UNDANG-UNDANG MALAYSIA

 

 

 

AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974*

 

(Akta 133) 

 

 

 

 

Suatu Akta untuk meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan jalan, parit dan bangunan dalam kawasan-kawasan pihakberkuasa tempatan di Malaysia Barat, dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

[                                                       ]

 

BAHAWASANYA adalah dikehendaki diadakan dalam bentuk suatu Akta Parlimen suatu sistem yang sama berkenaan dengan jalan, parit dan bangunan di kawasan-kawasan pihakberkuasa tempatan di Malaysia Barat;

 

DAN BAHAWASANYA adalah mustahak sekarang ini diperbuat suatu undang-undang berkenaan dengan perkara-perkara kerajaan tempatan berhubung dengan jalan, parit dan bangunan hanya bagi maksud menentukan persamaan undang-undang dan dasar;

 

OLEH YANG DEMIKIAN, menurut peruntukan-peruntukan Fasal (4) Perkara 76 dalam Perlembagaan MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

 

__________________

*Seperti dipinda oleh Akta A435, A867 dan A903

 

 

 

 

 

 

 

 

SUSUNAN SEKSYEN-SEKSYEN

 

 

 

BAHAGIAN I 

 

PERMULAAN

 

 

 

Seksyen 

1.             Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa.

2.             Kecualian.

3.             Tafsiran.

 

   
 

BAHAGIAN II

 

JALAN

 

Seksyen 

  1. Menyenggara dan membaiki jalan-jalan awam.

  2. Kuasa bagi membuat dan memperelokkan jalan.

  3. Kuasa bagi mengambil tanah yang berdekatan dengan jalan-jalan baharu bagi maksud-maksud bangunan.

  4. Kuasa bagi mengambil hendaklah mengikut undang-undang berhubung dengan pengambilan paksa.

  5. Pihakberkuasa tempatan boleh menuntut kos bagi jalan baharu atau kos bagi melebar, membuka, dsb. jalan awam.

  6. Orang-orang persendirian membuat jalan-jalan baharu.

  7. Kelulusan plan hendaklah tamat.

  8. Menurap, dsb. jalan-jalan persendirian.

  9. Pengisytiharan jalan awam.

  10. Jalan persendirian boleh diisytiharkan sebagai jalan awam.

  11. Melebarkan jalan.

  12. Membaiki jalan-jalan persendirian.

  13. Notis ke atas orang yang menyebabkan jalan persendirian berada dalam keadaan merbahaya atau cacat.

  14. Bayaran hendaklah dibuat sebelum didirikan bangunan mengenai kerja-kerja jalan.

  15. Menentukan amaun untuk dideposit dan tarikh siap.

  16. Pihakberkuasa tempatan boleh melaksanakan dan mengarahkan supaya dijalankan dengan sepatutnya kerja-kerja jalan.

  17. Pulangan balik deposit bila kerja-kerja jalan telah siap.

  18. Pulangan balik deposit apabila kerja-kerja bangunan tidak dimulakan.

  19. Penyediaan skim bagi bangunan.

  20. Garis aturan jalan boleh ditetapkan.

  21. Pihakberkuasa tempatan boleh dalam hal-hal tertentu mengambil milik tanah dalam kawasan garis aturan jalan.

  22. Mengadakan siarkaki, dsb.

  23. Pihakberkuasa tempatan boleh memasang tiang-tiang lampu dan lampu.

  24. Kedudukan paip air dsb., hendaklah diubah alas belanja pihakberkuasa tempatan.

  25. Jika jalan rosak oleh sebab korekan pihakberkuasa tempatan boleh membaiki dan menuntut belanja.

  26. Nama-nama jalan.

  27. Kedudukan pili-bomba.

  28. Nombor-nombor rumah.

  29. Pintu tidak boleh membuka ke arah luar.

  30. Unjuran-unjuran dari rumah-rumah tidak dibenarkan.

  31. Beranda-beranda yang mengunjur, dsb. boleh dibuat di jalan-jalan yang tidak kurang daripada 40 kaki lebarnya.

  32. Tanda langit.

  33. Pagartumbuhan dan pokok-pokok yang bersempadanan dengan jalan-jalan hendaklah dipangkas.

  34. Mencegah kebakaran rumput.

  35. Pokok-pokok tidak boleh ditanam dalam lingkongan dua belas kaki daripada jalan.

  36. Mengambil tempat turap.

  37. Larangan memasang susur, paip, dsb., di sepanjang jalan.

  38. Langkah berjaga-jaga terhadap kemalangan. Pengadang-pengadang hendaklah didirikan melintang jalan semasa pembaikan dijalankan dan lampu dipasang pada waktu malam.

