AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN

(WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 1985

SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL

 

 

BAHAGIAN III

 

RUANG KAWASAN, CAHAYA DAN PENGUDARAAN

 

Undang-undang kecil

  1. Ruang terbuka hendaklah diperuntukkan

  2. Ruang terbuka tidak boleh diubah atau berbumbung

  3. Kawasan sekeliling bangunan yang bersempadanan dengan jalan dan lorong belakang

  4. Kawasan sekeliling bangunan di atas lot yang bersempadanan dengan jalan dan tidak mempunyai lorong belakang

  5. Kawasan sekeliling bangunan berasingan

  6. Akses daripada jalan

  7. Penjuru yang dipotong rencong

  8. Unjuran-unjuran di atas jalan dan di atas garis bangunan

  9. Lebar lorong jalan kaki

  10. Pencahayaan dan pengudaraan semulajadi

  11. Ruang udara

  12. Pengudaraan atau penyamanan udara secara mekanikal.

  13. Luas minimum bilik-bilik dalam bangunan kediaman

  14. Dimensi minimum tandas, jamban pam dan bilik mandi

  15. Tinggi bilik-bilik dalam kediaman, rumah kedai, sekolah dll.

  16. Tinggi bilik-bilik di tempat tumpuan awam

  17. Tinggi bilik-bilik dalam bangunan-bangunan lain

  18. Unjuran di atas jalan kaki lima

 

BAHAGIAN III

 

RUANG KAWASAN, CAHAYA DAN PENGUDARAAN

 

 28.    Tiap-tiap bangunan yang didirikan hendaklah, melainkan Dato Bandar berpendapat bahawa dalam sesuatu hal tertentu ruang udara diperuntukkan selainnya secara mencukupi dan kekal, mempunyai cantuman secara terus dengannya suatu ruang terbuka yang diperuntukkan secara ekslusif baginya dan mengikut apa-apa dimensi sebagaimana ditetapkan kemudian daripada ini.

29. (1) Apabila sesuatu ruang terbuka telah diperuntukkan berhubungan dengan sesuatu bangunan menurut Undang-Undang Kecil ini, tiada seorang pun, tanpa kebenaran bertulis daripada Dato Bandar boleh-

(a) membuat atau menyenggara atau membenarkan dibuat atau disenggara apa-apa perubahan dalam ruang terbuka itu; atau

(b) membina atau menyenggara atau membenarkan dibina atau disenggara suatu bumbung alas mana-mana bahagiannya yang akan mengurangkan kawasan ruang terbuka itu:

Dengan syarat bahawa Dato Bandar mengikut budi bicaranya boleh memberi kebenaran itu jika dia berpuas hati bahawa pengedaran udara secara bebas tidak terhindar atau terhalang.

      (2) Dato Bandar boleh dengan notis secara bertulis menghendaki pemunya atau mana-mana orang yang bertindak berlawanan dengan Bahagian ini supaya merobohkan apa-apa perubahan atau bumbung atau selainnya membuat apa-apa kerja yang akan memulihkan ruang terbuka itu.

30. (1) Kawasan lapang bagi bangunan-bangunan yang bersempadanan dengan jalan dan lorong belakang hendaklah

(a) berkenaan dengan bangunan kediaman, tidak kurang daripada satu pertiga daripada kawasan binaan lot bangunan itu; dan

(b) berkenaan dengan bangunan-bangunan lain yang digunakan bukan bagi maksud-maksud kediaman, tidak kurang daripada satu persepuluh daripada kawasan binaan lot bangunan itu.

      (2) Bagi maksud mengira kawasan lapang yang dikehendaki oleh perenggan (l)

(a) dalam sesuatu rumah kedai dua tingkat kawasan yang dipenuhi oleh sesuatu bangunan tambahan satu tingkat yang bukan suatu bilik kediaman yang tidak melebihi tinggi siting tingkat bawahnya hendaklah disifatkan sebagai neutral dan tidak boleh dikira sebagai kawasan binaan atau kawasan lapang;

(b) setengah daripada lebar lorong belakang yang bersempadanan dengan sesuatu bangunan hendaklah dikira sebagai kawasan lapang;

(c) langkan, laluan dan pelindung matahari boleh mengunjur ke atas sesuatu kawasan lapang dengan syarat bahawa ia tidak mengunjur lebih daripada 1 meter dan unjuran itu hendaklah dikira sebagai kawasan lapang dan tidak sebagai kawasan binaan;

(d) kawasan lapang yang diperuntukkan di antara jalan dengan anjak belakang bagi suatu garis bangunan rumah teres tidak boleh dikira sebagai kawasan lapang.

