atau PB 1444, "Glu kasein beku sejuk untuk kayu",
dilapisi pada kedua-dua belah dengan papan lapis hingga jumlah
tebalnya tidak kurang daripada 43 milimeter dan semua tepinya dikemas
dengan jalur tepi pejal sepenuh lebar pintu itu. Sisi bingkai pintu
kembar yang bertemu hendaklah diribetkan 12 milimeter dalamnya atau
boleh dimukatumpukan dengan syarat bahawa kelegaannya dikawal pada
suatu minimum;
(ii) pintu boleh dihayun dua hala dengan syarat
ianya dipasang atas spring lantai hidraulik dan kelegaan pada lantai
tidak melebihi 5 milimeter dan bingkai dan sisi bingkai bertemu tidak
melebehi 3 milimeter;
(iii) suatu panel penglihatan boleh digabungkan
dengan syarat ianya tidak melebihi 1.25 meter persegi bagi satu daun
dengan tiada apa-apa ukuran melebihi 1370 milimeter dan ianya digilap
dengan 6 milimeter Kaca Berdawai Georgia dalam penahan kayu keras;
(iv) pintu yang dibina mengikut PB No. 459:
Bahagian 3: 1951 Pintu Rata Tahan Api dan Bingkai Kayu dan Logam (Jenis
Setengah Jam);
(v) bingkai kayu bagi pintu api setengah jam
dihayun sehala yang lebar keseluruhannya ialah 60 milimeter termasuk
25 milimeter ribet dan kedalaman yang bersesuaian dengan ketebalan
pintu itu ditambah dengan 34 milimeter penahan;
(vi) bingkai logam untuk pintu api setengah jam
hendaklah daripada kepingan keluli tidak ringan daripada 18 tolok yang
lebar keseluruhannya ialah 50 milimeter termasuk 18 milimeter ribet
dan kedalaman yang bersesuaian dengan ketebalan pintu itu ditambah
dengan 53 milimeter penahan;
(vii) bingkai kayu atau logam bagi pintu dihayun
dua hala hendaklah sebagaimana dinyatakan di atas dengan mempunyai
kelegaan minimum di antara bingkai dan pintu.
(b) Pintu dan bingkai yang dibina mengikut salah
satu daripada spesifikasi-spesifikasi berikut hendaklah disifatkan
sebagai memuaskan kehendak-kehendak bagi pintu yang mempunyai TKA selama
satu jam:
(i) suatu pintu tunggal yang tidak melebihi 900
milimeter lebar x 2100 milimeter tinggi atau pintu kembar tidak
melebihi 1800 milimeter x 2100 milimeter tinggi dibina mengikut
spesifikasi (a) bagi pintu setengah jam tetapi menggabungkan pada
kedua-dua permukaan sama ada di luar atau di bawah permukaan kayu
lapis itu satu lapis papan penebatan asbestos menglkut PB 3536 (bukan
simen asbestos) tidak kurang daripada 5 milimeter tebal;
(ii) pintu boleh dihayun satu hala sahaja dan
pintu kembar hendaklah mempunyai ribet 12 milimeter lebar pada temuan
sisi bingkai;
(iii) suatu panel penglihatan boleh digabungkan
dengan syarat ianya tidak melebihi 0.0645 meter persegi bagi satu daun
dengan tiada apa-apa ukuran melebihi 300 milimeter dan ianya digilap
dengan 6 milimeter Kaca Berdawai Georgia dalam penahan kayu keras;
(iv) pintu yang dibina mengikut PB 459: Bahagian
3: 1951: Pintu Rata Tahan Api dan Bingkai Kayu dan Logam (Jenis Satu
Jam);
(v) bingkai bagi pintu api satu jam hendaklah
sama seperti bingkai bagi pintu api setengah jam kecuali bingkai kayu
itu hendaklah diserap padat dengan 15% atau 18% larutan fosfat
monoammonium dalam air.
164. (1) Semua pintu api hendaklah dipasang dengan
penutup pintu automatik daripada jenis gerakan spring secara haidraulik
bagi pintu hayun dan jenis tali dawai dan ladung bagi pintu gelongsor.
(2) Pintu kembar yang mempunyai temuan sisi bingkai
beribet hendaklah dilengkapkan dengan alar penyelaras bagi menentukan
bahawa daun-daun menutup mengikut rentetan yang betul.
(3) Pintu api boleh ditahan terbuka dengan syarat
alar menahan bukaan itu digabungkan dengan alar yang digerakkan oleh haba
untuk melepaskan pintu itu. Alat yang digerakkan oleh haba tidak botch
dibenarkan pada pintu api yang melindungi ruang buka bagi koridor
terlindung atau tangga terlindung.
165. (1) Jarak perjalanan ke sesuatu tempat keluar
hendaklah diukur di atas lantai atau permukaan jalanan lain sepanjang
garis tengah laluan pcrjalanan biasa itu mulai 300 milimeter daripada
titik pendudukan yang terpencil sekali. melengkok keliling apa-apa sudut
atau halangan dengan kelegaan 300 milimeter daripadanya dan berakhir pada
pintu keluar tingkat itu. Jika ukuran meliputi tangga. ia hendaklah
diambil pada sarah anjur pemijaknya.
(2) Dalam hal kawasan terbuka jarak ke tempat keluar
hendaklah diukur daripada titik pendudukan yang terpencil sekali dengan
syarat bahawa jarak terns itu tidak boleh melebihi dua pertiga jarak
perjalanan yang dibenarkan.
(3) Dalam hal bilik-bilik persendirian yang
tertakluk kepada pendudukan tidak lebih daripada en am orang. jarak
perjalanan hendaklah diukur daripada pintu bilik-bilik tersebut:
Dengan syarat bahawa jarak perjalanan daripada
mana-mana tempat dalam bilik itu ke pintu bilik terse but tidak melebihi
15 meter.
(4) Jarak perjalanan maksimum ke tempat keluar dan
had-had jalan mati hendaklah sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Ketujuh
Undang-Undang Kecil ini.
166. (1) Kecuali sebagaimana dibenarkan oleh
undang-undang kecil 67 tidak kurang daripada dua tempat keluar berasingan
hendaklah disediakan daripada setiap tingkat bersama dengan sesuatu tempat
keluar tambahan sebagaimana perlu.
(2) Tempat keluar .itu hendaklah ditempatkan dan
akses ke tempat keluar itu hendaklah diatur sedemikjan supaya tempat
keluar itu adalah dalam had-had jarak perjalanan sebagaimana ditetapkan
dalam Jadual Ketujuh Undang-Undang Kecil ini dan boleh dilalui pada
hila-hila masa.
167. (1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam
undang-undang kecil 194 tiap-tiap petak hendaklah disediakan dengan
sekurang-kurangnya dua pintu keluar tingkat ditempatkan sejauh mana yang
praktik antara satu sarna lain dan dalam apa-apa hal tidak lebih dekat
daripada 4.5 meter dan di sesuatu tempat supaya jarak perjalanan yang
ditetapkan dalam Jadual Ketujuh Undang-Undang Kecil ini tidak dilebihi.
(2) Lebar pintu keluar tingkat itu hendaklah
mengikut peruntukan-peruntukan dalam Jadual Ketujuh Undang-Undang Kecil
ini.
168. (1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam
undang-undang kecil 194 tiap-tiap tingkat atas hendaklah mempunyai jalan
keluar melalui sekurang-kurangnya dua tangga berasingan.
(2) Tangga-tangga hendaklah daripada sekian lebar
supaya jika mana-mana satu tangga tidak boleh digunakan bagi maksud-maksud
melepaskan diri tangga yang tinggal itu boleh menampung beban pendudukan
tertinggi sekali bagi mana-mana satu tingkat yang keluar ke tangga itu
yang dikira mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketujuh Undang-Undang
Kecil ini.
(3) Lebar yang dikehendaki bagi sesuatu tangga
adalah lebar bersih di antara dinding-dinding tetapi susur tangan boleh
dibenarkan memasuki ke atas lebar ini sehingga maksimum 75 milimeter.
(4) Lebar yang dikehendaki bagi sesuatu tangga
hendaklah dikekalkan keseluruhan panjangnya termasuk di bahagian pelantar.
