AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN

(WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 1985

SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL

 

 

BAHAGIAN II

 

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

 

Undang-undang kecil

  1. Pengemukakan pelan-pelan untuk diluluskan

  2. Pengembalian pelan

  3. Pengawasan kerja

  4. Pelan-pelan hendaklah ditandatangani.

  5. Penarikan balik atau pertukaran orang berkelayakan.

  6. Pelan-pelan hendaklah didepositkan dalam tiga salinan.

  7. Skel pelan

  8. Pelan-pelan yang dikehendaki

  9. Kebenaran khas untuk memulakan kerja-kerja bangunan

  10. pelan-pelan bagi perubahan

  11. Spesifikasi

  12. Butir-butir dan kiraan-kiraan pelan struktur

  13. Kuasa Dato Bandar untuk menolak pelan dan kiraan struktur

  14. Permit

  15. Permit sementara

  16. Bahan-bahan tidak boleh didepositkan di atas jalan tanpa kebenaran

  17. Notis memulakan atau menyambung semula kerja-kerja bangunan

  18. Notis siapnya pancang tanda

  19. Notis supaya korekan bagi asas tapak

  20. Perakuan Menduduki

  21. Perakuan Menduduki Sementara

  22. Perakuan Menduduki Sebahagian

  23. Kesalahan di bawah Akta

  24. Fee bagi menimbangkan pelan dan permit

 

BAHAGIAN II

 

PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

 

 4. (I) Semua pelan bangunan yang dikemukakan kepada Dato Bandar untuk diluluskan, sebagai lambahan kepada kehendak-kehendak seksyen 70 Akla, hendaklah-

(a) dideposilkan di pejabal Dato Bandar bersama dengan fee yang ditetapkan basi pengertliI'kaan pelan-pelan itu mengikut Jadual Pertama Undang-Undang Kecil ini;

(b) mengandungi sualu pernyalaan yang menunjukkan maksud bangunan yang dikemukakan pelannya itu hendak didiri dan digunakan;

(c) mengandungi perakuan orang-orang berkelayakan itu bersama dengan Borang A sebagaimana dinyalakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini yang baginya mereka masing-masing bertanggungjawab; dan

(d) dilampirkan bersama-samanya sualu salinan bersetem pelan lapak yang relevan yang diluluskan olch Dato Bandar dan diperakukan dalam masa dua belas bulan kalendar sebelum tarikh pelan-pelan bangunan itu didepositkan, melainkan jika selainnya dikecualikan di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan perancangan.

(2) Tiap-tiap pelan, lukisan atau kiraan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah dikemukakan oleh orang berkelayakan.

5. (1) Dato Bandar, jika pada pendapatnya sesuatu pelan, lukisan atau kiraan itu adalah di luar kekompetenan orang berkelayakan yang mengemukakannya, boleh mengembalikan pelan, lukisan atau kiraan itu.

   (2) Datuk Bandar hendaklah menerima mana-mana pelan, lukisan atau kiraan yang telah dikembalikan jika pelan, lukisan atau kiraan itu dikemukakan semula bersama dengan suatu perakuan daripada pihak berkuasa berkenaan yang bertanggungjawab bagi pendaftaran orang yang berelayakan itu, memperakuai bahawa pelan, llukisan atau kiraan itu adalah di dalam kekompetan orang berkelayakan yang mengemukakannya.

6. Jika di bawah Undang-Undang Kecil ini sesualu pelan.lukisan alau kiraan berhubungan dengan sesuatu bangunan dikehendaki supaya dikemukakan oleh orang berkelayakan. tiada apa-apa pembinaan atau pembinaan lanjut bangunan itu boleh dijalankan melainkan orang berkelayakan itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya dengan waiar mengakujanji untuk mengawasi pembinaan dan pemancangan tanda. mengikut mana berkenaan, bangunan itu.