      (3) Jika kawasan lapang yang tidak bersempadanan dengan sesuatu lorong belakang diperuntukkan, kawasan lapang itu hendaklah mempunyai ukuran kelegaan minimum tidak kurang daripada 2.5 meter dan kawasan lapang tersebut tidak meliputi unjuran hud, pelindung matahari atau langkan

31.   Bagi bangunan alas lot yang bersempadanan dengan sesuatu jalan dan tidak mempunyai lorong belakang, kawasan lapang hendaklah ditempatkan di bahagian belakang bangunan itu dan hendaklah meluas sepanjang lebar lot itu.

32.   (1) Tertakluk kepada kehendak-kehendak tertentu Bahagian VII, bagi sesuatu bangunan berasingan hendaklah terdapat tidak kurang daripada 2.3 meter ruang lega yang diukur di antara hujung unjuran-unjuran bangunan itu dengan mana-mana sempadan lotnya dan 4.6 meter ruang lega di antara bangunan itu dengan sesuatu bangunan lain melainkan bangunan-bangunan itu terletak di dalam lot bangunan yang sama.

       (2) Bagi maksud undang-undang kecil ini bangunan berkembar dua hendaklah disifatkan sebagai satu bangunan atas satu lot.

33.    Tiap-tiap bangunan yang hendak didirikan alas suatu tapak yang tidak berhadapan dengan jalan hendaklah mempunyai akses daripada jalan dan cara, jenis dan luasnya akses itu hendaklah mengikut pelan susunatur yang diluluskan olch Dato Bandar.

34. Jika sesuatu bangunan didirikan di persimpangan dua jalan dan dalam hal di mana darjah potongan rencong atau bulatan penjuru jalan itu tidak ditunjukkan alas pelan susunatur atau mana-mana pindaan, ubahsuaian atau penggantian berkanun yang disenggara oleh Dato Bandar penjuru bangunan itu hendaklah dipotong rencong atau dibulatkan setinggi tidak kurang daripada 5 meter atas paras jalan di titik silang an garis-garis jalan itu supaya tiada mana-mana bahagian bangunan itu di bawah paras tersebut boleh mengunjur melebih' garisan lurus yang dillikis merentangi penjllru plot bangunan itu yang bersambung dengan setiap garisan jalan pada titik 3 meter daripada titik silangan garis-garis jalan itu.

35.  (1) Jika bangunan bersempadanan dengan jalan, unjuran ke atas jalan bagi beranda terbuka, langkan, pelindung matahari atau unjuran-unjuran yang serupa, boleh dibenarkan di alas asas berikut:

Unjuran = Lebar jalan dalam meter tolak 9 meter/2

      Dengan syarat bahawa unjuran maksimum yang boleh dibenarkan mengikut formula ini ialah 1.2 meter leganya daripada garis jalan yang diluluskan itu.

      (2) Unjuran dari jenis langit-langit di alas pintu masuk yang lebih daripada 1.2 meter boleh dibenarkan mengikut budi bicara Dato Bandar.

       (3) Semua unjuran itu hendaklah sekurang-kurangnya 5 meter tinggi daripada paras jalan. Di antara paras 2.5 meter dan 5 meter unjuran yang tidak lebih daripada 500 milimeter boleh dibenarkan.

        (4) Jlka sesuatu garis bangunan ditetapkan bagi anjak belakang jalan daripada garis biasa jalan, unjuran-unjuran yang tinggi daripada tingkat bawah di atas garis bangunan itu boleh dibenarkan dengan syarat bahawa unjuran itu tidak boleh melebihi 1.8 meter dan tidak boleh melebihi setengah daripada bidang hadapan bangunan itu hingga ke garis bangunan tersebut.