(5) Pintu yang memberi akses kepada tangga hendaklah
ditempatkan sedemikian supaya hayunannya tidak pada mana-mana titik
memasuki ke atas Ie bar yang dikehendaki bagi tangga atau pelantar itu.
169. Tiada sesuatu jalan keluar boleh dikurangkan
lebarnya sepanjang laluan perjalanannya daripada pintu keluar tingkat ke
pintu keluar terakhir.
170. Jika ruang buka tak berkepung dibenarkan di
antara tingkat-tingkat dan bagi tingkat mezanin, jalan keluar boleh
diadakan melalui suatu tangga terbuka ke tingkat berhampiran dan kemudian
ke pintu keluar tingkat:
Dengan syarat bahawa-
(a) susunaturnya adalah sedemikian supaya sesuatu
kebakaran yang bermula di mana-mana tempat dalam petak itu akan ketara
kepada penduduk di semua paras atau kawasan yang berhubungan;
(b) jarak perjalanan yang dinyatakan dalam Jadual
Ketujuh Undang-Undang Kecil ini tidak dilebihi;
(c) hanya 50% daripada penduduk sesuatu. tingkat
dianggap menggunakan tangga terbuka itu dan pintu keluar tingkat
disediakan pada tiap-tiap paras untuk menampung baki 50% daripada
penduduk di paras itu mengikut peruntukan-peruntukan ladual Ketujuh
Undang-Undang Kecil ini; dan
(d) pintu keluar tingkat di tingkat utama yang
melaluinya paras-paras lain keluar adalah direkabentuk untuk menampung
penduduk tingkat itu ditambah dengan 50% daripada penduduk daripada
paras berhampiran yang keluar melaluinya.
171. (1) Jlka patut, tempat keluar mendatar boleh
disediakan sebagai ganti tempat keluar lain.
(2) Jika tempat keluar mendatar disediakan tangga
terlindung dan tempat keluar terakhir hanya perlu mempunyai kelebaran
untuk menampung beban pendudukan petak atau bangunan yang lebih besar yang
keluar melaluinya asalkan jumlah bilangan lebar tempat keluar yang
disediakan itu tidak dikurangkan lebih daripada setengah dari yang
sebaliknya dikehendaki bagi seluruh bangunan itu.
(3) Bagi pendudukan institusional jumlah kapasiti
tempat keluar itu lain daripada tempat keluar mendatar tidak boleh
dikurangkan lebih daripada satu pertiga dari yang sebaliknya dikehendaki
bagi seluruh kawasan bangunan itu.
172. (1) Pintu keluar tingkat dan akses kepada pintu
keluar tersebut hendaklah ditanda dengan tanda-tanda yang dapat dilihat
dengan mudah dan hendaklah tidak dilindungi oleh apa-apa perhiasan,
perabot at au kelengkapan lain.
(2) Suatu tanda pembacaan "KELUAR" dengan anak panah
yang menunjukkan arah, hendaklah diletakkan di tiap-tiap tempat di mana
arab perjalanan menuju ke pintu keluar yang terdekat sekali tidak
kelihatan dengan serta-merta.
(3) Tiap-tiap tanda tempat keluar hendaklah mempunyai
perkataan "KELUAR" dalam huruf-huruf terang dan boleh dibaca yang tidak
kurang daripada 150 milimeter tinggi dan garis utama huruf-hurufnya tidak
kurang daripada 18 milimeter lebar. Penghurufan itu hendaklah berwarna
merah berlatar belakangnya hitam.
(4) Semua tanda tempat keluar hendaklah diterangi
berterusan sepanjang tempoh pendudukan.
(5) Tanda-tanda yang diterangi hendaklah dilengkapkan
dengan dua lampu elektrik yang tidak kurang daripada 15 watt tiap-tiap
satu.
173. (1) Semua pintu keluar hendaklah boleh dibuka
daripada sebelah dalam tanpa menggunakan kunci atau apa-apa pengetahuan
khas atau tenaga.
(2) Pintu keluar hendaklah menutup secara automatik
apabila dilepaskan dan semua alat pintu termasuk pemegang pintu magnet
hendaklah melepaskan pintu itu apabila berlaku kerosakan kuasa atau
penghidupan penggera kebakaran.
174. (1) Jika dua atau lebih pintu keluar tingkat
dikehendaki ia hendaklah dijarakkan tidak kurang daripada 5 meter jauhnya
diukur di antara tepi ruang buka yang terdekat sekali.
(2) Setiap tempat keluar hendaklah memberi akses
terus ke-
(a) sesuatu tempat keluar terakhir;
(b) sesuatu tangga terlindung yang menuju ke suatu
tempat keluar terakhir; atau
(c) sesuatu jalan luar yang menuju ke suatu tempat
keluar terakhir.
(3) Struktur tingkat bawah tanah dan bumbung yang
digunakan semata-mata bagi perkhidmatan tidak perlu disediakan dengan
jalan keluar lain.
l75. Penghitungan beban pendudukan dan kapasiti
tempat keluarhendaklah mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketujuh
Undang-Undang Kecil ini.
176. Untuk mengira lebar tempat keluar yang
dikehendaki daripada tingkat-tingkat persendirian sesuatu bangunan-
(a) hitung keluasan bersih atau kasar lantai itu
mengikut mana yang berkenaan;
(b) tentukan faktor beban pendudukan yang
dibenarkan daripada Jadual;
(c) bahagikan keluasan lantai itu dengan bilangan
meter persegi bagi seorang untuk menentukan bilangan orang yang mesti
disediakan tempat keluar bagi tingkat itu;
(d) tentukan daripada Jadual kapasiti bagi jenis
tempat keluar yang hendak digunakan bagi kumpulan maksud yang
direkabentuk itu; dan
(e) hitung bilangan unit lebar tempat keluar bagi
setiap jenis tempat keluar yang digunakan berasaskan kepada kapasiti itu.
177. Faktor-faktor berikut hendaklah digunakan dalam
mengira lebar tempat keluar:
(a) dalam sesuatu bangunan berbilang tingkat jika
"x" unit lebar tempat keluar dikehendaki daripada setiap tingkat tangga
yang digunakan oleh tingkat itu tidak perlu "x" kali ganda bilangan
tingkat yang menggunakannya dalam
unit lebar pintu keluar. Tangga itu hanya perlu
cukup lebar untuk digunakan oleh setiap tingkat tetapi tidak kurang
daripada lebar minimum yang dibenarkan dan dalam tiap-tiap hal satu
daripada tangga terlindung itu
hendaklah dianggap tidak boleh dilalui dan tangga
terlindung yang tinggal itu hendaklah dari lebar dan bilangan yang
mencukupi untuk menampung pendudukan berkenaan itu;
(b) bergantung kepada pendudukan, tempat keluar
tingkat jalan hendaklah dibuat selebar yang cukup untuk mengendali bukan
sahaja beban pendudukan tingkat jalan itu tetapi juga sesuatu peratusan
daripada beban tempat keluar yang keluar melaluinya ke tingkat jalan
daripada tingkat-tingkat yang di atas dan di bawahnya;
(c) tempat keluar tidak boleh kurang lebarnya di
sepanjang jarak perjalanannya dan jika dua atau lebih tempat keluar
bertemu menjadi satu tempat keluar bersama, tempat keluar bersama itu
tidak boleh lebih sempit daripada jumlah kelebaran tempat keluar yang
bertemu itu;
(d) kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam
Undang-Undang Kecil ini, bilangan minimum tempat keluar ialah dua;
(e) sekurang-kurangnya satu daripada tangga-tangga
itu hendaklah mempunyai dua unit lebar pada minimumnya kecuali bahawa
milimeter boleh dibenarkan jika jumlah pendudukan semua tingkat yang
menggunakan tangga itu adalah kurang daripada 50 orang; dan
(f) hendaklah tidak ada pengurangan pada lebar di
sepanjang laluan perjalanan tangga itu.
178. Dalam bangunan-bangunan yang dikelaskan sebagai
institusional atau tempat perhimpunan, tempat keluar ke jalan atau ruang
terbuka yang besar, bersama dengan tangga, koridor dan lorong yang menuju
ke tempat keluar itu hendaklah ditempatkan berasingan atau terlindung
untuk mengelakkan apa-apa bahaya yang tidak sewajarnya kepada penduduk
tempat perhimpunan itu daripada api yang berpunca dalam pendudukan yang
lain atau asap daripadanya.