7. Semua pelan yang dikemukakan hendaklah ditandatangani oleh orang berkelayakan dan oleh pemunya atau ejennya dan hendaklah mengandungi alamat penuh pemunya itu.

8. (1) Orang berkelayakan yang mengemukakan pelan-pelan itu hendaklah bertanggungjawab atas pelaksanaan wajar semua kerja dan hendaklah terns bertanggungjawab sedemikian sehingga kerja-kerja itu siap melainkan-

(a) dengan persetujuan Dato Bandar orang berkelayakan lain dilantik unluk mengambil alih; atau

(b) Dato Bandar bersetuju menerima penarikan balik alau pengganliannya atas permintaan pemunya dengan syaral bahawa pembinaan bangunan itu belum lagi bermula.

(2) Jika Dato Bandar bersetuju menerima penarikan balik atau penggantian orang berkelayakan di bawah perenggan (1) (b) kerja-kerja itu tidak boleh dimulakan sehingga orang berkelayakan lain dilanlik untuk mengambil alih.

(3) Jika mana-mana orang berkelayakan yang telah mengemukakan apa-apa pelan, lukisan atau kiraan berkenaan dengan sesuatu bangunan telah mati atau menjadi bank rap atau tidak boleh dijumpai atau pendaftarannya telah dipotong daripada daftar atau o.leh apa-apa sebab lain telah berhenti daripada

menjalankan amalannya, maka pemunya atau penduduk itu hendaklah dengan seberapa segera yang praktik melantik orang berkelayakan yang lain Ia1tuk bertindak bagi pihaknya dan untuk mengemukakan keterangan yang mencukupi kepada Dato Bandar mengenai keadaan itu, dan kerja-kerja tidak akan diteruskan atau disambung sehingga seorang berkelayakan yang lain telah dilantik untuk mengambil alih.

9. (1) Semua pelan bangunan hendaklah didepositkan dalam tiga salinan atau dalam seberapa banyak salinan yang dikehendaki oleh Dato Bandar.

(2) Satu set pelan-pelan itu hendaklah dibuat alas linen atau bahan lain yang tahan dipakai dan tahan lama dan set ini bersama dengan satu set lagi, hendaklah disimpan oleh Dato Bandar dan set ketiga hendaklah dikembalikan setelah diluluskan.

(3) Jika pelan-pelan itu tidak diluluskan, satu set pelan-pelan itu hendaklah dikembalikan dengan suatu pernyataan menerangkan sebab atau sebab-sebab ia tidak diluluskan.

(4) Tiada apa-apa pun dalam undang-undang kecil ini boleh melarang set tambahan pelan-pelan didepositkan jika difikirkan bahawa dengan berbuat demikian kerja Dato Bandar boleh dipercepatkan.

10. (1) Semua pel an hendaklah dilukiskan mengikut skel-skel berikut:

(a)     Pelan tapak tidak kurang daripada 1: 1000

(b)     Pelan-pelan punca atau tempat apa-apa skel yang sesuai

(c)     Semua pelan angunan am yang lain tidak kurang daripada 1:100 kecuali dalam hal-hal tertentu di mana saiz bangunan itu menyebabkan lukisan mengikut skel ini tidak praktik dimuatkan dalam had kertas itu atau apabila ukuran lukisan tidak sesuai, pihak berkuasa tempatan boleh menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan pelan-peln itu dikemukakan mengikut skel yahng lebih kecil tetapi bagaimanapun skel itu tidak boleh kurang daripada 1: 200.

(d)     Pelan lakar untuk tidak kurang daripada 1:200 diluluskan pada dasarnya.

      (2) semua pelan hendaklah dilukiskan dalam Sistem Unit Antarabangsa.