36.   (1) Lebar sesuatu jalan kaki lima atau lorong jalan kaki tak bertutup hendaklah tidak kurang daripada 1 meter tetapi tembok sambut atau tiang hingga ke dalaman maksimum 600 milimeter daripada sempadan jalan boleh dibenarkan alas jalan kaki lima atau lorong jalan kaki itu.

      (2) Lebar jalan kaki lima atau lorong jalan kaki tak bertutup itu hendaklah diukur daripada sempadan jalan hingga ke dinding atau bahagian lain (yang bukan tembok sam but beranda luar) bangunan itu yang terdekat sekali dengan jalan itu, dan semua dimensi yang disebutkan dalam undang-undang kecil ini hendaklah diukur pada paras lapik batu jalan kaki lima atau lorong jalan kaki itu.

     (3) Bagi maksud-maksud undang-undang kecil ini sesuatu anak tangga, bendul atau struktur lain yang bersangkutan dengan suatu bangunan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada bangunan itu walaupun tidak bersambung secara terus dengannya.

     (4) Jika terdapat sesuatu pertukaran pada paras-paras di sepanjang lorong jalan kaki di antara lot-lot yang bersampingan, maka hendaklah disediakan anak-anak tangga dengan tetingkat tidak melebihi 150 milimeter dan pemijak tidak kurang daripada 275 milimeter atau landaian pejalan kaki yang mempunyai gradien tidak melebihi satu dalam sepuluh.

      (5) Jika sesuatu jalan susur disediakan lorong jalan kaki yang dikehendaki disediakan dan dibina itu hendaklah mengikut garisan jalan itu.

37.  (1) Tiap-tiap bilik yang direkabentuk, dipadan atau digunakan bagi maksud-maksud kediaman, perniagaan atau lain-lain kecuali hospital dan sekolah hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih tingkap yang mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 10% daripada keluasan lega lantai bilik itu dan hendaklah mempunyai ruang buka yang boleh membenarkan laluan udara secara bebas dan tidak terganggu yang tidak kurang daripada 5% daripada keluasan lega lantai itu.

       (2) Tiap-tiap bilik yang digunakan untuk menempatkan pesakit-pesakit di sesuatu hospital hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih tingkap yang mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 15% daripada keluasan lega lantai bilik itu dan hendaklah mempunyai ruang buka yang boleh membenarkan laluan udara secara bebas dan tidak terganggu yang tidak kurang daripada 71/2% daripada keluasan lantai itu.

       (3) Tiap-tiap bilik yang digunakan bagi maksud menjalankan kelas-kelas dalam sesuatu sekolah hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui satu at au lebih tingkap yang mempunyai jumlah keluasan lidak kurang daripada 20% daripada keluasan lega lantai bilik itu dan hendaklah mempunyai ruang buka yang bolch membenarkan laluan udara secara bebas dan tidak terganggu yang tidak kurang daripada 10% daripada keluasan lantai itu.

       (4) Tiap-tiap jamban pam, tandas, tempat buang air kecil atau bilik mandi hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih ruang buka yang mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 0.2 meter persegi bagi satu jamban pam, tandas, tempat buang air kecil atau bilik mandi dan ruang buka itu hendaklah boleh membenarkan laluan udara secara bebas dan tidak terganggu.

38.   (1) (a) Saiz minimum bagi setiap ruang udara jika diadakan dalam semua bangunan adalah seperti berikut:

(i)      Bagi ruang udara meliputi hingga 2 tingkat tingginya, 7 meter persegi;

(ii)      Bagi ruang udara meliputi hingga 4 tingkat tingginya, 9 meter persegi;

(iii)     Bagi ruang udara meliputi hingga 6 tingkat tingginya, 11 meter persegi;

(iv)     Bagi ruang udara meliputi hingga 8 tingkat tingginya, 13 meter persegi;

(v)      Bagi ruang udara meliputi yang lebih daripada 8 tingkat tingginya, 15 meter persegi.

                (b) Lebar minimum bagi ruang udara itu pada mana-mana sisinya ialah 2.5  meter.

