Utama    Jabatan Perancangan Bandar    Soalan Lazim    Hubungi Kami Carian    

 w3c Increase font size Increase font size Decrease font size  

"Ke arah menyediakan perkhidmatan Kawalan Perancangan yang sistematik, efisien dan cemerlang."

  Perlaksanaan OSC

 

Urus Setia Pusat Setempat (OSC)

Pusat Setempat DBKL yang juga dikenali sebagai OSC DBKL mula dilaksanakan pada 13 Januari 2007. Penubuhan unit ini telah dilancarkan secara rasminya oleh YB Menteri WPKB pada 3 Julai 2007. Pada 15 September 2008, penjawatan Urusetia OSC mula diisi secara berperingkat dan perlaksanaan sepenuhnya bermula pada Mac 2009.

Penubuhan unit OSC ini selaras dengan inspirasi dan hasrat kerajaan untuk mewujudkan keseragaman serta mengurangkan karenah birokrasi berkaitan dengan kelulusan permohonan cadangan pembangunan. Dengan wujudnya OSC DBKL, proses dan prosedur mempertimbangkan cadangan pembangunan telah diperluaskan di mana kelulusan cadangan pemohonan pembangunan bukan lagi untuk mendapatkan kelulusan Kebenaran Perancangan semata-mata tetapi juga meliputi kelulusan Perihal Tanah, Pelan Bangunan, Kerja Tanah, Jalan dan Perparitan, Lampu Jalan, pelan Landskap, dan juga lain-lain kelulusan permit kecil pembinaan termasuk penerimaan permohonan CF dan pengemukaan borang CCC. Kesemua jenis permohonan yang boleh diterima melalui OSC adalah 32 jenis sepertimana yang telah ditetapkan oleh KPKT untuk diimplimentasikan di semua PBT.

Amalan kaedah lama di DBKL iaitu mempertimbangkan permohonan kelulusan Kebenaran Perancangan (D.O.) sahaja secara berasingan dan berturutan melalui Jawatankuasa Perancangan Bandar (TPC) telah dibubarkan dengan pengwujudan Jawatankuasa OSC.


OSC DBKL akan menyelaraskan semua cadangan permohonan pembangunan di WP Kuala Lumpur supaya dapat dipertimbangkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Menerusi OSC, tempoh masa memproses dapat dipendekkan kepada 4 hingga 6 bulan berbanding dahulunya, dimana permohonan dikemukakan adalah secara berturutan dan akan memakan masa selama 1 - 2 tahun.

 

Fungsi

1.Menerima Permohonan Cadangan Pembangunan (32 jenis permohonan)

•Melibatkan permohonan samada secara berasingan atau serentak berkaitan perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kejuruteraan, pelan lanskap, CFO serta CCC.

2.Pengedaran Permohonan ke Jabatan Teknikal Memproses dan Mengulas

• Pengedaran dokumen dan pelan bagi tujuan memproses atau memberi ulasan akan diselaraskan dalam tempoh 2 hari dari tarikh penerimaan permohonan di unit OSC.

3.Pemantauan Bagi Penyediaan Kertas Perakuan Oleh Jabatan Memproses dan Penyediaan Ulasan Dari Jabatan Agensi Mengulas

• Pemantauan akan dibuat secara berkala oleh unit OSC bagi memastikan jabatan teknikal memproses mengemukakan laporan kertas perakuan dalam tempoh yang ditetapkan (7/14 hari).

4.Menyediakan Buku Manual Pengemukaan permohonan melalui OSC.

Unit OSC dengan kerjasama badan profesional yang  terdiri daripada Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) dan Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM) telah menerbitkan Manual Pengemukaan Permohonan Cadangan Pembangunan Melalui OSC DBKL. Kini, OSC dalam proses menerbitkan manual ini dalam versi Bahasa Inggeris.

5.Melaksanakan penambahbaikan dalam urusan  Dealing With Construction Permits

Bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam daya saing ‘Doing Business’ dibawah indikator ‘dealing with construction Permits’(DCP), OSC  DBKL telah bekerjasama dengan KPKT, MPC dan  juga jabatan/agensi teknikal dalaman dan luaran DBKL untuk melaksanakan amalan-amalan terbaik negara-negara lain. Sebagai anggota Focus Group DCP, prosedur baru OSC 1 Submission telah diperkenalkan.

6.Menyelaraskan penerimaan permohonan secara online melalui sistem KUL Submission.

Urusetia OSC juga berperanan menyelaraskan penerimaan permohonan melalui sistem Kul-Submission (online). Sehingga kini OSC telah menerima sebanyak 70 permohonan melalui Kul-Submission. OSC membuat pengedaran kepada jabatan/agensi dalaman dan luaran melalui sistem.

 

Sekreteriat OSC DBKL

1. Mesyuarat J/Kuasa OSC Khas (OSC Khas):

• Dipengerusikan oleh Y.Bhg. Menteri Wilayah Kesejahteraan Bandar

• Kategori permohonan yang akan dirujuk ke mesyuarat ini adalah bagi cadangan pembangunan melibatkan kos pembinaan RM200 juta ke atas, melebihi 10 ekar pembangunan projek khas yang dikenal pasti oleh NKEA, UKAS atau cadangan pembangunan yang melibatkan projek berkepentingan strategik kepada negara.

2.Mesyuarat J/kuasa Pusat Setempat (JKPS I):

•Dipengerusikan oleh Y.Bhg. Datuk Bandar Kuala Lumpur

•Mesyuarat ini diadakan bagi mendapatkan input/ulasan dari jabatan dan agensi teknikal luaran terhadap permohonan yang disyorkan untuk kelulusan semasa pertimbangan di mesyuarat Jawantakuasa Teknikal OSC.    

•Mesyuarat ini juga adalah bagi mengesahkan minit mesyuarat  yang dipertimbangkan oleh JKTPS.

3.Mesyuarat J/Kuasa Teknikal Pusat Setempat (JKTPS)

•Dipengerusikan oleh Y.Bhg. Datuk Bandar Kuala Lumpur

•Jawatankuasa ini adalah bagi mendapatkan input teknikal dari jabatan teknikal dalaman DBKL sebelum dirujuk ke JKPS.

• Permohonan yang akan dirujuk ke JKTPS adalah permohonan berskala besar yang melibatkan penambahan intensiti atau pertukaran guna tanah serta permohonan-permohonan daripada OSC 2 yang memerlukan keputusan dasar.

4.Mesyuarat JK Pusat Setempat - Projek Berskala Sederhana dan Kecil (JKPS II)

•Dipengerusikan oleh Y.Bhg. Datuk Ketua Pengarah DBKL

•Permohonan yang dipertimbangkan adalah permohonan berskala sederhana dan kecil seperti tambahan dan perubahan, penukaran sementara kegunaan bangunan, pembinaan bangunan sementara, pembinaan menara struktur telekomunikasi serta lanjutan Perintah Pembangunan

   

Perlaksanaan OSC DBKL

Fungsi OSC DBKL

Jenis Permohonan

Proses Permohonan Melalui OSC

Piagam Pelanggan OSC

Muat Turun Borang

OSC 1 Submission

 

 

Imbas Kod QR

 

 

PENAFIAN

Sekiranya pengguna mendapati terdapat kesalahan dan kesulitan hasil daripada penggunaan data dan maklumat yang terkandung di laman ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh pengguna. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar bardasarkan masa dan tarikh diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Notis Hak Cipta
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan
Best viewed in Mozilla Firefox 2.0 & above with 1024 x 768 resolution | Last Update : 14 September 2012, 12:00 PM