 11. (1) Semua pelan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah, melainkan tidak berkenaan, mengandungi yang berikut:

(a) suatu pelan tapak yang menunjukkan-

(i) tapak lot bangunan yang dicadangkan itu bersama dengan nombor lot dan nombor seksyennya;

(ii) jalan masuk ke tapak itu dan jalan dan nama jalan itu;

(iii) jaraknya daripada tengah dan tepi jalan yang ditunjukkan dengan terang atas salah satu daripada pelan-pelan itu;

(iv) dimensi lot itu;

(v) garisan-garisan lengkap bagi saliran air permukaan dan air kotor dan takat kadar alir parit-parit yang dicadangkan itu;

(vi) skel, titik Utara dan nombor-nombor lot atau bangunan yang bersampingan;

(vii) dimensi kelegaan di antara bangunan yang dicadangkan itu dengan sempadan-sempadan;

(viii) semua garis pelarasan tanah atau bangunan yang dicadangkan untuk membaikkan jalan, sungai atau saliran dan yang seumpamanya, jika berkenaan, menunjukkan lebar jalan baharu atau jalan baharu yang dicadangkan itu serta sambungannya dengan jalan awam yang berhampiran sekali;

(ix) paras tanah tapak yang sedia ada dan yang dicadangkan.

(b) suatu pelan lantai bagi tiap-tiap tingkat kecuali apabila tingkat-tingkat lain itu adalah bersamaan atau serupa, yang mengandungi maklumat berikut-

(i) dimensi berangka mengenai panjang dan lebar bangunan itu dan bilik-biliknya dan ketebalan dinding-dindingnya;

(ii) dimensi berangka mengenai ruang buka semua pintu dan tingkap, kawasan ruang udara yang mendapat cahaya matahari, kawasan belakang dan ruang-ruang terbuka bangunan itu;

(iii) dimensi berangka di antara dinding-dinding, tembok-tembok sam but dan tiang-tiang besi di atas pelan asas tapak bangunan itu;

(iv) garisan salinan kekal tapak itu dengan anak-anak panah yang menunjukkan arab alirannya, parit-parit yang ke dalamnya ia disalur keluar dan sail parit-parit itu;

(v) nama dan kegunaan bilik-bilik.

(c) muka-muka keratan lintang, membujur dan muka-muka keratan lain untuk menggambarkan dengan nyata binaan bangunan itu dan menunjukkan-

(i) paras tanah yang sedia ada dan paras tanah baharu yang dicadangkan jika paras tapak itu hendak ditinggi at au direndahkan;

(ii) paras jalan, parit isi jalan dan jalali kaki lima (jika bangunan itu bersempadanan dengan jalan);

(iii) lebar dan dalamnya asas tapak dan ketebalan dinding, dinding sekat dan lantainya;

(iv) tingginya tingkat, tangga, pintu, tingkap dan lubang pengudaraannya;

(v) sail, tempat letak dan arab gelegar lantai dan rasuk dan binaan bumbungnya; dan

(vi) bahan-bahan yang hendak digunakan dalam pembinaan struktur itu.

(d) tampak depan, belakang dan sisi yang menunjukkan-

(i) paras lorong jalan kaki, jalan kaki lima, jalan yang bersampingan dan paras bahagian sarna yang dicadangkan;

(ii) sebahagian daripada tampak bangunan bersampingan yang sedia ada menunjukkan paras lantai, kepala tembok utama, parapet dan tinggi berandanya;

(iii) bahan-bahan yang dicadangkan untuk dinding, tingkap dan bumbung, jika berkenaan dan boleh dilihat.

(2) Orang berkelayakan atau pemunya atau penduduk itu, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah memberi pihak Dato Bandar apa-apa maklumat tambahan sebagaimana dikehendaki oleh Dato Bandar.

(3) Semua pelan hendaklah sarna ada dicetak dengan terang dan tidak boleh dipadam atau dilukis dengan warna hitam dan bahan-bahan yang berlainan ditunjukkan dengan warna-warna tertentu dan semua struktur yang sedia acta ditunjukkan dengan warna neutral.