         (2) (a) Saiz minimum bagi setiap ruang udara untuk tandas , jamban pam dan bilik mandi adalah seperti berikut:

(i)      Bagi ruang udara meliputi hingga 2 tingkat tingginya, 3.5 meter persegi;

(ii)     Bagi ruang udara meliputi hingga 4 tingkat tingginya, 4 meter persegi;

(iii)    Bagi ruang udara meliputi hingga 6 tingkat tingginya, 4.5 meter persegi;

(iv)    Bagi ruang udara meliputi hingga 8 tingkat tingginya, 5 meter persegi;

(v)     Bagi ruang udara meliputi yang lebih daripada 8 tingkat tingginya, 5.5 meter persegi.

               (b) Lebar minimum bagi ruang udara tersebut pada mana-mana sisinya ialah 1.8 meter.

               (c) Ruang udara yang kecil ini hendaklah dalam apa-apa keadaan tidak boleh digunakan untuk mengganti udara mana-mana bilik kediaman.

39.  (1) Jika pengudaraan atau penyamanan udara secara mekanikal yang kekal dicadangkan, Undang-Undang Kecil bangunan yang relevan berhubungan dengan pengudaraan semulajadi, pencahayaan semulajadi dan tinggi bilik-bilik boleh diketepikan mengikut budibicara Dato Bandar.

       (2) Sesuatu permohonan untuk mengenepikan Undang-Undang Kecil bangunan yang relevan itu hanya boleh dipertimbangkan jika selain daripada sistem penyamanan udara yang kekal itu ada diperuntukkan cara-cara pengudaraan lain yang diluluskan bagi kepungan yang dinyamankan udaranya itu, supaya dalam masa sctengah jam daripada kerosakan sistem penyamanan udara itu, udara bersih yang tidak kurang daripada banyak yang ditentukan sebagaimana yang dinyatakan kemudian daripada ini boleh dimasukkan ke dalam kepungan itu sepanjang tempoh sistem penyamanan udara itu tidak berjalan.

       (3) Peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga Undang-Undang Kecil iniadalah terpakai bagi bangunan yang digantikan udaranya atau dinyamankan udaranya secara mekanikal.

      (4) Jika pengudaraan secara mekanikal yang kekal berkenaan dengan tandas, jamban pam, bilik mandi atau koridor diadakan dan disenggara mengikut kehendak-kehendak Jadual Ketiga Undang-Undang Kecil ini, peruntukan-peruntukan Undang-Undang Kecil ini berhubungan dengan pengudaraan semulajadi dan pencahayaan semulajadi tidak terpakai bagi tandas, jamban pam, bilik mandi atau koridor itu.

40.   (1) Luas bilik kediaman yang pertama dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah tidak kurang daripada 11 meter persegi, bilik kediaman yang kedua hendaklah tidak kurang daripada 9.3 meter persegi dan luas semua bilik kediaman lain hendaklah tidak kurang daripada 6.5 meter persegi.

         (2) Lebar tiap-tiap bilik kediaman dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah tidak kurang daripada 2.1 meter.

         (3) Luas dan lebarnya sesuatu dapur dalam suatu bangunan kediaman hendaklah masing-masingnya tidak kurang daripada 4.5 meter persegi dan 1.5 meter.

41.    Dalam semua bangunan saiz tandas, jamban pam dan bilik mandi hendaklah-

       (a) bagi tandas atau jamban pam, dengan pasangan jamban duduk, tidak kurang daripada 1.5 meter kali 0.75 meter;

       (b) bagi jamban pam dengan pasangan selain daripada pasangan jamban duduk, tidak kurang daripada 1.25 meter kali 0.75 meter;

       (c) bagi bilik mandi, tidak kurang daripada 1.5 meter persegi dengan lebarnya tidak kurang daripada 0.75 meter; dan

       (d) bagi bilik mandi dengan pasangan jamban, tidak kurang daripada 2 meter persegi dengan lebarnya tidak kurang daripada 0.75 meter.