179. Setiap tempat perhimpunan hendaklah dikelaskan
mengikut kapasitinya seperti berikut:
Kelas A-Kapasiti - 1,000 orang atau lebih
Kelas B-Kapasiti - 300 hingga 1,000 orang
Kelas C-Kapasiti - 100 hingga 300 orang
180. Beban pendudukan yang dibenarkan di mana-mana
tempat perhimpunan hendaklah ditentukan dengan membahagikan keluasan
bersih lantai atau ruang yang diuntukkan bagi kegunaan itu dengan meter
persegi bagi seorang penduduk seperti berikut:
(a) kawasan perhimpunan penggunaan tumpuan tanpa
tempat duduk tetap seperti auditorium, tempat sembahyang, lantai
tari-menari dan bilik inap -0.65 meter persegi bagi seorang;
(b) kawasan perhimpunan yang kurang penggunaan
tumpuan seperti bilik persidangan, bilik makan, kedai minuman, bilik
pameran, gimnasium atau bilik istirehat-1.35 meter persegi bagi seorang;
(c) bilik berdiri atau ruang menanti-0.27 meter
persegi bagi seorang;
(d) beban pendudukan sesuatu kawasan yang mempunyai
tempat duduk tetap hendaklah ditentukan dengan bilangan tempat duduk
tetap yang dipasang. Ruang lorong yang dikehendaki bagi kegunaan tempat
duduk tetap itu tidak boleh digunakan untuk menambah beban pendudukan
itu.
181. Jalan keluar hendaklah diukur mengikut unit
lebar tempat keluar yang lebarnya 550 milimeter. Pecahan sesuatu unit
tidak akan dikira, kecuali bahawa 300 milimeter yang ditambah kepada satu
atau lebih unit penuh hendaklah dikira sebagai setengah unit lebar tempat
keluar dan tiada akses persendirian bagi tempat keluar boleh kurang
daripada 700 milimeter.
182. Kadar perjalanan orang-orang bagi satu tingkat
adalah 60 orang bagi satu minit melalui pintu atau sepanjang laluan datar
dan 45 orang bagi satu minit menuruni tangga.
183. Tiap-tiap tempat perhimpunan. tiap-tiap
tingkatan atau langkan dan tiap-tiap bilik persendirian yang digunakan
sebagai tempat perhimpunan hendaklah mempunyai tempat keluar yang cukup
untuk menampung jumlah kapasitinya sebagaimana ditentukan mengikut
undang-undang kecil180 dan seperti berikut:
(a) tiada sesuatu unit Ie bar tempat keluar boleh
digunakan oleh lebih daripada seratus orang;
(b) pintu yang menuju ke luar bangunan itu pada
paras tanah atau tidak lebih daripada 3 tetingkat di at as atau di bawah
tanah seratus orang bagi satu unit tempat keluar;
(c) tangga atau tempat keluar jenis lain yang tidak
dinyatakan dalam undang-undang kecil 177 di atas tujuh puluh lima orang
bagi satu unit tempat keluar;
(d) tiap-tiap tempat perhimpunan Kelas A (yang
kapasitinya seribu orang atau lebih) hendaklah mempunyai
sekurang-kurangnya empat tempat keluar berasingan yang ditempatkan
seberapa jauh yang praktik antara satu dengan lain;
(e) tiap-tiap tempat perhimpunan Kelas B (yang
kapasitinya tiga ratus hingga seribu orang) hendaklah mempunyai
sekurang-kurangnya dua tempat keluar berasingan yang ditempatkan
seberapa jauh yang praktik antara satu sama lain dan jika kapasitinya
lebih daripada enam ratus orang sekurang-kurangnya tiga tempat keluar
sedemikian;
(f) tiap-tiap tempat perhimpunan Kelas C (yang
kapasitinya seratus hingga tiga ratus orang) hendaklah mempunyai
sekurang-kurangnya dua jalan keluar yang terdiri daripada tempat keluar
atau pintu berasingan menuju ke koridor atau ruang lain yang memberi
akses kepada tempat keluar berasingan mengikut arah-arah berlainan.
184. (1) (a) Jarak deretan tempat duduk dari belakang
ke belakang hendaklah tidak kurang daripada 825 milimeter; atau kurang
daripada 675 milimeter ditambah dengan jumlah ketebalan belakang dan
kecondongan belakang itu.
(b) Hendaklah ada suatu ruang tidak kurang daripada
300 milimeter di an tara belakang sesuatu tempat duduk dengan depan
tempat duduk yang sebaik sahaja di belakangnya sebagaimana diukur di
antara garisan unting-unting.
(c) Deretan tempat duduk di antara lorong-lorong
tidak boleh mempunyai lebih daripada empat belas tempat duduk.
(d) Deretan tempat duduk yang hanya membuka pada
suatu lorong di satu hujung sahaja tidak boleh mempunyai lebih daripada
tujuh tempat duduk.
(e) Tempat duduk tanpa pelepar pembahagi hendaklah
ditetapkan kapasitinya dengan membenarkan 450 milimeter bagi seorang.
(2) (a) Dengan tempat duduk kontinental, jarak
baris-baris tempat duduk yang tidak diduduki hendaklah memperuntukkan
suatu lebar bersih di antara baris-baris yang diukur secara mendatar
seperti berikut (tempat duduk automatik atau naik sendiri hendaklah diukur
dalam kedudukan tegak, tempat duduk lain hendaklah diukur dalam kedudukan
duduk):
460 milimeter lebar bersih di antara baris-baris
yang mempunyai 18 tempat duduk atau kurang;
510 milimeter lebar bersih di antara baris-baris
yang mempunyai 35 tempat duduk atau kurang;
535 milimeter Ie bar bersih di antara baris-baris
yang mempunyai 45 tempat duduk atau kurang;
560 milimeter lebar bersih di an tara baris-baris
yang mempunyai 46 tempat duduk atau lebih.
(b) Dengan tempat duduk kontinental, bilangan
tempat duduk yang berselangan di antara sesuatu tempat duduk dengan
suatu lorong boleh ditambah hingga 49 jika pintu keluar disediakan
sepanjang tiap-tiap lorong sisi barisan tempat duduk itu dengan kadar 1
pasang pintu keluar bagi setiap 5 baris tempat duduk. Pintu keluar
tersebut hendaklah memperuntukkan lebar bersih minimum 1,680 milimeter.
185. (1) Suatu lorong lega yang lebarnya tidak kurang
daripada 1200 milimeter hendaklah disediakan di keliling tempat duduk dan
langkan di sesuatu tempat perhimpunan menuju ke pintu keluar di dalamnya:
Dengan syarat bahawa .iika lorong dalam langkan itu
menuju ke pintu keluar yang lebarnya tidak kurang daripada 1200 milimeter,
lorong bahagian belakang boleh ditinggalkan.
(2) Lorong yang lebarnya tidak kurang daripada 1200
milimeter yang selari dengan barisan-barisan tempat duduk di sesuatu
tempat perhimpunan hendaklah disediakan jika dikehendaki oleh pihak
berkuasa tempatan.
(3) Semua lantai langkan atau tingkat-tingkat di
sesuatu tempat perhimpunan hendaklah dibina keseluruhannya daripada
konkrit tetulang.
(4) Anak tangga tidak boleh digunakan untuk mengatasi
perbezaan pada paras sesuatu lorong di sesuatu tempat perhimpunan
melainkan cerun lorong itu melebihi satu dalam sepuluh.
(5) Jika anak tangga yang kecondongannya melebihi 30°
atau landaian yang cerunnya melebihi satu dalam sepuluh disediakan bagi
lorong-lorong di sisi tempat duduk di sesuatu tempat perhimpunan, susur
tangan yang sesuai hendaklah disediakan.
(6) Pemijak anak tangga bagi lorong di sesuatu tempat
perhimpunan hendaklah mempunyai perrnukaan tidak gelincir dan tepi anak
tangga itu hendaklah diterangi di paras pemijaknya.
(7) Dalam bulatan dan galeri atau kawasan di mana
kecondongannya melebihi 15°, susur pengadang yang tidak kurang daripada
1,050 milimeter di atas paras lantai hendaklah disediakan pada bahagian
bawah lorong di tempat perhimpunan.