12. (1) Dato Bandar boleh walaupun ia masih belum meluluskan apa-apa pelan, lukisan atau kiraan mengenai bangunan lersebut, membenarkan pembinaan bangunan atau jenis bangunan sedemikian jika orang berkelayakan yang mengemukakan pelan, lukisan atau kiraan itu mematuhi undang-undang kecil 4 dan memperakui bahawa pembinaan itu tidak akan melanggar perunlukan-perunlukan Akta alau Undang-Undang Kecil ini.

      (2) Pemberian sesuatu kebenaran di bawah perenggan (1) tidak boleh melucutkan kuasa Dato Bandar untuk memberi araban bertuJis mengenai bangunan itu.

13. (I) Dalam pelan-pelan yang dikemukakan bagi membuat tambahan atau perubahan kepada sesuatu bangunan, termasuk memecah bahagi bilik-bilik, bahagian-bahagian bangunan itu, jika ada, yang hendak dimusnahkan hendaklah ditunjukkan dengan garisan bertitik dan kerja-kerja baharu hendaklah sarna ada diwarnakan dengan warna merah atau hitam keseluruhannya.

     (2) Semua parit air permukaan atau air kotor, tangga, tingkap dan pintu dan semua tubing cahaya din pengudaraan bangunan itu yang sedia ada hendaklah ditunjukkan atas pelan-pelan tersebut.

14. Jika dikehendaki oleh Dato Bandar pelan-pelan yang dikemukakan untuk diluluskan hendaklah disertakan dengan spesifikasi semua bahan yang dicadang hendak digunakan.

15. (1) Satu salinan pelan-pelan struktur yang lengkap bagi bangunan yang dicadangkan itu bersama dengan satu salinan yang bolch dibaca mcngcnai kiraan-kiraan strukturnya hendaklah dikcmukakan scbclum pembinaan dimulakan.

     (2) Tiap-tiap pe1an struktur yang lengkap hendaklah dibuat di atas kertas dan tiap-tiap salinan hendaklah mengandungi perakuan yang dibuat oleh orang berkelayakan scperti dalam Borang A sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini yang bennaksud bahawa butir-butir itu adalah mengikut Undang-Undang Kecil ini dan orang yang mengemukakannya bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya.

    (3) Semua pelan struktur hendaklah ditanda dengan terang untuk menunjukkan beban guna yang setiap sistem lantai atau setiap bahagian telah direkabentuk.

16.    Walau apa pun peruntukan perenggan (2) undang-undang kecil 15 Dato Bandar boleh memeriksa mana-mana pelan atau kiraan struktur dan dalam berbuat demikian boleh menolak mana-mana pelan atau kiraan struktur yang tidak mengikut Undang-Undang Kecil ini dan jika ia menolak pelan atau kiraan tersebut ia boleh menghendaki orang berkelayakan itu mengemukakan semula pelan atau kiraan struktur baharu berkenaan dengan bahagian yang ditolak itu.

17. (1) Pelan-pelan lakar boleh dikemukakan bagi pembinaan kecil, perubahan dan tambahan kecil sebagai ganti pelan yang di\uluskan dan permit boleh dikeluarkan sebagai kebenaran untuk menjalankan kerja sedemikian jika pelan-pelan itu mematuhi kehendak-kehendak Undang-Undang Kecil ini, dengan syarat bahawa jika pad a pendapat Dato Bandar kerja-kerja yang terlibat itu menghendaki pengemukaan pelan-pelan bangunan yang biasa, maka pelan-pelan itu hendaklah dikemukakan mengikut Undang-Undang Kecil ini.

     (2) Permit botch dikeluarkan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana difikirkan patut oleh Dato Bandar bagi mendirikan apa-apa pagar yang memasuki kawasan lorong jalan kaki.