  39. Bahan-bahan tidak boleh diletakkan tanpa kebenaran. Bahan-bahan pagar dan lampu atau lubang.

  40. Tempat-tempat berbahaya hendaklah dibaiki atau dikepung.

  41. Kewajipan pemunya atau penduduk untuk menjaga kebersihan jalan.

  42. Membasahkan jalan-jalan.

  43. Halangan.

  44. Meletakkan debu atas jalan-jalan, dsb.

  45. Tafsiran seksyen-seksyen 45 dan 46.

 

 

 

BAHAGIAN III

 

PARIT

 

Seksyen 

  1. (Dipotong).

  2. Pihakberkuasa tempatan hendaklah membina dan menyenggara parit dan alurair.

  3. Pihakberkuasa tempatan boleh menuntut kos bagi memperelok dan membuat betung, parit dsb.

  4. Larangan terhadap bangunan melainkanjika peruntukan dibuat untuk parit dsb. dan pematuhan notis atau perintah.

  5. Pihakberkuasa tempatan hendaklah membaiki dan mengubah dan boleh meninggalkan parit air permukaan dan parit hujan lebat, dsb.

  6. Membersih dan mengosongkan parit air permukaan dan parit hujan lebat, dsb.

  7. Penalti kerana menjadikan parit-parit sebagai alur atau anak sungai tanpa kebenaran.

  8. Paip air hujan tidak boleh digunakan sebagai paip kotoran.

  9. Paip air dsb. tidak boleh digunakan sebagai lubung penggantiudara.

  10. Tafsiran.

  11. Pihakberkuasa tempatan boleh menghendaki tempat huang air kecil dipindahkan atau diubah.

  12. (Dipotong).

  13. Paip-paip penggantiudara bagi betung-betung.

  14. (Dipotong).

  15. (Dipotong).

  16. (Dipotong).

 

 

BAHAGIAN IV

 

LORONG BELAKANG

 

 

Seksyen

  1. Pihakberkuasa tempatan boleh menghendaki tanah untuk sebahagian lorong belakang.(Dipotong)

  2. Pihakberkuasa Negeri boleh memerintahkan lorong belakang disusunatur.

  3. Pihakberkuasa tempatan boleh menuntut kos pengambilan bagi dan menyusunatur atau membina lorong belakang.

  4. Perisytiharan lorong belakang sebagai jalan awam.

  5. Peruntukan am berkenaan dengan lorong belakang.

 

BAHAGIAN V

 

BANGUNAN

 

Seksyen

  70.  Notis mengenai bangunan baharu.

        70A. Kerja-tanah.

70B. Perintah untuk mengkaji semula keselamatan dan kestabilan semasa   pendirian bangunan.

        70C. Pembatalan kelulusan apa-apa pelan, penentuan dan kebenaran.

70D.Pemeriksaan pendirian bangunan pads mana-mana peringkat dan pengambilan sampel bagi penganalisisan.

  1. Penalti kerana bangunan atau kerja-tanah gagal.

  2. Meruntuh atau memindahkan bangunan yang tidak dibenarkan.

  3. Penalti kerana menyewakan dan menjual bangunan yang tidak dibenarkan.

  4. Mengubahsuai stan mengenepikan undang-undang kecil.

  5. Tanah hendaklah diasingkan untuk lorong belakang.

  6. Bangunan dilarang didirikan atas tanah yang tidak bersih.

  7. Bangunan-bangunan di atas betung awam dsb., tidak boleh didirikan tanpa persetujuan pihakberkuasa tempatan.

  8. Memindahkan bumbung dan dinding yang dibuat daripada bahan-bahan yang mudah terbakar.

  9. Membina petak, galeri, loteng, dsb., dalam bangunan-bangunan.

  10. Bangsal alih tidak boleh didirikan tanpa kebenaran.

  11. Pihakberkuasa tempatan boleh mengarahkan supaya parit-parit dibuat bagi premis-premis yang tidak disalirkan dengan sepatutnya.