186. (1) Semua pintu yang digunakan oleh orang awam
sebagai pintu keluar daripada mana-mana bahagian tempat perhimpunan atau
menuju ke kawasan terbuka, hendaklah hanya membuka ke arah keluar.
(2) Di sesuatu tempat perhimpunan semua pintu keluar
dan pintu yang dilalui oleh orang awam dalam perjalanan ke kawasan terbuka
hendaklah tidak berkunci, berselak atau mempunyai pepasangan lain semasa
orang awam berada dalam bangunan itu:
Dengan syarat bahawa pintu yang hanya digunakan untuk
tempat keluar boleh dipasang dengan selak kecemasan.
(3) Selak kecemasan yang dipasang pad a pintu-pintu
di sesuatu tempat perhimpunan hendaklah tidak kurang daripada 760
milimeter atau lebih daripada 1120 milimeter di atas paras lantai.
(4) Lawang putar, jika dipasang pada suatu tempat
perhimpunan, hendaklah ditempatkan jauh daripada garisan pintu keluar dan
tidak boleh dimasukkan dalam hitungan lebar tempat keluar.
(5) Di sesuatu tempat perhimpunan tiap-tiap pintu
luar yang digunakan oleh orang awam dan tiap-tiap pintu pagar boleh lipat
hendaklah boleh dikunci dalam keadaan terbuka sepenuhnya dengan sesuatu
tara di mana suatu anak kunci dikehendaki untuk melepaskan pintu tersebut
daripada keadaan terbuka itu.
187. Notis atau notis-notis yang diletakkan supaya
boleh dilihat daripada kedua-dua belah pintu, pintu pagar atau pengatup
sarna ada pintu, pintu pagar atau pengatup itu berada dalam keadaan
terbuka atau tertutup hendaklah dilekatkan pada, atau di sesuatu tempat
berhampiran dengan tiap-tiap pintu, pintu pagar dan pengatup terbuka di
atas, not is itu hendaklah mengandungi perkataan-perkataan "Pintu pagar/Pintu
Pengatup ini adalah dikehendaki dibuka dan dikunci dalam keadaan itu pada
sepanjang masa penonton/perhimpunan berada dalam bangunan itu". Tingginya
huruf bagi notis tersebut tidak boleh kurang daripada 75 milimeter.
188. Tempat keluar di mana-mana tempat perhimpunan
hendaklah diatur supaya jarak perjalanan daripada sesuatu tempat untuk
sampai ke tempat keluar tidak melebihi 45 meter bagi bangunan tanpa
semburan dan 60 meter bagi bangunan yang mempunyai semburan.
189. (1) Tiap-tiap tangga yang disediakan di bawah
Undang-Undang Kecil ini dalam sesuatu bangunan empat tingkat atau lebih,
atau dalam sesuatu bangunan di mana daripada 12 meter di atas paras tanah,
atau di sesuatu tempat perhimpunan, atau di sesuatu sekolah di mana tangga
tersebut akan digunakan sebagai tara melepaskan diri yang lain hendaklah
dikepung pada keseluruhan panjangnya dengan bahan tahan api.
(2) Mana-mana ruang buka yang perlu, kecuali ruang
buka dalam dinding luar yang bagi maksud undang-undang kecil ini tidak
termasuk dinding bagi ruang udara, di sepanjang tangga itu hendaklah
disediakan dengan pintu menutup sendiri yang dibina daripada bahan tahan
api.
190. Mana-mana tangga luar yang dipasang kekal adalah
T diterima sebagai suatu tempat keluar yang dikehendaki di bawah keadaan
yang sarna seperti tangga dalam:
Dengan syarat bahawa tangga itu hendaklah mematuhi
semua kehendak bagi tangga dalam. Tangga luar hendaklah diasingkan da~pada
bahagian dalam bangunan itu dengan dinding dan pintu apl yang mempunyai
kadar ketahanan api yang sarna sebagaimana dikehendaki bagi tangga dalam.
191. (1) Tiada apa-apa ruang buka boleh dibenarkan
dibuat R dalam dinding yang I.,erhampiran dengan sesuatu tangga luar dalam
jarak 1.8 meter diukur mendatar dan 9 meter diukur tegak di bahagian bawah
tangga itu.
(2) Walau bagaimanapun ruang buka pengudaraan bagi
bilik alf atau kawasan terlindung lain adalah dikecualikan daripada
sekatan ini.
(3) Jika tingkap atau ruang buka bergilap lain
dikehendaki dalam jarak ukuran-ukuran ini, ia hendaklah dipasang dengan
cermin berdawai dan sentiasa berada dalam keadaan tertutup.
192. (1) Sesuatu tempat keluar jalanan bergerak yang
condong hendaklah mematuhi kehendak-kehendak yang boleh dipakai bagi
landaian.
(2) Tiada sesuatu jalanan bergerak yang boleh
dijalankan mengikut arah yang bertentangan dengan perjalanan keluar biasa
boleh digunakan sebagai jalan keluar.
193. Sesuatu pintu kendalian kuasa hanya boleh
dianggap sebagai suatu jalan keluar jika ia boleh dihayun ke arah
perjalanan keluar dengan tangan.
194. Suatu tangga tunggal boleh dibenarkan dalam
mana-mana bangunan yang tinggi tingkatnya yang tertinggi sekali tidak
melebihi 12 meter:
Dengan syarat bahawa bangunan tersebut mematuhi
syarat-syarat berikut: :
(a) setiap elemen struktur hendaklah mempunyai TKA
yang tidak kurang daripada satu jam;
(b) tiada mana-mana bilik atau tingkat bangunan itu
boleh digunakan bagi apa-apa pendudukan selain daripada bagi maksud
rumahtangga atau pejabat, kecuali bahawa tingkat bawah boleh digunakan
bagi maksud-maksud kedai atau tempat letak kereta:
Dengan syarat bahawa-
(i) tangga daripada tingkat bawah hingga paras
tingkat pertama hendaklah diasingkan daripada baki tingkat bawah itu
dengan sesuatu dinding yang mempunyai TKA tidak kurang daripada dua jam;
(ii) dinding yang mengepung tangga itu di pintu
masuk utama hendaklah dibalikkan pada suatu jarak tidak kilrang daripada
460 milimeter sepanjang buka depan mana-mana kedai atau tempat letak
kereta;
(iii) jarak perjalanan maksimum hendaklah 12 meter
diukur daripada pintu bilik atau kawasan itu ke tempat keluar dengan
syarat bahawa laluan perjalanan daripada sesuatu tempat dalam bilik itu
ke pintu bilik itu tidak melebihi 12 meter;
(iv) di tingkat bawah dan tingkat pertama yang
mempunyai tingkap yang mengandungi daun tingkap hidup yang cukup de kat
dengan paras tanah yang bersampingan supaya membolehkan pelepasan
kecemasan melalui cara ini munasabah, suatu jarak perjalanan maksimum
sehingga 30 meter adalah dibenarkan.
195. Bagi bangunan yang tingginya melebihi 30 meter,
semua tangga yang dicadang untuk digunakan sebagai jalan keluar hendaklah
dilanjutkan ke paras bum bung untuk memberi akses kepadanya.
196. (1) Akses kepada ruang asap tangga hendaklah
melalui pintu api yang membuka ke arab melepaskan diri.
(2) Lebar ruang asap itu tidak boleh pada mana-mana
tempat kurang daripada lebar tempat keluar yang dikehendaki.
(3) Ruang asap hendaklah disediakan di paras tingkat
bawah tanah jika tangga melepaskan diri yang digunakan oleh tingkat atas
dilanjutkan ke tingkat bawah tanah itu.
(4) Jika praktik, ruang asap dan ruang akses
menentang kebakaran hendaklah mempunyai ruang buka kekal atau tingkap
boleh buka yang tidak kurang daripada 1 meter persegi yang memberi akses
terus ke tempat terbuka daripada suatu dinding luar atau ruang cahaya
dalam.
(5) Jika pengudaraan semulajadi tidak praktik, ruang
asap dar ruang akses menentang kebakaran boleh diganti udara melalui suatu
lubong tegak atau diisitekan secara mekanikal.