18.  (1) Suatu permit sementara bagi suatu tempoh terhad boleh dikeluarkan oleh Dato Bandar bagi maksud-maksud berikut:

(a) mendirikan bangsal atau penlas bagi perlunjukan-pertunjukan atau untuk sembahyang;

(b) mendirikan bangsal kerja bagi pembina-pembina atau suatu stor atau bangsal lain yang hendak digunakan berhubungan dengan kerja-kerja bangunan;

(c) mendepositkan bahan-bahan binaan atas jalan-jalan;

(d) mendirikan peranca atas sesuatu jalan;

(e) mendirikan pelantar kerja, kerja kerangka, pelantar alau apa-apa jenis superstruktur di alas bumbung; dan

(f) mendirikan papan dendeng alas jalan-jalan.

     (2) Suatu permit sementara boleh dikeluarkan mengikut budibicara Dato Bandar bagi mendirikan sesuatu bangunan semen tara dan hendaklah tertakluk kepada kesemua atau sebahagian daripada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Undang-Undang Kecil ini.

     (3) Pelan-pelan atau pelan-pelan lakar yang mengikut kebcndak-kebendak Dato Bandar bendakJah dikemukakan bagi mendapatkan permit sementara di bawah undang-undang kecil ini.

    (4) Pelan-pelan itu hendaklab diperakui oleh orang yang mengemukakannya yang bermaksud bahawa papan dendeng yang dicadangkan itu boleh disangga dengan selamat oleh struktur yang di atasnya papan dendeng itu akan dibina dan dia bersetuju mcnerima tanggungjawab sepenuhnya.

19.   (1) Tiada seorang pun boleh mendepositkan apa-apa bahan banguoan di alas sesuatu jalan tanpa suatu permit sementara yang dikeluarkan di bawah undang-undang kecil 18.

       (2) Fee bagi permit itu adalah seperti yang ditetapkan dalam Jadual Pertama Undang-Undang Kecil ini.

      (3) Orang yang dikeluarkan pennit itu hendaklah dengan perbelanjaannya sendiri menyebabkan bahan-bahan itu dipagar dan dikepung dengan secukupnya sehingga bahan-bahan itu dipindahkan atau selainnya dijamin selamat dengan memuaskan hati Dato Bandar.

      (4) Bahan-bahan itu hendaklah diterangi dengan sesuainya pada waktu gelap,dan seorang jaga hendaklah digunakhidmat untuk mempastikan bahawa kerja-kerja itu dilakukan.

20. (1) Notis mengenai niat hendak memulakan atau menyambung semula pembinaan sesuatu bangunan yang dikehendaki di bawah seksyen-kecil (9) seksyen 70 Akta hendaklah dibuat dalam Borang B sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini dan hendaklah meliputi

butir-butir kerja yang dicadangkan itu.

       (2) Jika kerja itu tidak dimulakan atau dimulakan semula pada tarikh yang diberi dalam notis itu, suatll notis selanjutnya dalam Borang B sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini hendaklah diberi sebelum kerja itu boleh dimulakan atau dimulakan semula.

21.    (1) Sebaik sahaja selepas pemancangan tanda bangunan itu disiapkan, orang berkelayakan itu hendaklah memberi notis bertulis kepada Dato Bandar dalam Borang C sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini, memperakui bahawa sama ada pemancangan tanda itu telah dijalankan mengikut pelan tapak yang diluluskan atau, jika ada sesuatu penyimpangan daripada pelan tapak yang diluluskan itu, bahawa dia mengakujanji untuk mengemukakan sejumlah pelan-pelan tapak pindaan yang dikehendaki itu untuk diluluskan sebelum bangunan itu siap.

       (2) Dalam mana-mana hal orang berkelayakan itu hendaklah memperakui bahawa dia bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya bagi mempastikan supaya semua kehendak perancangan bandar dan bangunan dipatuhi.

22.    Sebaik sahaja selepas pengorekan bagi asas tapak sesuatu bangunan itu disiapkan, orang berkelayakan itu hendaklah memberi notis bertulis kepada Dato Bandar dalam Borang D sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini memberitahunya mengenai hal itu dan memperakui bahawa jenis keadaan tanah yang didedahkan oleh korekan-korekan itu adalah konsisten dengan kehendak-kehendak rekabenluk dan memaluhi Undang-Undang Kecil ini.