42.    (1) Tinggi bilik-bilik dalam bangunan kediaman selain daripada rumah kedai hendaklah-

        (a) bagi bilik kediaman dan bilik tidur, tidak kurang daripada 2.5 meter;

        (b) bagi dapur, tidak kurang daripada 2.25 meter;

        (c) bagi bilik mandi, jamban pam, tandas, anjung, langkan, beranda, garaj dan sebagainya, tidak kurang daripada 2 meter.

         (2) Tinggi purata bilik yang bersiling cerun dalam bangunan kediaman selain daripada rumah kedai hendaklah-

         (a) bagi bilik kediaman dan bilik tidur, tidak kurang daripada 2.5 meter;

         (b) bagi dapur, tidak kurang daripada 2.25 meter;

         (c) bagi bilik mandi, jamban pam, tandas, anjung, langkan, beranda, garaj dan   sebagainya, tidak kurang daripada 2 meter:

      Dengan syarat bahawa tiada mana-mana bahagian sesuatu bilik boleh kurang daripada 2 meter tingginya.

      (3) Bagi rumah kedai tinggi bilik-bilik tingkat bawah hendaklah tidak kurang daripada 3 meter dan tinggi bilik-bilik tingkat alas hendaklah tidak kurang daripada 2.5 meter. Jika kedalaman rumah kedai itu pad a paras mana-mana tingkat at as adalah lebih daripada 10.5 meter, tinggi bilik-bilik di tiap-tiap tingkat atas itu hendaklah tidak kurang daripada 2.55 meter.

     (4) Bagi sekolah, tinggi bilik-bilik yang digunakan untuk menyebar pengetahuan hendaklah tidak kurang daripada 3 meter ruang atas.

     (5) Bagi hospital tinggi bilik-bilik yang digunakan untuk menempatkan pesakit-pesakit hendaklah tidak kurang daripada 3 meter.

     (6) Tinggi sesuatu bilik dalam sesuatu kilang di mana seseorang bekerja hendaklah tidak kurang daripada 3 meter ruang atas.

43.   (1) Tinggi bilik-bilik, selain daripada jamban pam, tandas, bilik simpan pakaian, koridor dan bilik-bilik yang orang awam tidak mempunyai akses di lempal tumpuan awam hendaklah tidak kurang daripada 3.5 meter. Jika sesuatu langkan diadakan di tempat tumpuan awam, tinggi di antara paras tingkat tertinggi langkan itu dengan siling di alas tingkat tertinggi itu, dan di antara lantai yang berada sebaik sahaja di bawah langkan itu dengan sebelah bawah langkan itu, hendaklah tidak kurang daripada 3 meter dalam setiap keadaan.

        (2) Di tempat-tempat tumpuan awam, peruntukan-peruntukan perenggan (1) undang-undang kecil 44 adalah terpakai bagi jamban pam, tandas, bilik simpan pakaian, koridor dan bilik-bilik yang orang awam lidak mempunyai akses.

44.  (1) Bagi bangunan-bangunan selain daripada yang dinyatakan dalam perunlukan-peruntukan undang-undang kecil 42 dan 43 sebelum ini tinggi bilik-bilik di tingkat bawah hendaklah tidak kurang daripada 3 meter dan di sesuatu tingkat di alas tingkat bawah itu hendaklah tidak kurang daripada 2.75 meter.

       (2) Tinggi sesuatu tingkat bawah tanah hendaklah tidak kurang daripada 2.5 meter.

       (3) Jika sebahagian besar daripada tingkat bawah itu dibiarkan terbuka untuk digunakan sebagai tempat letak kereta atau taman bertutup atau untuk maksud yang serupa, tinggi tingkat bawah itu hendaklah tidak kurang daripada 2.5 meter.

      (4) Ruang alas minima bagi sesuatu bilik kediaman atau ruang di dalam sesuatu bangunan adalah 2 meter.

      (5) Tinggi sesuatu jalan kaki lima hendaklah tidak kurang daripada 3 meter.

45.     Unjuran dari jenis-

         (a) alang;

         (b) tangga dan pelantar tangga;

         (c) adang-adang;

        (d) bidai; dan

        (e) papan tanda atau iklan, yang tidak kurang daripada 2.5 meter tingginya daripada lapik batu jalan kaki lima boleh dibenarkan.