197. (1) Ruang terlindung hendaklah disediakan untuk
kegunaan tangga-tangga dalam bangunan yang melebihi 18 meter atas paras
tanah jika pengepung tangga itu tidak diganti udara melalui dinding luar.
(2) Dalam bangunan yang melebihi 45 meter atas paras
tanah, ruang terlindung tersebut hendaklah diisitekan untuk memenuhi
kehendak-kehendak seksyen 7 Piawaian Australia 1668, Bahagian 1-1974 atau
mana-mana sistem lain yang memenuhi kehendak-kehendak fungsi K.P.P.B.
(3) Ruang terlindung boleh ditinggalkan jika kepungan
tangga itu diisitekan untuk memenuhi kehendak-kehendak undang-undang kecil
200.
198. (1) Semua kepungan tangga hendaklah diganti
udara pacta setiap tingkat atau paras pelantar sama acta melalui ruang
buka kekal atau tingkap boleh membuka ke tempat terbuka yang mempunyai
suatu kawasan bebas tidak kurang daripada 1 meter persegi bagi satu
tingkat.
(2) Tingkap boleh buka hendaklah memenuhi
kehendak-kehendak gerakan K.P.P.B.
(3) Bagi bangunan-bangunan yang tidak melebihi tiga
tingkat di atas paras tanah, kepungan tangga boleh tidak diganti udaranya
dengan syarat bahawa akses kepadanya pacta semua paras kecuali tingkat
atas sekali adalah melalui ruang yang diganti udaranya.
199. Bagi bangunan-bangunan yang tidak melebihi 18
meter atas paras tanah, kepungan tangga boleh tidak diganti udaranya
dengan syarat bahawa akses kepadanya pacta semua paras kecuali tingkat
atas sekali adalah melalui ruang yang diganti udaranya dan kepungan tangga
itu adalah diganti udaranya secara kekal di bahagian atas dengan
sekurang-kurangnya 5% daripada kawasan kepungan itu.
200. Bagi tangga-tangga dalam bangunan yang melebihi
18 meter atas paras tanah yang tidak diganti udaranya mengikut
undang-undang kecil 198, dua tara altematif bagi mencegah kemasukan asap
ke dalam kepungan tangga itu boleh dibenarkan dengan mengadakan
(a) pengudaraan kekal di bahagian atas kepungan
tangga itu bagi tidak kurang daripada 5% dari keluasan kepungan itu dan
sebagai tambahan pacta jarak yang sesuai mengikut tinggi tangga itu,
suatu lubong yang diganti udara secara mekanikal untuk mencapai tidak
kurang daripada 20 pertukaran udara bagi sejam yang dihidupkan secara
automatik oleh isyarat dari panel penggera kebakaran; atau
(b) pengisitekanan kepungan tangga itu secara
mekanikal mengikut piawai pelaksanaan sebagaimana dinyatakan dalam
seksyen 7 Piawaian Australia 1668, Bahagian 1-1974 atau mana-mana sistem
lain yang memenuhi kehendak-kehendak fungsi K.P.P.B.
201. Semua kepungan tangga di bawah paras tanah
hendaklah disediakan dengan cara yang sesuai bagi mencegah kemasukan asap.
202. Semua tangga yang digunakan bagi
bangunan-bangunan yang tingginya lebih daripada 46 meter di mana tidak
terdapat )engudaraan yang mencukupi sebagaimana dikehendaki hendaklah
dilengkapkan dengan suatu sistem pengisitekanan asas
(a) di mana keupayaan udara kipas adalah mencukupi
untuk menyenggara aliran udara yang tidak kurang daripada 60 meter bagi
seminit melalui pintu-pintu yang disifatkan terbuka;
(b) di mana bilangan pintu-pintu yang disifatkan
terbuka pad a sesuatu masa adalah 10% daripada jumlah bilangan
pintu-pintu yang membuka ke dalam tangga itu dengan bilangan minimum dua
pintu terbuka;
(c) di mana dengan semua pintu tertutup perbezaan
tekanan udara di antara tangga-tangga itu dengan kawasan yang
menggunakannya adalah tidak melebihi 5 milimeter tolok air;
(d) di mana sistem jentera untuk mencegah asap
daripada memasuki tangga itu adalah dihidupkan secara automatik oleh
alat pengesan haba yang sesuai, penggera tangan atau automatik atau
sistem semburan paip basah automatik;
(e) yang memenuhi kehendak-kehendak fungsi
sebagaimana dipersetujui dengan K.P.P.B.
203. (1) Sesuatu lantai kemas atau penutup lantai
botch iikecualikan daripada kehendak-kehendak Bahagian ini:
Dengan syarat bahawa dalam sesuatu hal di mana pihak
Jerkuasa yang mempunyai bidang kuasa mendapati sesuatu Jermukaan lantai
yang mempunyai bahaya luar biasa, permukaan antai itu hendaklah dikira
sebagai sebahagian daripada kemasan dalam bagi maksud-maksud Bahagian ini.
(2) Pengelasan bahan kemasan dalam yang dinyatakan
adalah nengikut bahan asas yang digunakan, tanpa mengira cat atau kertas
dinding yang digunakan selepas itu, kecuali bahawa Pihak 3erkuasa Bomba
yang mempunyai bidang kuasa hendaklah nemasukkan kemasan sedemikian dalam
penentuan pengelasan lalam sesuatu hal di mana pada pendapat Pihak
Berkuasa Bomba yang mempunyai bidang kuasa kemasan itu adalah daripada
sesuatu jenis atau tebal atau digunakan sebegitu hingga dapat memberi
kesan secara matan ke at as sitar kemerebakan api.
204. Bagi maksud Bahagian ini dan Jadual Kelapan
Undang-Undang Kecil ini apa-apa sebutan mengenai sesuatu permukaan
daripada kelas yang dinyatakan hendaklah ditafsirkan sebagai di suatu
kehendak supaya bahan yang daripadanya dinding, siling di atau tampang
bawah itu dibina, hendaklah mematuhi kehendak-kehendak berikut:
Kelas O-Permukuan yang tiada
kemerebakan api
(A) Apa-apa sebutan mengenai sesuatu permukaan
daripada Kelas 0 hendaklah ditafsirkan sebagai kehendak supaya-
(a) bahan yang daripadanya dinding atau siling itu
dibina hendaklah tidak boleh terbakar seluruhnya; atau
(b) bahan permukaan itu, atau jika permukaan itu
diikat seluruhnya pada suatu substrat, bahan permukaan itu bersama
substrat tersebut, apabila diuji mengikut PB 476; Bahagian 6, 1968,
hendaklah mempunyai indeks pelaksanaan (A) yang tidak melebihi 12 dan
subindeks (i) yang tidak melebihi 6:
Dengan syarat bahawa sesuatu bahan plastik yang
mempunyai takat kelembutan kurang daripada 1200 C apabila diuji dengan
tara 102 C PB 2782: 1970, hendaklah hanya dianggap sebagai satu permukaan
Kelas 0, jika-
(i) bahan itu diikat seluruhnya kepada suatu
substrat yang bukan bahan plastik dan bahan itu bersama substrat
tersebut memuaskan kriteria ujian yang ditetapkan dalam (a) di atas;
atau
(ii) bahan itu memuaskan kriteria ujian yang
ditetapkan dalam (b) di atas dan digunakan sebagai pelapik sesuatu
dinding yang dibina sedemikian supaya mana-mana permukaan yang akan
terdedah jika lapisan ini tidak ada, memuaskan kriteria ujian tersebut
dan adalah muka sesuatu bahan lain daripada bahan plastik yang mempunyai
takat kelembutan kurang daripada 1200C.
(B) Apa-apa sebutan mengenai sesuatu permukaan
daripada kelas yang lain daripada Kelas 0 hendaklah ditafsirkan sebagai
suatu kehendak supaya bahan yang daripadanya dinding at au siling itu
dibina hendaklah mematuhi kriteria ujian relevan mengenai kemerebakan api
permukaan yang dinyatakan berhubungan dengan kelas itu dalam fasal 7 PB
476, Bahagian 1, seksyen 2, 1953,.
(C) Berhubungan dengan suatu kehendak supaya sesuatu
permukaan hendaklah daripada kelas yang tidak rendah daripada kelas yang
dinyatakan, Kelas 0 hendaklah dianggap sebagai kelas yang tertinggi sekali
diikuti mengikut susunan menurun oleh Kelas 1, Kelas 2, Kelas 3 dan Kelas
4.