  12. Papan dendeng hendaklah didirikan dalam mass kerja-kerja bangunan dijalankan.

  13. Kuasa-kuasa mengenai bangunan-bangunan yang berada dalam keadaan hampir runtuh dan merbahaya.

  14. Kuasa menutup dan menjamin keselamatan bangunan-bangunan yang ditinggalkan.

  15. Bangunan yang boleh dimasuki oleh orang ramai hendaklah bersih.

85A. Pemeriksaan bangunan secara berkala.

  1. Kacauganggu yang boleh diambil tindakan secara terus mengenainya di bawah Akta ini.

  2. Notis menghendaki kacauganggu diberhentikan.

  3. Apabila notis tidak dipatuhi, perintah kacauganggu hendaklah dibuat.

  4. Perintah untuk meruntuhkan rumah yang tidak layak untuk kediaman.

  5. Melaksanakan perintah peruntuhan.

 

 

 

BAHAGIAN VI

 

LORONG BELAKANG

 

 

Seksyen

  1. Perintah termesti.

  2. Peruntukan mengenai rayuan terhadap perintah.

  3. Langkah pembicaraan jika pemunya tidak diketahui.

  4. Perintah ex-parte boleh dibuat dalam sesuatu hal yang memerlukan tindakan segera.

  5. Perlindungan bagi Pihakberkuasa Negeri dan pegawai-pegawai daripada tanggungan sendiri.

  6. Tanggungrugi oleh pihakberkuasa tempatan.

  7. Kuasa untuk memasuki tanah bagi maksud-maksud Akta ini.

  8. Kuasa sesuatu pihakberkuasa untuk memasuki tanah yang bersebelahan dengan kerja.

  9. Sesuatu pihakberkuasa tempatan pada melaksanakan kerja-kerja hendaklah mengadakan jalan-jalan dsb., jika jalan yang sedia ada terbencana.

  10. Penalti kerana menghalang sesuatu pihakberkuasa dalam kewajipannya.

  11. Pampasan, gantirosak dan kos hendaklah diputuskan oleh Mahkamah.

  12. Penduduk boleh melaksanakan kerja jika pemunya tidak melaksanakannya.

  13. Pengecualian bagi ejen yang tiada wang dalam tangan.

  14. Menuntut belanja dan kos yang kena dibayar oleh pemunya.

  15. Mendapatkan bayaran belanja dan kos secara beransur-ansur.

  16. Tindakan bagi mendapatkan bayaran tunggakan.

  17. Tahanan.

  18. Penggunaan basil jualan.

  19. Hakmilik diberi melalui pembelian pada jualan di bawah seksyen 106.

  20. Kos tindakan bagi mendapatkan bayaran tunggakan.

  21. Kuasa untuk menahan jualan.

  22. Permohonan kepada Mahkamah.

  23. Sekuriti hendaklah diberi.

  24. Tanggungan pemindahmilik.

  25. Tindakan jika seseorang penduduk membantah kerja-kerja dijalankan.

  26. Melupuskan benda-benda dan barang-barang yang dipindahkan oleh pihakberkuasa tempatan.

  27. Lesen-lesen hendaklah mengikut budibicara.

  28. Notis.

  29. Resit dan notis boleh diberi oleh pegawai yang diberikuasa berkenaan dengannya.

  30. Menyampaikan notis.

  31. Kemungkiran mematuhi notis. Penalti am.

  32. Mahkamah bagi membicarakan kesalahan-kesalahan.

  33. Pihakberkuasa tempatan dsb., boleh mengarahkan pendakwaan.

  34. Pekerja pihakberkuasa boleh meminta nama dan alamat dalam hal-hal tertentu.

  35. Kuasa-kuasa menangkap.

  36. Kecualian pendakwaan-pendakwaan.

  37. Penalti am.

  38. Kerosakan kepada harta pihakberkuasa tempatan hendaklah dibaiki selain daripada penalti.

  39. Ketidaktepatan dalam dokumen-dokumen.

  40. Keterangan.

  41. Peruntukan-peruntukan keterangan.

  42. Kumpulan wang Perkhidmatan Kemajuan.

 

BAHAGIAN VII

 

UNDANG-UNDANG KECIL

 

Seksyen

 

 133. Undang-undang kecil.

BAHAGIAN VII

 

PEMANSUHAN, PERUNTUKAN PERALIHAN DSB.

 

Seksyen

 

  134.  Pemansuhan, peruntukan peralihan, dsb.

  135. Kuasa Pihakberkuasa Negeri membuat peruntukan-peruntukan peralihan, dsb.