23.   (1) Perakuan Menduduki sesualu bangunan hendaklah diberi jika-

       (a) Orang-orang berkelayakan semasa kerja itu dijalankan telah memperakui dalam Borang E sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini bahawa mereka telah mengawasi pembinaan bangunan itu, dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan mereka bangunarritlrtelah dibina mengikut Undang-Undang Kecil ini dan apa-apa syarat yang dikenakan oleh Dato Bandar dan mereka bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya mengenai bahagian-bahagian yang berkaitan dengan mereka masing-masing; dan

     (b) Dato Bandar atau seorang pegawai yang diberi kuasa secara bertulis olehnya bagi maksud itu telah memeriksa bangunan itu.

      (2) Tiada apa-apa pun yang terkandung dalam Undang-Undang Kecil ini boleh mencegah Dato Bandar atau mana-mana mana pcgawai yang diberi kuasa secara betulis olehnya bagi maksud itu daripada memeriksa apa-apa kerja bangunan pada mana-mana peringkatnya dan menarik perhatian kepada apa-apa penyimpangan daripada pelan yang diluluskan atau tidak .mematuhi mana-mana Undang-Undang Kecil ini yang didapatinya dan daripada memberi notis secara bertulis memerintahkan supaya penyimpangan itu diperbetulkan.

24.     Tertakluk kepada pembayaran fee yang ditetapkan dalam Jadual Pertama Undang-Undang Kecil ini Dato Bandar boleh mengikut budi bicaranya memberi suatu Perakuan Menduduki Sementara sesuatu bangunan bagi suatu tempoh tidak lebih daripada enam bulan dalam hal-hal di mana hanya terdapat penyimpangan kecil daripada pelan-pelan bangunan yang diluluskan itu dan sementara menunggu pematuhan sepenuhnya kepada kehendak-kehendak Dato Bandar sebelum Perakuan Menduduki dikeluarkan.

25.  (1) Dato Bandar boleh mengikut budi bicaranya memberi suatu Perakuan Menduduki Sebahagian bagi mana-mana bahagian bangunan yang telah siap sebahagiannya dan boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu bagi kepentingan awam:

Dengan syarat bahawa tiada sesuatu permit sedemikian boleh diberi jika-

 

(a) tiada apa-apa permohonan bagi Perakuan Menduduki Sebahagian telah dibuat dalam tempoh pembinaan itu;

(b) semua perkhidmatan perlu termasuk jalan akses, tempat letak kereta, parit, pemasangan alai-alai kebersihan, air dan elektrik, lif bomba jika dikehendaki, kehendak-kehendak pembetungan dan pembuangan sampah masih belum disediakan; dan

(c) pendudukan bahagian atau bahagian-bahagian bangunan yang telah siap sebahagiannya itu akan memudaratkan kesihatan atau keselamatan awam.

     (2) Suatu Perakuan Menduduki Sebahagian apabila dikeluarkan hendaklah berkuatkuasa berterusan sehingga keseluruhan bangunan itu siap dan suatu Perakuan Menduduki dikeluarkan.

26.    Tiada seorang pun boleh menduduki atau membenarkan diduduki mana-mana bangunan atau mana-mana bahagiannya me1ainkan jika suatu Perakuan Menduduki, suatu Perakuan Menduduki Sebahagian atau suatu Perakuan Menduduki Sementara telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil ini bagi bangunan itu.

27.   Fee mengikut Jadual Pertama Undang-Undang Kecil ini hendaklah dibayar oleh orang-orang yang mengemukakan pelan-pelan dan spesifikasi-spesifikasi untuk diluluskan berkenaan dengan bangunan yang hendak dibina atau diubah atau bagi pengeluaran permit atau permit sementara mengikut Undang-Undang Kecil ini.