Kelas l-Permukaan yang Amat Kurang Kemerebakan Api
Permukaan-permukaan yang mana tidak lebih daripada
150 milimeter miD kemerebakan api berlaku.
Kelas 2-Permukaan yang kurang Kemerebakan Api
Permukaan-permukaan yang mana dalam masa 1 1/2
minit pertama ujian, min kemerebakan api tidak melebihi 381 milimeter dan
kemerebakan akhlr tldak meleblhl 457 milimeter.
Kelas 3-Permukaan yang Sederhana Kemerebakan Api
Permukaan-permukaan yang mana dalam masa 1 1/2
minit pertama ujian, min kemerebakan. api tidak melebihi 838 milimeter dan
dalam masa 10 minit pertama ujian tidak melebihi 838 milimeter.
Kelas 4-Permukaan Yang Cepat Kemerebakan Api
Permukaan-permukaan yang mana dalam masa 1 1/2 minit
pertama ujian, min kemerebakan api tidak melebihi 381 milimeter dan dalam
mass 10 minit pertama ujian tidak melebihi 838 milimeter.
205. (1) Sesuatu bahan yang didapati melalui ujian
sebagai membahayakan nyawa lebih daripada bahaya yang ditunjukkan oleh
pengelasan kemerebakan api disebabkan oleh amaun yang sifat asap yang
ditimbulkannya hendaklah dimasukkan ke dalam kumpulan yang ditunjukkan
dalam undang-undang kecil 204 berpatutan dengan bahaya sebenarnya
sebagainya sebagaimana ditentukan oleh Pihak Berkuasa Bomba.
(2) Pengelasan bahan kemasan dalam hendaklah mengikut
ujian yang dibuat di bawah keadaan-keadaan yang seakan-akan pepasangan
sebenar.
(3) Jika sesuatu sistem semburan automatik lengkap
yang standard dipasang, kemasan dalam yang mempunyai kadar kemerebakan api
tidak melebihi Kelas 3 boleh dig!lnakan di mana-mana tempat yang Kelas 2
biasanya dinyatakan, dan yang mempunyai kadar Kelas 2 di mana-mana tempat
yang Kelas 1 biasanya dinyatakan dan yang mempunyai Kelas 1 di mana Kelas
0 dinyatakan.
(4) Dalam serous bangunan lain daripada kediaman
persendirian, kemasan dalam Kelas 0 atau Kelas 1 hendaklah digunakan dalam
semua tingkat bawah tanah atau dalam ruang-ruang bawah tanah lain yang
tidak mempunyai tempat keluar terus ke bahagian luar bangunan itu jika
tertakluk kepada pendudukan bagi apa-apa maksud lain daripada storan atau
kemudahan perkhidmatan.
206. (1) Permukaan sesuatu dinding atau siling dalam
suatu bilik, ruang edaran atau lubong terlindung hendaklah daripada kelas
yang tidak rendah daripada kelas yang dinyatakan sebagai relevan dalam
Jadual Kelapan Undang-Undang Kecil ini:
Dengan syarat bahawa-
(a) sesuatu dinding boleh mempunyai suatu permukaan
daripada mana-mana kelas yang tidak rendah daripada Kelas 3 setakat yang
dibenarkan oleh perenggan (3); dan
(b) sesuatu siling boleh sama ada mempunyai suatu
permukaan daripada mana-mana kelas yang tidak rendah daripada Kelas 3
seta kat yang dibenarkan oleh perenggan (3) atau boleh mengandungi bahan
plastik setakat yang dibenarkan oleh perenggan (1) undang-undang kecil
207.
(2) Mana-mana bahagian permukaan sesuatu dinding
dalam suatu bilik boleh terdiri daripada mana-mana kelas yang tidak rendah
daripada Kelas 3 jika keluasan bahagian itu, atau, jika ada dua atau lebih
bahagian sedemikian, jumlah keluasan bahagian-bahagian itu tidak melebihi
mana yang lebih kurang antara berikut:
(a) setengah daripada keluasan lantai bilik itu;
atau
(b) dalam hal sesuatu bangunan atau petak dalam
Kumpulan Maksud I, II atau III 20 meter persegi atau dalam mana-mana
hallain 60 meter persegi.
(3) Mana-mana bahagian permukaan sesuatu siling boleh
terdiri daripada mana-mana Kelas yang tidak rendah daripada Kelas 3 jika
bahagian permukaan itu adalah muka suatu lapisan bahan yang muka
sebelahnya lagi didedahkan kepada udara luar dan-
(a) (i) siling itu adalah siling bagi suatu bilik
dalam sesuatu bangunan atau petak dari Kumpulan Maksud II, III, IV, V,
atau VII atau siling bagi ruang edaran dalam sesuatu bangunan atau petak
dari mana-mana kumpulan maksud;
(ii) keluasan bahagian itu tidak melebihi 2.3
meter persegi; dan
(iii) jarak di an tara bahagian itu dengan
mana-mana bahagian tersebut yang lain adalah tidak kurang daripada 12
meter; atau
(b) (i) siling itu adalah siling bagi suatu bilik
dalam sesuatu bangunan atau petak dari Kumpulan Maksud VI atau VIII;
(ii) keluasan bahagian itu tidak melebihi 4.5
meter persegi;
207. (1) Mana-mana bahagian siling sesuatu bilik atau
ruang edaran boleh mengandungi-
(a) kepingan klorida polivinil tegar yang
dikelaskan sebagai memadam sendiri apabila diuji mengikut cara ujian 508
A atau PB 2782: 1970 jika muka kepingan itu yang bukan permukaan siling
tersebut terdedah kepada udara luar; atau
(b) satu atau lebih panel daripada apa-apa bahan
plastic yang dibenarkan oleh perenggan (2) jika permukaan atas dan bawah
mana-mana bahagian siling itu yang tidak dibuat daripada panel bahan
lastik dan permukaan semua bahagian lain struktur yang mengepung ruang
di atas siling itu adalah daripada kelas yang tidak rendah daripada
kelas yang telah ditetapkan dalam Jadual Kelapan Undang-Undang Kecil ini
bagi siling bilik atau ruang edaran itu.
itu yang tidak dibuat maksimum tersebul boleh
dlpakal bagl seglempat daripada panel bahan plastik dan permukaan semua
bujur yang terkecil sekali yang boleh mengepung bahagian lain struktur
yang mengepung ruang di alas semua panel tersebut seluruhnya; dan
(2) Panel-panel yang disebutkan oleh perenggan (1)
(b) boleh mengandungi satu atau lebih kepingan atau kulipis sama
ada daripada-
(a) klorida polivinil yang mempunyai darjah
kebakaran tidak lebih daripada 75 milimeter apabila diuji mengikut cara
508 C PB 2782; 1970 atau yang mempunyai darjah kebakaran paling rendah
apabila diuji dan dikelaskan mengikut cara 508 D PB 2782: 1970, jika-
(i)
ketebalan nominal kepingan atau kulipis itu atau, jika sesuatu
panel mengandungi dua atau lebih kepingan atau kulipis, agregat
ketebalan nominalnya tidak melebihi 1 milimeter; dan
(ii)
tiada sesuatu panel mempunyai keluasan melebihi 4.1 meter
persegi; atau
(b)
apa-apa bahan plastikyang menpunyai takat kelembutan tidak lebih
daripada 120ēC apabila diuji dengan cara 102 C PB 2782: 1970, dan kadar
kebakaran tidak lebih daripada 50 milimeter mengikut cara 508 A PB 2782:
1970, jika-
(i)
ketebalan nominal kepingan atau kulipis itu atau, jika sesuatu
panel mengandungi dua atau lebih kepingan atau kulipis, agregat
ketebalan nominalnya tidak melebihi 3 milimeter;
(ii)
agregat keluasan bahan platik itu, jika ditampatkan dalam sesuatu
bangunan atau petak dari Kumpulan Maksud II, III atau VII, tidak
melebihi 30% daripada keluasan lantai bilik itu atau 15% daripada
(keluasan lantai) ruang edaran itu, mengikut mana yang berkenaan, atau,
jika ditempatkan dalam sesuatu bangunan atau petak dari mana-mana
kumpulan maksud lain, tidak melebihi 50% daripada keluasan lantai bilik
itu atau 15% daripada keluasan lantai ruang edaran itu, mengikut mana
yang berkenaan.
(iii)
Tiada sesuatu panel mempunyai mana-mana sisi yang panjangnya
melebihi 4.75 meter atau keluasan yang melebihi 4.75 meter atau keluasan
yang melebihi 4.1 meter persegi jika ditempatkan dalam bilik atau 2.05
meter persegi jika ditempatkan dalam ruang edaran tetapi jika dua atau
lebih panel dikumpulkan supaya tiap-tiap satunya adalah kurang daripada
585 milimeter dengan yang lain, dimensi maksimum tersebut boleh dipakai
bagi segiempat bujur yang terkecil sekali yang boleh mengepung semua
panel tersebut seluruhnya; dan
(iv)
Tiap-tiap panel itu dipasang longgar dengan. apa-apa cara supaya
ia akan terkeluar danpada pemasangannya apabila dilembutkan oleh haba.
208. Apa-apa sebutan dalam Bahagian ini mengenai sesuatu bumbung
atau bahagian sesuatu bumbung daripada penetapan tertentu hendaklah
diertikan sebagai bermakna sesuatu bumbung atau bahagian sesuatu bumbung
yang dibina sebegitu supaya dapat memuaskan kriteria ujian relevan yang
dinyatakan berhubungan dengan penetapan bumbung itu dalam PB 476:
Bahagian 3.
Dengan syarat bahawa mana-mana bumbung atau bahagian sesuatu bumbung
hendaklah disifatkan sebagai dari penetapan tersebut jika-
(a) ia menepati satu daripada spesifikasi-spesifikasi yang dinyatakan
bersetentangan dengan penetapan itu dalam Jadual Kelapan Undang-Undang
Kecil ini; atau
(b) suatu bahagian yang sama yang dibuat mengikut spesifikasi yang sama
seperti bumbung itu dibuktikan memuaskan kriteria relevan itu.
209. Apa-apa sebutan dalam Bahagian ini mengenai sesuatu bangunan,
dalam sesuatu hal di mana dua atau lebih rumah bersampingan, hendaklah
ditafsirkan sebagai sebutan mengenai satu daripada rumah-rumah itu.
210.(1) Tiada mana-mana bahagian bumbung sesuatu bangunan yang-
(a) mempunyai kapasiti padu melebihi 1400 meter padu;
(b) keseluruhan atau sebahagiannya daripada Kumpulan Maksud VI atau
VIII; atau
(c) merupakan rumah dalam suatu deretan berterusan lebih daripada dua
rumah,
boleh dibina sebegitu hingga akan ditetapkan mengikut undang-undang kecil
212 BD, CA, CB, CC, CD, DA, DB, DC, atau DD atau ditutup dengan atap atau
sirap kayu.
(2) Mana-mana bahagian bumbung yang ditetapkan sebagai BA, BB atau
BC hendaklah tidak kurang daripada 2.3 meter daripada mana-mana titik di
atas sesuatu sempadan.
(3) Mana-mana bahagian bumbung yang ditetapkan sebagai AD, BD, CA,
CB, CC dan CD atau ditutup dengan atap atau sirap kayu, hendaklah tidak
kurang dari 4.6 meter daripada mana-mana titik atas sesuatu sempadan
melainkan bahagian itu adalah-
(a) tidak melebihi daripada 2.7 meter persegi luasnya; dan
(b) diasingkan daripada mana-mana bahagian lain bumbung yang sama yang
ditetapkan atau ditutup dengan atap atau sirap kayu itu oleh suatu
kawasan bumbung yang sekurang-kurangnya 1.5 meter lebar dan ditutup
dengan bahan tak boleh terbakar.
dalam hal yang demikian, bahagian atau bahagian-bahagian yang ditetapkan
atau yang ditutup dengan atap atau sirap kayu itu hendaklah tidak kurang
daripada 2.3 meter daripada mana-mana titik tersebut.
211.(1) Jika mana-mana bahagian sesuatu bumbung tidak boleh ditetapkan
di bawah undang-undang kecil 208 oleh sebab bahan penutupnya mempunyai
suhu kelembutan yang rendah, bahagian itu hendaklah tidak kurang daripada
12 meter atau dua kali tinggi bangunan itu, mengikut mana yang lebih besar
daripada mana-mana titik di atas sempadan melainkan bahagian itu-
(a) tidak lebih daripada 2.7 meter persegi luasnya; dan
(b) diasingkan daripada mana-mana bahagian lain bumbung yang sama atau
ditutup dengan bahan yang sama atau apa-apa bahan lain dengan jarak
sekurang-kurangnya 1.5 meter lebar dan ditutup dengan bahan tak boleh
terbakar.
dalam hal yang demikian, bahagian tersebut hendaklah tidak kurang daripada
6 meter daripada mana-mana titik tersebut.
(2) Tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleh menahan mana-mana
bahagian bumbung dibina daripada apa-apa kaca atau kepingan klorida
polivinil tegar yang tidak boleh ditetapkan mengikut undang-undang kecil
208 tetapi yang dalam hal kepingan sedemikian, dikelaskan sebagai memadam
sendiri apabila diuji mengikut cara 508 A PB 2782: 1970, jika sama ada-
(a) bahagian bumbung itu adalah tidak kurang daripada 6 meter
daripada sesuatu sempadan; atau
(b) bahagian bumbung itu adalah kurang daripada 6 meter daripada
sesuatu sempadan, dan bumbung itu adalah bumbung suatu garaj,
konservatri atau bangunan tambahan yang mempunyai keluasan lantai tidak
melebihi 37 meter persegi sama ada atau tidak bercantum kepada menjadi
sebahagian daripada sesuatu bangunan lain, atau adalah bumbung bagi,
atau langit-langit di atas sesuatu langkan, beranda, tempat letak kereta
terbuka, laluan bertutup atau kolam renang berasingan.
212. Tiap-tiap penentapan kategori bagi bahan bumbung hendaklah
mengandungi dua huruf, huruf pertama adalah mengenai penembusan api dan
huruf kedua adalah mengenai kemerekan api di atas permukaan bumbung itu,
ini adalah ditetapkan seperti berikut :-
(a) huruf pertama-
(i) A-Spesimen yang masih tidak ditembusi dalam masa 1 jam;
(ii) B-Spesimen yang ditembusi dalam masa tidak kurang daripada
2
jam;
(iii) C-Spesimen yang ditembusi dalam kurang daripada
2
jam;
(iv) D-Spesimen yang ditembusi dalam ujian permulaan.
(b) huruf kedua-
(i) A-Spesimen yang mana tiada kemerebakan api;
(ii) B-Spesimen yang mana terdapat tidak lebih daripada 533
milimeter kemerebakan api;
(iii) C-Spesimen yang terdapat lebih daripada 533 milimeter
kemerebakan api;
(iv) D-Spesimen yang terus membakar selama 5 minit selepas api ujian
diberhentikan atau merebak lebih daripada 381 milimeter ke kawasan
yang terbakar dalam ujian permohonan itu.
213. Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh Bahagian ini
tiap-tiap elemen struktur hendaklah dibina supaya mempunyai ketahanan api
selama tempoh tidak kurang daripada mana-mana tempoh yang dinyatakan dalam
Jadual Kesembilan Undang-Undang Kecil ini sebagai relevan, dengan
mengambil kira tentang kumpulan maksud bangunan yang ia menjadi
sebahagiannya dan dimensi-dimensi yang dinyatakan dalam Jadual ini.
214. (1) Sebagai tambahan kepada mana-mana kehendak yang relevan di
bawah undang-undang kecil 213-
a) sesuatu dinding luar hendaklah mempunyai ketahanan api tidak
kurang daripada setengah jam.
b) sesuatu dinding pengasing hendaklah mempunyai ketahanan api tidak
kurang daripada satu jam.
(2) Tiada apa-apa pun dalam undang-undang kecil 213 atau perenggan (1) di
atas boleh dipakai bagi mana-mana bahagian sesuatu dinding luar yang tidak
bawa beban dan dinding luar itu boleh, mengikut undang-undang kecil 142
menjadi suatu kawasan tak terlindung.
215. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perenggan (2) dan
mana-mana peruntukan nyata lain yang berlawanan, apa-apa sebutan mengenai
suatu bangunan yang mana sesuatu elemen struktur membentuk sebahagian
bangunan itu ertinya bangunan itu atau jika sesuatu bangunan dibahagikan
kepada petak, mana-mana petak bangunan itu yang mana elemen itu membentuk
sebahagian bangunan tersebut.
(2) Apa-apa sebutan mengenai ertinya tingginya sesuatu bangunan, bukan
tinggi sesuatu petak dalam bangunan itu, tetapi jika sesuatu bahagian
bangunan itu diasingkan terus sepanjang tingginya kedua-duanya di atas dan
di bawah tanah daripada semua bahagian lain oleh suatu dinding pangsa atau
dinding-dinding pangsa dalam satah tegak berterusan yang sama, apa-apa
sebutan mengenai tinggi berhubungan dengan bahagian itu ertinya tinggi
bahagian itu sahaja.
216. (1) Mengenai bangunan satu tingkat tiada apa-ap[a pun dalam
undang-undang kecil 213 atau dalam undang-undang kecil 214 boleh dipakai
bagi sesuatu elemen struktur dalam tingkat bawah yang terdiri daripada-
(a) sesuatu kerangka struktur atau suatu tiang, dengan syarat bahawa
sesuatu rasuk atau tiang, sama ada menjadi sebahagian daripada kerangka
struktur atau tidak, yang ada dalam atau menjadi sebahagian daripada
sesuatu dinding, dan sesuatu tiang yang menyangga dindiang atau galeri,
hendaklah mempunyai ketahanan api tidak kurang daripada tempoh minimum,
jika ada, yang dikehendaki oleh Undang-Undang Kecil ini bagi dinding
atau galeri itu;
(b) sesuatu bahagian dinding bawa beban dalam, melainkan dinding
ataubahagian itu adalah, atau menjadi sebahagian daripada sesuatu
dinding pangsa atau dinding pengasing, atau menjadi sebahagian daripada
struktur yang mengepung suatu lubong terlindung atau menyangga suatu
galeri; atau
(c) bahagian sesuatu dinding luar yang tidak menyangga sesuatu galeri
dan yang, mengikut undang-undang kecil 142 boleh menjadi suatu kawasan
tak terlindung.
(2) Jika sesuatu elemen struktur menjadi bahagian lebih daripada satu
bangunan atau petak dan kehendak-kehendak mengenai ketahanan api yang
dinyatakan dalam Jadual Kesembilan Undang-Undang Kecil ini berkenaan
dengan satu bangunan atau petak berlainan daripada yang dinyatakan
berklenaan dengan mana-mana bangunan atau petak lain yang elemen itu
menjadi bahagiannya, elemen itu hendaklah dibina supaya mematuhi
kehendak-kehendak yang lebih besar atau terbesar sekali yang dinyatakan.
217. Mana-mana bahagian struktur atau dinding beban lebih
hendaklah mempunyai ketahanan api yang tidak kurang daripada tempoh
minimum yang dikehendaki oleh Undang-Undang Kecil ini bagi sesuatu elemen
yang ditanggungnya.
218. Sesuatu dinding pangsa yang mengasingkan rumah pangsa atau
maisonet daripada mana-mana bahagian lain bangunan yang sama adalah tidak
dikehendaki mempunyai ketahanan api yang lebih daripada satu jam melainkan-
(a) dinding itu adalah suatu dinding bawa beban atau suatu dinding
yang menjadi sebahagian daripada lubong terlindung; dan
(b) bahagian bangunan di mana dinding itu mengasingkan rumah pangsa
atau maisonet itu adalah daripada kumpulan maksud yang berlainan dan
tempoh minimum ketahanan api yang dikehendaki oleh Bahagian ini bagi
sesuatu elemen struktur dalam bahagian itu ialah satu jam setengah atau
lebih.
219. Dalam pemakaian Undang-Undang Kecil ini bagi lantai-lantai,
tiada apa-apa perkiraan boleh diambil mengenai ketahanan api yang
disebabkan oleh sesuatu siling tergantung selain daripada siling
tergantung yang dibina sebagaimana diperihalkan dalam Jadual Kesembilan
Undang-Undang Kecil ini.
220. Jika sebutan dibuat dalam Bahagian ini mengenai keluasan
lantai dan muatan bangunan atau petak, keluasan lantai maksimum atau
muatan padu atau kawasan lantai maksimum dan muatan padu bangunan atau
petak itu dipasang seluruhnya dengan sistem semburan automatik, atau
dengan apa-apa cara perlindungan kebakaran lain yang tidak kurang
berkesannya berhubungan dengan jenis bangunan atau petak itu dan
kandungannya, yang sistem pemadam itu dikehendakki melindungi.
221.(1) Bagi maksud-maksud Bahagian ini, kehendak-kehendak mengenai
ketahanan api hendaklah diertikan sebagai bermakna bahawa sesuatu elemen
struktur hendaklah boleh merintangi tindakan api bagi tempoh yang
ditentukan di bawah keadaan-keadaan ujian yang bersesuaian elemen itu
mengikut PB 476: Bahagian 1, tertakluk kepada apa-apa ubahsuaian atau
pemakaian apa-apa keadaan ujian sebagaimana ditetapkan bagi Undang-Undang
Kecil.
222.(1) Apa-apa struktur, selain daripada dinding luar, yang mengepung
suatu lubong terlindung, jika setiap sisi dinding dinding itu didedahkan
berasingan kepada ujian dengan api, hendaklah mempunyai ketahanan api yang
tidak kurang daripada tempoh minimum yang dikehendaki oleh Bahagian ini.
(2) Sesuatu dinding petak atau dinding pengasing jika setiap sisi dinding
itu didedahkan bereasingan kepada ujian dengan api hendaklah mempunyai
ketahanan api yang tidak kurang daripada tempoh minimum yang dikehendaki
oleh Bahagian ini.
(3) Mana-mana bahagian suatu dinding luar yang menjadi, atau terletak
kurang daripada 0.92 meter daripada mana-mana titik di atas sempadan
berkenaan, jika setiap sisi dinding itu didedahkan berasingan kepada ujian
dengan api, hendaklah mempunyai ketahanan api yang tidak kurang daripada
tempoh minimum yang dikehendaki oleh Bahagian ini.
(4) Mana-mana bahagian dinding luar yang terletak 1 meter atau lebih
daripada sempadan berkenaan dan yang dikehendaki oleh Undang-Undang Kecil
ini mempunyai ketahanan api, jika bahagian dalam dinding itu terdedah
kepada ujian dengan api, hendaklah mempunyai ketahanan api tidak kurang
daripada tempoh minimum yang dikehendaki oleh Bahagian ini.
Dengan syarat bahawa, bagi maksud-maksud undang-undang kecil ini, dinding
itu hendaklah boleh memuaskan kehendak-kehendak fasal 11c seksyen 3PB 476:
Bahagian 1, berhubungan dengan penebatan bagi suatu tempoh tidak kurang
daripada lima belas minit.
223. Sesuatu tingkat di atas tingkat bawah sesuatu rumah yang
tergolong dalam Kumpulan Maksud 1 hendaklah, jika setelah bawah lantai itu
terdedah pada ujian dengan api mengikut PB 476: Bahagian 1, boleh
memuaskan kehendak-kehendak ujian itu mengenai ketahanan daripada runtuh
bagi suatu tempoh tidak kurang daripada setengah jam dan mengenai
penebatan dan penahanan laluan api selama tidak kurang daripada lima belas
minit.
224. Sesuatu elemen struktur hendaklah disifatkan mempunyai
ketahanan api yang diperlukan jika-
(a) ianya dibina mengikut spesifikasi-spesifikasi yang diberi dalam
Jadual Kesembilan Undang-Undang Kecil ini dan tempoh andaian ketahanan
api yang diberi dalam Jadual itu sebagai berpatutan kepada jenis binaan
itu dan faktor-faktor relevan lain adalah tidak kurang daripada
ketahanan api yang diperlukan itu; dan
(b) bahagian serupa yang dibuat mengikut spesifikasi yang sama seperti
elemen itu dibuktikan sebagai mempunyai ketahanan api yang diperlukan di
bawah keadaan-keadaan ujian yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil
yang terdahulu.
|